Anak lelaki kepada penyanyi Lan Solo kini ditahan di wad sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas mengalami sesak nafas pada malam Sabtu.
Muhammad Akid Qassyaff, 7, mengadu sukar bernafas ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri satu program di ibu kota.
“Kisahnya dia dah start semput 4 hari tapi on off yang tak konsisten.. jadi mommy daddy tak rasa la macam serius sangat.. sebab dia masih boleh main bola.. lari sana sini.
“Siap beria join buat tiktok! Risau muka dia takde dalam tiktok.. So malam tadi dari PWTC, dia bagitau dia lapar.. so mommy pon dah siap order la makanan.. tapi nampak dia restless masa dalam kereta nak ke kedai makan tu.. .
“Dia sdiri minta nak gas.. nak gas.. .Setiap 15 minit dia mintak lagi. Jadi daddy terus ke PPUM.
“Ketika dalam kereta, Akid mengadu susah hendak bernafas. Dia sendiri susah nak jelaskan bagaimana keadaannya. Maklumlah budak kecil lagi.
“Jadi kami terus bawa dia ke bahagian kecemasan dan dia terpaksa ditahan di wad untuk menerima rawatan lanjut,” kongsi Nur Sheila Hassim isteri kepada Lan Solo tatkala ditanya mengenai situasi kesihatan anaknya.
Menurut Sheila , anaknya itu mempunyai masalah asma sejak kecil lagi. Namun, ini pertama kali di tahan di wad akibat penyakit tersebut.
Ads
“Sejak umur Akid 3 tahun dah ada asma.. tapi dah hampir 2 tahun dah off segala ventolin inhaler & nebuliser. Tiba-tiba asma dia datang balik lepas dia positif covid hujung bulan februari lalu,” ujar Sheila lagi.
Sementara itu, Lan Solo dalam kenyataannya pada mStar memberitahu, pemeriksaan doktor mendapati terdapat habuk kotor pada saluran darah yang mengakibatkan dia sukar bernafas.
Tambahnya, Akid kini dalam keadaan stabil namun masih menerima bantuan pernafasan.
“Doktor memberitahu ada habuk pada saluran darah anak saya. Ia terjadi mungkin disebabkan dia terlalu sensitif dan gemar bermain di luar.
“Akid memang ada masalah asma cuma sudah lama dia tidak mengalami situasi teruk begini,” jelas Lan lagi.
Memandangkan situasi kesihatan anaknya itu, Lan sentiasa bersedia dan akan terus membawa anak menerima rawatan.
Ads
“Sejak kami tahu Akid ada asma, memang sentiasa bersedia jika melihat dia mengalami kesukaran bernafas.
“Lebih senang untuk terus bawa menerima rawatan kerana pusat perubatan tersebut sudah mempunyai rekod kesihatan anak saya dan mereka tahu ubat terbaik untuk Akid,” ujarnya.
Untuk rekod, Lan mendirikan rumah tangga dengan Nur Sheila Hassim pada Disember 2009.
Selain Akid, pasangan ini juga memiliki tiga orang cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 10, Nur Amna Qeesyara, 8, dan Nur Amna Quzandra, 4.
Pengorbanan seorang ibu, bertarung nyawa dalam melahirkan zuriat. Berjuang antara hidup dan mati,namun segalanya sanggup ditempuhi. Itulah kuatnya seorang wanita yang bergelar ibu. Saat melihat si kecil menjengah dunia, hilang segala sakit. Terpancar keriangan dan wajah syukur seorang ibu. Demikian dengan luahan pelakon Sari Yanti yang baru sahaja melahirkan bayinya yang keempat baru-baru ini. Biarpun terpaksa melalui kepayahan, namun dia bersyukur anak lelakinya selamat dilahirkan.
Berkesempatan meluahkan rasa usia melahirkan anaknya, Sari memuat naik perkongsian saat yang ditempuhi ketika bersalin baru-baru ini. Assalammualaikum.. hari ni kakak ada masa terluang sikit nak share pasal kelahiran baby baru kakak – dah hari ke 10 hari ni., tadi pun dah pegi first hospital visit dengan Baby.
6 june 2020 hari bersejarah lagi sekali dalam hidup kakak.. Hari deliver baby yang ke 4 dari kandungan yang ke 6. Huhu.. boleh faham tak?
Dalam sakit tu bersyukur
Ceritanya kakak masuk labour room lepas subuh. Tapi sang putera decided nak keluar lambat sikit.. bertarunglah kakak nak keluarkan dia. Menangis tahan sakit. Dalam sakit sakit tu bersyukur sangat dengan nurses yang bantu kakak… terima kasih kakak ucapkan untuk kak Has.,Kak Riza, kak Bedah dan team. – (ada nama yang tak ingat sebab tengah tahan sakit kan maafkan saya ) .
. Risau campur sedih Suami kakak. Punyalah gusar suami tunggu. Sebab kakak memula confident jugak mungkin boleh bersalin tengahari.. ternyata walau dah banyak kali deliver baby pun belum tentu senang. Lama jugak kali ni kena bertarung nyawa. Syukur semuanya dah selamat. Ingat balik wajah suami tunggu tu priceless. Risau campur sedih , macam dia nak ikut nangis sekali.., agaknya apatah yang dia rasa. – terima kasih sayang. Sebab sentiasa ada n bagi semangat untuk I @jepsepahtu . Kiriman doa ikut sama
Mak ayah keluarga Biasanya bila keluar je dari labour room ramai dah tunggu kat luar… mak ayah , aunties, cousins, kawan kawan rapat semua ada belaka.. kali ni lain . Suami sorang je yang boleh ada. – Dalam suasana pandemic ni Mama kakak kena tunggu kat rumah je. Kali ni kiriman doa je ikut sama. Doa mama doa baba.. doa mak abah, seluruh keluarga dan sahabat handai. . Pukul 11.44pm Baby pun selamat dilahirkan. – Subhanallah walhamdulillah walaillahaillallah .. Allahuakbar. Syukur Alhamdulillah. .
. Titik keringat dan air mata
Alhamdulillah untuk semuanya Ya Allah Ya Rabb.
Untuk kesakitan,
Untuk pengalaman,
Untuk setiap titik keringat dan air mata, Satu lagi anugerah
Untuk satu lagi anugerah,
Untuk cinta dan sayang suami,
Untuk doa dan kasih ibu bapa
Untuk sokongan keluarga dan sahabat .. Untuk keselamatan dan kesihatan .
Untuk berjuta nikmat mu Ya Rahman Ya Rahim .
Alhamdulillah. .
Delivery type : normal
Birth Weight : 3.34kg
Time : 23.44pm
Sudah lama kiranya suami isteri tidak dapat keluar rumah bersama-sama sejak arahan PKP diperkenalkan.
Namun bila ada sedikit kelonggaran diberikan seperti mana memetik laporan Berita Harian Online, mungkin bukan sahaja isteri boleh tersenyum kerana dapatlah keluar bersama pasangan untuk membeli keperluan.Maklumlah, terlalu lama rasanya terperap di rumah.
Bahkan suami juga tentu berlapang dada, sekurang-kurang tidak lagi pening kepala sorang-sorang membeli barangan keperluan dengan berpandukan senarai yang ditulis isteri.
Untuk bacaan lanjut tentang kebenaran tersebut, ini artikel penuhnya.
KUALA LUMPUR: Kebenaran pergerakan dua orang satu kenderaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat bermula hari ini, boleh melebihi 10 kilometer (km) jika membabitkan keperluan membeli makanan dan perkhidmatan kesihatan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kelonggaran itu bagaimanapun terhad kepada mereka yang tinggal di rumah yang sama dan daripada keluarga terdekat.
“Kebenaran pergerakan melebihi radius 10 km itu sudah diwartakan melalui PKP keempat,” katanya pada sidang media harian selepas mesyuarat menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.
Kebenaran itu diberikan kerajaan menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.
Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, berkuat kuasa hari ini hingga 12 Mei depan.
Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.
Ismail Sabri menegaskan, pergerakan melebihi 10 km itu bagaimanapun mesti yang terhampir bagi tujuan dibenarkan.
“Contohnya nak ke klinik, jika ada yang jarak 15 km harus pergi ke situ, jangan pula pergi yang jaraknya 30 km,” katanya.
Tiada angin tiada ribut, aktres terkenal Haliza Misbun, 48, selamat bergelar isteri kepada jejaka British, Matthew John Rodgers, 48, yang berlangsung di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi. Sekali gus melenyapkan spekulasi kononnya aktres ini sudah berkahwin.
Dalam majlis ringkas itu, Haliza menerima mas kahwin RM80, serta wang hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik perkahwinan.
Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd Lazim Khairudin.
Memilih duda anak satu yang juga perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa itu sekali gus melenyapkan teka-teki status sebenar pelakon mencipta populariti menerusi drama Cinderella pada 1990-an itu.
Upacara akad nikah Haliza dan suami berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan hanya dihadiri 50 tetamu sahaja.
“Ini adalah perkahwinan pertama saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Selama ini, saya tahu ada yang sangsi dan berteka-teki dengan status saya. Ada juga yang menyangka saya sudah berkahwin.
“Namun, saya bersyukur apa yang dinantikan sekian lama sudah dimakbulkan. Kehadiran suami melengkapi hidup saya, insya-Allah,” katanya kepada BH Online.
“Suami sudah menetap di Malaysia, sejak sembilan tahun lalu. Kami berkenalan menerusi kawan. Bertemu di sebuah restoran di Damansara Heights ketika saya bersama rakan menjadi detik awal perkenalan.
“Saya akui, suamilah lelaki pertama yang saya berani membawanya bertemu keluarga selepas setahun menjalin hubungan cinta. Saya yakin dengan kesungguhannya untuk menjalinkan hubungan serius. Kami juga terbuka dalam pelbagai aspek.
“Barangkali, disebabkan usia sebaya menjadi faktor keserasian dan saling memahami,” katanya yang mengenakan busana rekaan teman baik, Sutex dan adiknya, Rozana Misbun menjadi pengapit.
Sejurus selesai upacara akad nikah, pasangan mempelai diraikan di sebuah dewan di lokasi yang sama.
Haliza berkata, suaminya melakukan rakaman secara langsung menerusi laman Facebook untuk berkongsi detik sejarah bersama keluarga dan kenalan rapat di England.
“Keluarga dan kenalan rapat suami tidak dapat hadir disebabkan sempadan negara tidak dibuka dan pandemik COVID-19. Namun, suami mahu juga ahli keluarga melihat secara virtual,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.