Memang betullah, bila kita tahu sesuatu formula berkaitan kira-kira, pastinya bila digunakan akan memudahkan urusan harian  kita.

Begitu juga dapat memudahkan untuk mencari helaian muka surat dalam Al Quran yang ingin dibaca.

Jika sebelum ini kita tercari-cari setiap muka surat dalam al Quran, namun bila mengetahui kaedah ini, ianya lebih mudah dan pantas.

Nak tahu bagaimana, ini formulanya.

Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran

IKLAN

Contoh:
1) Kalau anda mencari juzuk 5 muka surat yang ke berapa..? cuba formula ini..

5 – 1 = 4
4 kena darab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8.
Letak nombor 2 lepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 pada muka surat ke 82.
Sekarang cuba buka Al-Quran.. Lihat juz 5 pada muka surat 82.

2) Juzuk 10 muka surat berapa??

IKLAN

10 – 1 = 9
9 darab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18.
Sama macam di atas.. Letak nombor 2 lepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 pada muka surat 182.

Ada Formula Cari Muka Surat Dalam Al Quran Dengan Mudah, Share Ilmu Ni Tentu Anak Teruja Nak Tahu!

IKLAN

3) Juzuk 23?

23 – 1 = 22
22 darab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44.
Letak nombor 2 lepas jawapan..
Jadi, juzuk 23 adalah pada muka surat 442.

Selamat Mencuba..

Sumber : Sahabat Pencinta Al Quran

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI