Orang dulu-dulu selalu pesan, nak makan apa-apa kena berpada-pada. Jangan berlebih-lebih makan makanan laut, nanti boleh gout. Dan bila dan terkena gout, biasanya seseorang itu akan berasa sangat sakit dan ada berlaku bengkak yang ketara pada bahagian ibu jari kaki, buku lali, lutut atau pergelangan tangan.
Pun begitu, sebenarnya bukan makanan laut sahaja perlu dielakkan namun ada juga beberapa jenis makanan lain yang perlu diberi perhatian agar tidak dimakan. Ini sebagai mana yang dijelaskan oleh Dr Suri Roowi, semoga selepas ini kita lebih berhati-hati dalam memilih makanan!
Jom semak apakah jenis makanan itu.
MAKANAN dan GOUT
Kajian ke atas 270 jenis makanan menunjukkan HATI AYAM, BILIS dan supplement SPIRULINAadalah antara yang TINGGI bahan PURINE
Kepada yang ada masalah GOUT, PURINE boleh sebabkan GOUT jika diambil berlebihan
Daging merah juga tinggi PURINE berbanding daging putih.
2. Daging eloknya DI BASUH sebelum dimasak untuk kurangkan kandungan PURINE
3. KURANGKAN ambil kuah sup daging kerana bahan PURINE banyak dalam kuah
4. Elakkan ambil MADU TIRUAN dan produk makanan / minuman yang menggunakan HIGH FRUCTOSE CORN SYRUP (HFCS)
5. Kurangkan ambil sayur ASPARAGUS, BAYAM dan KOBIS BUNGA
Ads
Kajian melibatkan lebih 50,000 orang di Singapura – mendapati bahawa, mereka yang ambil SOYA lebih rendah risiko gout, berbanding mereka yang kurang ambil SOYA
Sumber alami yang bagus untuk masalah gout adalah;
a. PERIA
b. BUNGA KRYSANTHEMUM
c. KULIT KAYU MANIS
d. CEKUR
e. MENGKUDU HUTAN
f. DAUN BETIK
g. EMPULUR NANAS
Selamat mencuba, dapatkan nasihat Dr anda
Rujukan:
a. Biol. Pharm Bull 37(5) 709-721
b. Asia Pac. J Clin Nutr 20(3): 347-358
c. Int Food Rec 19(1) 159-165
d. Frontiers in Pharma vol 9
e. Anna Ellington B. Sc Thesis
Selain penjagaan pemakanan ada juga banyak cara untuk kita kekal sihat dengan mengamalkan petua lama yang menggunakan bahan-bahan alami. Ini sepertimana perkongsian daripada Muhammad Hassan.
Ads
“Alhamdulillah saya dapat satu ilmu dari sahabat Arab Syria. Katanya ini amalan atau petua orang-orang lama di syria untuk jaga kesihatan mereka.
“Mereka claim sangat membantu untuk mencegah pelbagai penyakit terutama masalah Kolesterol, masalah gout, gastrik. Sebagai anti kanser, untuk penghadaman, hati berlemak dan paling bagus untuk memberi tenaga.
“Ini saya baru simpan 1 minggu. Untuk kesan paling bagus simpan 30-40hari. Insyaallah mudahan asbab beri kesihatan dari petua orang lama.
“Setiap negara pasti ada petua untuk jaga kesihatan dan mencegah dari pelbagai penyakit,” tulisnya panjang lebar.
Cara makan:
Hari ke 41. Ambil satu sudu minyak zaiton dan makan buah tin, apricot dan Walnut ketika perut kosong.
Seakan tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan bayi yang baru dilahirkan secara pembedahan boleh membuatkan anak kecil itu terpaksa menerima 13 jahitan di pipinya. Biarpun kes-kes sebegini jarang kita dengar dan lihat namun itulah yang terjadi kepada bayi perempuan, Kyanni William di Colorado, Amerika Syarikat (AS).
Sebagaimana yang dilaporkan bayi yang baru lahir secara Czer itu terpaksa pula menerima 13 jahitan selepas doktor yang melakukan pembedahan tertoreh pipi kirinya. Pastinya seisi keluarga bayi tersebut berasa kecewa dan terkesan dengan apa yang berlaku.
Pipi Tertoreh
Pada mulanya, ibu bapa bayi berkenaan merancang bersalin secara normal, namun disebabkan degupan jantung Kyanni gagal dikesan, maka pembedahan kecemasan terpaksa dilakukan.
“Kami dimaklumkan bayi kami tidak bergerak tiba-tiba dan degupan jantung gagal didengar. Jadi pihak hospital segera melakukan prosedur caesarean,” kata Damarqus Williams, bapa kepada bayi tersebut.
Sejurus selepas Kyanni dikeluarkan kelihatan jelas pada bahagian pipinya kesan luka akibat torehan.
Malah, ahli keluarga juga mendakwa pihak hospital memberi alasan kedudukan bayi berada terlalu dekat dengan dinding plasenta.
Tindakan Undang-undang
Sementara itu, nenek bayi tersebut Tashaira Williams bersyukur dengan kelahiran Kyanni walaupun kecewa dengan kejadian menimpa cucu kesayangannya.
“Melihat cucu yang baru lahir berjumpa pakar bedah plastik untuk mendapatkan 13 jahitan perasaannya sungguh memilukan.
“Setakat ini saya belum pernah mendengar keluarga yang terpaksa melalui kejadian seperti kami,” luah beliau.
Difahamkan, keluarga bayi berkenaan sedang mengumpul dana bagi mendapatkan tindakan undang-undang kepada pihak terbabit.
Sebut sahaja kunyit, pastinya kita terbayang kunyit untuk dibuat masakan ikan goreng atau masak lemak cili api.
Namun, selain masakan, kunyit ini mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan.
Menerusi perkongsian Dr Rizal jelas menunjukkan khasiat kunyit dalam kehidupan kita.
Ikuti perkongsiannya.
6 RAHSIA KEHEBATAN KUNYIT YANG RAMAI TIDAK TAHU
Waktu itu awal tahun 1970an. Aku kecil lagi. Aku suka melangut lihat nenek aku bekerja.
.
Biasalah budak –budak. Suka ambil tahu. Mungkin ringan tulang waktu itu. Hmm atau suka menyibuk.
.
Nenek aku namanya Ayesha. Ejaan gempak. Dia bukan pelakon. Hanya orang kampung yang orang gelar Tok Bi.
.
Tok Bi ada 14 orang anak. 2 anaknya meninggal masa kecil. Tinggal 12 dibesarkan di bawah payung kasih sayang beliau.
.
Tok Wan aku Tok Wan Brahim, suami Tok Bi, kerja dengan PPC. Sekarang dikenali sebagai Penang Port. Gaji sekitar RM50 sahaja sebulan waktu itu. Bayangkan besarkan anak dengan gaji begitu.
.
Tok Bi adalah bercucuk tanam sedikit. Ada juga bela ayam, angsa dan ayam piru. Habuan makanan masa raya nanti.
.
Berbalik pada cerita aku dok melangut sakan. Waktu cuti sekolah adalah waktu paling bahagia- boleh balik rumah Tok Bi.
.
Oleh kerana aku suka perhati dan ambil tahu apa yang Tok Bi buat, dia pun suka aku ada. Adalah orang boleh tolong ambik itu ambik ini.
.
Satu perkara yang aku selalu perhati, ialah Tok Bi banyak guna kunyit. Samada kunyit hidup ataupun bentuk serbuk yang dibuat sendiri.
.
Ada ruang sahaja dia akan campak masuk kunyit. Untuk warnakan makanan memang akan digunakan kunyit. Semulajadi.
.
Seolah kunyit dan warna kuning macam tema makanan sebati dengan Tok Bi.
.
Dia juga minum air kunyit. Bab ini paling aku suka. Aku akan tunggu saja waktu dia minum.
.
Selepas minum aku akan tanya “ Tok minum apa tu tok?”
.
Dia akan jawab sambil tersenyum, “air kunyit.” Waktu senyum inilah part paling best. Semua giginya akan jadi kuning. Aku apa lagi akan ketawa berdekah –dekah tengok gigi kuning berjahang Tok Bi.
.
Dia pun terhibur dengan gelak aku yang ala-ala anak jin dalam filem Ahmad Albab.
.
Tidak cukup dengan minum dan campak kunyit, dia juga akan sapu kunyit ke muka. Dia campur dengan bedak sejuk. Kuning habis muka. Lepas itu dia basuh muka.
.
Sebab itulah kot, kulit Tok Bi cekang. Licin. Tidak nampak kedut. Serlahkan ayu wajah kacukan melayu-siam-india-arab dia.
.
Tok Bi meninggal dunia sekitar umur 67 tahun. Meninggal tanpa ada penyakit. Meninggal sebab ajal. Sama macam emak aku.
.
Ini kisah dulu. Aku tidak tahu tentang kehebatan kunyit. Ia jadi bahan ketawa aku.
.
Tetapi sekarang baharu aku tahu kunyit ini hebat rupanya. Banyak sangat kajian saintifik buktikan kehebatan kunyit ini.
INI RAHSIANYA
6 kehebatan kunyit yang ramai orang tidak tahu. Contohnya:
.
1. Kunyit adalah penghalang racun arsenik. Arsenik adalah racun berbahaya kepada kesihatan manusia. Bahaya arsenik ini hingga boleh rosakkan DNA. Ini bukan cerita sikit atau kecil. Ini cerita bahaya
.
Arsenik terdapat dalam banyak sumber makanan yang kita ambil. Antaranya beras. Dalam jus epal dan jus anggur juga ada arsenik. Arsenik juga dijumpai pada mainan kanak-kanak, kayu meja makan dan pagar yang dibuat dari kayu.
Macam mana pula boleh ada arsenik? Puncanya dari tanah. Kalau kandunga dalam tanah ada arsenic, ia meresap pada tumbuhan itu. Apapun, relaks dulu.
.
Kita penyelamat. Sang kunyit. Bukan kunyit budak muda asyik sebut tu, ini kunyit betul.
.
Ni aku nak cerita sikit. Salah satu bahan penting dalam kunyit ialah Curcumin. Ia mampu halang kerosakan dan turunkan impak kerosakan DNA. Lebih menarik lagi.
2. Kunyit adalah Anti kanser. Di dalam Journal Alternative Therapies in Health and Medicine, dilaporkan curcumin dalam kunyit bantu halang perkembangan sel kanser. Lebih menarik lagi apabila dicampur dengan piperine (bahan yang sebabkan rasa pedas pada lada hitam) ia kecutkan stem sel kanser payudara.
.
Kalau dalam sejarah keluarga ada kanser, jadilah curcumin dan piperine saka baharu dalam hidup. Berdamping rapatlah dengan keduanya.
.
Paling luarbiasa ialah curcumin dalam kunyit ini punya kebolehan programkan kematian sel atau apoptosis. Maklumat ini adalah jasil kajian dari University of Texas.
.
3. Kunyit adalah Anti tumor. Siapa sangka kunyit dengan saiznya yang kecil tetapi punya kuasa penyembuhan yang besar. Selain bertindak mati dan lemahkan sel kanser, curcumin dari kunyit juga halang pembuluh darah dari membentuk tumor. Mudah fahamnya orang lazimi kunyit akan mudah bebaskan diri dar tumor.
.
Mudah fahamnya begini. Kalau mahu hindarkan diri dari tumor atau cyst, jadikan kunyit sajian harian.
.
4. Kunyit adalah penghalang Kerosakan Sel Otak. Part ini aku paling suka. Curcuminoid dari kunyit dapat neutralkan radikal bebas dan halang kerosakan kepada sel otak.
.
Bukan itu sahaja ia juga bertindak sebagai penjaga kepada sel otak. Dikenali sebagai agen neuroprotective. Ala-ala security guard.
.
Antara fakta yang menarik lagi ialah bahan aromatic-tumerone dalam kunyit tingkatkan pertumbuhan neural stem cell di dalam otak. Pesakit stroke dan Alzheimer wajib berdamping dengan kunyit kerana kebaikan aromatic-tumerone ini. Bahasa mudahnya, aromatic-tumerone lahirkan sel otak.
.
Mungkin ramai yang tidak tahu otak manusia juga punya plak seperti plak pada gigi. Plak ini sekiranya tidak dibuang akan sebabkan penyakit Alzheimer atau nyanyuk. Antara bahan yang halang pembentukan plak pada otak ialah curcumin. Inilah pelakon utma dalam kunyit.
.
5. Kunyit bagi kulit meghelit atau glowing. Sebab tu Tok Bi aku asyik dok sapu sakan kat muka dia. Sains pada hari ini buktikan kehebatan kunyit. Bukan sekadar cepat sembuhkan luka tetapi apabila dicampur yogurt, dan madu ia jadi masker semulajadi yang hebat. Melembut dan meremajakan kulit.
.
Tak perlu percaya. Buat sahaja. Sebab ilmu ini dah dirakam dalam Journal of Life Sciences. Cuma Tok Bi dah awal-awal lagi praktis.
.
6. Kunyit sebagai fat burner. Bab ini memang win. Kalau bercita mahu kurus, ambillah kunyit. Kunyit halang pembentukan lemak. Menarik lagi, kunyit ada kuasa thermogenic – bakar lemak. Power.
.
Ringkasnya, kalau mahu kulit glowing, otak power, jauh dari nyanyuk, tumor dan kanser serta badan lentik, amalkan kunyit.
.
Tok Bi aku dah buktikan. Bebas dari penyakit semasa hayatnya. Dia bukan saintis. Tapi dia beramal dengan ilmu yang dia ada.
.
Itu Tok Bi. Kita macam mana?
.
.
P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti
Memberi fokus pada bilangan kes positif covid-19 mengikut kumpulan umur yang dikongsikan oleh KKM, ia menampakkan ada dua kumpulan umur yang tertinggi direkodkan.
Di mana golongan berumur 56 hingga 60 merupakan paling ramai dijangkiti koronavirus (Covid-19) di negara ini dengan 182 kes.
Dan memetik berita di Sinar Harian, apa yang dikatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah , antara faktor golongan tersebut dijangkiti virus adalah disebabkan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
“Mungkin mereka adalah ketua rumah yang sering keluar (untuk urusan keluarga),” katanya.
Menurutnya, golongan yang berusia 26 hingga 30 tahun merupakan yang kedua tertinggi dijangkiti virus berkenaan.
“Sebanyak 180 kes positif dikesan melibatkan golongan ini,” katanya.
Beliau berkata, golongan muda itu dijangkiti Covid-19 kemungkinan sering keluar dari rumah walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Masih ada yang keluar rumah walaupun PKP dikeluarkan,” katanya
Jadi melihat fakta ini, wajar kepada sesiapa pun untuk pastikan diri sentiasa berada di dalam rumah. Andai ada urusan penting di luar rumah pula jangan abaikan langkah-langkah menghindarkan diri daripada jangkitan covid -19 ini.
Simpanan KWSP yang dibuat pada setiap bulan sebenarnya banyak membantu kita. Selain pengeluaran KWSP untuk deposit rumah, ramai yang tidak tahu sebenarnya ada cara untuk bayar bulanan rumah dengan melakukan pengeluaran duit dalam Akaun 2 KWSP.