Sediakan payung sebelum hujan, itu peribahasa yang sering kita dengar yang dikaitkan seseorang perlu bersiap sedia sebelum ditimpa musibah.
Namun jika ditanya pada diri kita sebagai isteri, apa perkara yang telah kita persiapkan andai terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini dengan pasangan kita.
WANITA PERLU BERHARTA
Saya galakkan wanita ada harta sebelum jadi isteri tercinta. Kita tak boleh jangka apa akan berlaku pada kita.
1. Ushakan ada simpanan sendiri sebelum jadi isteri.
2. Jika dapat belilah sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan.
3. Jika suami tercinta beri duit nafkah, ushakan buat simpanan sendiri. Jangan belanja semuanya.
4. Jika suami tiada wawasan kewangan, rahsiakan berapa simpanan yang ada. Tak cerita semua bukan dosa.
5. Jangan serahkan masa depan pada orang lain, rancang masa depan sendiri.
6. Belajar bawa kenderaan dan ada lesen sendiri.
7. Buat catatan setiap perbelanjaan. Tahu setiap wang kita kemana.
8. Suami hanya pinjaman tuhan sahaja. Bila bila masa boleh dijemput pergi atau digoda oleh wanita misteri.
Bersedia sebelum datangnya ujian dan badai melanda.
“Alahhh lelakikan ada?”
Bersedialah hadapi bencana
Semoga berjaya
Sumber : Azizul Azli Ahmad