Ada Darah Tinggi Elak Ambil Panadol Actifast Atau Panadol Soluble. Ni Sebabnya Ramai Tak Tahu!
Sejak kebelakangan ini, penggunaan Panadol semakin popular bahkan tidak dinafikan di setiap rumah pasti ada stok Panadol untuk tujuan kegunaan di waktu kecemasan. Maklumlah, sekarang ini mudah sangat jatuh sakit dengan musim yang tidak menentu. Jadi bila ada ahli keluarga menunjukkan simptom demam akan pasti kita sarankan untuk mengambil Panadol untuk elakkan daripada demam berlarutan.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya ada banyak jenis-jenis Panadol dipasaran yang mempunyai fungsi-fungsinya berbeza.
Prihatin untuk berkongsi mengenai jenis-jenis panadol, seorang pegawai farmasi di Gpharmax Jabi memberi peringatan untuk individu yang ada penyakit darah tinggi tidak digalakkan untuk mengambil Panadol Actifast dan Panadol Seluble.
Menurutnya kedua-dua ubat ini mengandungi kandungan ion garam yang tinggi.
Panadol Actifast, selain bahan PCM, ia juga mengandungi kandungan ion garam iaitu Natrium/sodium sebanyak 174mg/biji. Tujuan garam ini adalah bagi memudahkan Panadol dihadam oleh perut dan disetap laju oleh usu kecil. Oleh sebab itulah ia dinamakan actifast, ia pantas menyerap dan disebabkan kandungan garamnya tinggi ia perlu dielakkan untuk pesakit darah tinggi.
Manakala Panadol soluble mengandungi jauh lebih tinggi iaitu 427mg sebiji, sekiranya pengambilan Sodim berlebihan di dalam badan, ia akan menyebabkan darah kita menjadi lebih pekat dan membuatkan jantung perlu bekerja dengan lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh badan dan inilah yang akan mengakibatkan tekanan darah meningkat.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua terutama buat anda yang mengidap penyakit darah tinggi.
ARTIKEL BERKAITAN : “3 Bulan Kekal Bacaan Darah Seperti Ni..” Wanita Ni Kongsi Petua & Pemakanan Kawal Darah Tinggi & Terbukti Berkesan!
ARTIKEL MENARIK : Pertikai Belum Mandi. Zamarul Terkedu Isteri Ulang Dialog Drama ‘Aku Tanpa Cintamu’
Sumber : TikTok @farmasighharmaxjabi
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set
dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI