Cara bercakap dan berkomunikasi dengan anak lelaki dan anak perempuan seharusnya berbeza kerana cara berfikir bagi kedua-dua anak ini punya cara tertentu.
Inilah yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol menerusi Instagramya. Anak lelaki perlu dilatih menggunakan nombor dan fakta berbeza dengan nak perempuan yang bercakap dengan penambahan emosi.
Jom ikuti perkongsian beliau.
Berbeza cara untuk bercakap dengan anak lelaki dan anak perempuan pada usia 2-5 tahun.
“Papa, kakak bawa 3 pensil warna ni dengan satu pembaris ni tau.”
Lama saya menunggu Hanna untuk masuk ke dalam kereta, rupa-rupanya dia tengah cari alat tulis dia di dalam rumah.
Sepanjang perjalanan ke rumah pengasuh, saya duk fikir berbezanya cara dia bercakap sekarang.
Dulu, dia suka cakap pensel warna tu cantik atau pembaris baru dia comel. Sekarang dia banyak gunakan nombor untuk menggambarkan sesuatu objek.
Saya teringat pada satu kajian yang ditulis di dalam buku tulisan Steve Biddulph.
Kajian tu mendapati fokus percakapan mak ayah jadi berbeza bila dia bercakap dengan anak yang berlainan jantina.
Kalau bercakap dengan anak lelaki, secara tak sedar mak ayah akan bercakap menggunakan nombor.
Kalau bercakap dengan anak perempuan, secara tak sedar mak ayah fokus pada emosi.
Dengan anak lelaki contohnya:
“Tengok abang, situ ada 3 ekor Arnab.
“Wow, adik buat menara guna 6 blok. Tinggi tu.”
Dengan anak perempuan pula, contohnya:
“Cuba kakak tengok Arnab tu. Comel kan?”
“Cantiknya Menara yang kakak buat ni?”
Secara semulajadi, anak lelaki lebih mudah faham konsep ‘spatial’ (penggunaan ruang, menganggar bilangan) yang menjadi asas dalam matematik.
Anak perempuan pula ada kemampuan untuk mengenali, memahami dan mengekspresi emosi dirinya lebih baik berbanding anak lelaki.
Yang menariknya, buku tu cadangkan supaya mak ayah ubah percakapan pada anak lelaki dengan fokus pada emosi dan anak perempuan pula fokus pada ukuran, anggaran dan nombor.
Sejak itu saya banyak fokuskan pada emosi bila berbula dengan anak lelaki saya.
“Kucing tu Nampak takut kan? Mungkin dia sesat.”
Dengan anak perempuan pula saya banyak fokuskan pada nombor dan ukuran. Mungkin inilah sebab ia banyak menyebut nombor sekarang.
Ilmu ini sangat bagus untuk dipraktikkan pada anak usia antara 2-5 tahun.
Menarik: Saling Tukar Shift Jaga Anak, Kamal Adli Bangga Sifat Keibuan Uqasha!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my