“Ada Hanya Pergi Ke Kedai. Ada Cuma Pergi Follow Up Kesihatan Ambil Ubat.” Alert Peringatan Doktor Ini Tentang Jangkitan Covid-19.

Share

Penularan wabak ini membuatkan setiap hari kita bimbang, tertekan dan takut jangkitan virus covid-19.

Lantaran itu, kerajaan Malaysia bermula 18 Mac lalu telah melaksanakan PKP di Malaysia bagi menyekat dan menghentikan rantaian covid 19. Sehingga artikel ini ditulis semua rakyat Malaysia melalui fasa kedua PKP pula yang bermula 1 April sehingga 14 April.

Malah pihak polis melihat sejak tahap pematuhan rakyat terhadap Perintah Kawalan Pergerakaan telah menampakkan peningkatan kes kurang ingkar. Ini adalah salah satu cara untuk memutuskan rantaian covid-19 ini.

Dalam pada itu, menerusi FB seorang doktor, Hana Hadzrami beliau berkongsi bahawa dikalangan pesakitnya bukan balik luar negara, sertai  ijtima tabligh atau pergi ke  perhimpunan. Sebaliknya segelintir pesakitnya dijangkiti antaranya berpunca  hadir kenduri kahwin, membeli barang di kedai dan follow up kesihatan di hospital.

Ikuti peringatan beliau yang bermanfaat ini.

Gambar hiasan

Sekarang pesakit Covid kami kebanyakannya ialah generasi ke 4 dan ke 5 dari cluster terdahulu.

Mereka serta ahli keluarga bukan baru balik luar negara, tak sertai ijtima tabligh atau pergi ke mana-mana perhimpunan.

Ada yang cuma pernah sekali pergi kenduri kahwin. Ada yang hanya pergi ke kedai. Ada yang sepanjang masa duduk rumah cuma pergi follow-up KK ambil ubat.

Sekali keluar je dah cukup untuk berkenalan dengan Coronavirus. Kesian kan?

Jadi bagaimana nak pastikan tak terkena Covid?
1. Jangan keluar rumah langsung


2. Usah terima tetamu walaupun anak cucu sendiri. Videocall kan ada.

3. Beli barang secara pesanan.

Tinggalkan depan rumah dan bayar secara cashless.
4. Jika ada yang tinggal serumah dengan staf kesihatan, dinasihatkan sama-sama amalkan kebersihan dan jaga jarakan sosial walaupun dalam rumah.

Selebihnya bertawakkal lah dan sentiasa amalkan hidup sihat. Usah tinggalkan makanan seimbang dan jangan lupa senaman.

Dah lama tak peluk ahli keluarga sendiri walau serumah.

Kredit: Hana Hadzrami