Kebiasaannya kalau makan telur sotong, mesti akan singgah mamak. Jaranglah masak sendiri! Betul tak?
Kalau masak sotong pun, perut dibiarkan di dalam kerana telur sotong ini lembut sifatnya dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati ketika membasuhnya bagi mengelakkan ia dibawa lari mengikut aliran air. Selain itu, ia juga berisiko untuk pecah jadi berhati-hati lah ketika memasaknya.
Tapi, bila dah alang-alang jumpa bila beli barang basah tu boleh la cuba untuk masak sendiri guna tip yang dikongsikan dibawah ini untuk elak telur sotong jadi keras lepas masak.
PETUA MASAK TELUR SOTONG
PANDUAN CARA BUAT KARI TELUR SOTONG dan SOTONG supaya tidak jadi keras
Bahan-bahan Kari Sotong
Jadi inilah rempah yang saya nak bancuh untuk sotong + telornya = 1kilogram- semuanya disatukan dan dibancuh kental dengan air
Sukatan rempah untuk 1kg-1.2 kg daging@ayam@ sotong@udang ( dibancuh kental dengan air) sahaja
Serbuk kari ikan babas 50g
Serbuk kari ayam daging babas 80g
Serbuk cili babas 50g
Serbuk kurma adabi 20gram
Serbuk garam masala babas 15g
Serbuk rempah sup adabi 15g
Serbuk ketumbar 10gram
Isi biji pala 1 ditumbuk
Tidak guna santan tapi diganti
2 sudu plain yogurt
1 sudu besar paste tomato tin
Air guna 2 cawan sahaja
Petua masak telur sotong
Telur sotong untuk kari tidak boleh dimasak lama akan menyebabkan telur sotong jadi keras. Jika nak masak sotong dan telurnya:
1. Masukkan sotong dulu ke dalam rempah yang telah pecah minyak cuma 1 minit saja.
Kemudian diangkat sotong tadi dan masuk ke dalam bekas.
2. Baru masukkan air ke dalam tumisan rempah tadi (selepas dikeluarkan sotong). Tujuan masukkan air adalah supaya rempah mengembang dan mengeluarkan rasa yang sedap.
Tunggu sehingga kuah jadi pekat.
3. Bila kuah dah pekat masukkan telur sotong bersama sotong tadi dalam 3-4 minit saja.
Kemudian tutup api.
** Jika ada telur sotong yang masih belum benar benar masak tidak mengapa. Walaupun api ditutup, kepanasan kuah masih mampu untuk menyempurnakan sotong dan telur tadi masak. Sekiranya, ia lebih masa nescaya telur akan jadi keras.
TIPS MASAK KARI TANPA SANTAN
1. Bagi rasa kari lebih sedap pula, saya guna ‘plain yougurt’ dan ‘tomato paste tin’. Kalau tidak dimasukkan pun tak apa tetap sedap juga.
2. Masakan ini tak perlu guna ‘air asam jawa’ sebab rasa rempahnya sudah cukup sempurna segala rasa. Tidak semua masakan berlauk perlu dimasukkan air asam jawa.
3. Bagi saya masakan berasaskan ‘ikan’ sahaja yang perlu guna air asam jawa atau asam keping sebab nak hilangkan bau hanyir ikan.
** Sekiranya isi lauk kari dah habis boleh tambah sotong, udang, ketam dan masaklah sekejap supaya sebati. Tambahlah air 1 cawan cukup, kuah boleh buat cicah roti jala pula.
Sumber: Facebook Ida Shahida