Ada Cara Masak Pulut Kuning Cantik Berkilat, Masak Pun Sekata!

Share

Pulut kuning ni dah menjadi menu wajib untuk beberapa majlis seperti perkahwinan, bertunang, khatam al-Quran dan sebagainya. Malah, sesekali bila teringin pasti akan buat di rumah untuk makan seisi keluarga.

Bila ada pulut kuning, mesti akan ada rendang! Tak kisahlah rendang ayam, daging atau kerang, memang menaikkan selera lah! Tak dilupakan juga ada sesetengah orang sajikan dengan lauk sambal tumis ikan bilis, memang campuran yang padu lah!

Sebenarnya, nak buat pulut kuning ni ada caranya. Tak semua orang buat menjadi. Kadang akan lembik, tak pun ada beberapa bahagian mentah, terlajak kering airnya. Macam-macam lah kejadiannya. Nak dapatkan pulut kuning yang cantik elok berkilat, ada caranya! Nak tahu? Jom tengok resipi dari Puan Ain Aisha ini. Harap membantu!

RAHSIA PULUT KUNING CANTIK KUNING BERKILAT

TIPS BASUH PULUT KUNING SEBELUM DIMASAK

1. Pastikan sebelum di rendam wajib di basuh atau dibilas sehingga hilang air keruh. Bilas hingga air jernih. Baru direndam.

2. Rendam beras pulut dengan air biasa.

3. Masukkan asam keping bersama beras pulut.

4. Masukkan sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning.

5. Rendam sekurang-kurangnya 4 jam (saya rendam hanya 40minit sahaja).

6. Di toskan.

KAEDAH KUKUS BERAS PULUT

KUKUS PERTAMA:

1. Sudu

Letak sudu atas permukaan dalam kukusan dalam 3 atau 4 sudu. Baru letak pulut (cara saya) atau letak pulut buat bulatan di tengah (tujuan untuk wap masuk dan masak sekata).

Selama 25minit.

2. Air kukusan

Pastikan air kukusan betul-betul mendidih baru letakkan pengukus beras pulut.

Letakkan 3 atau 4 helai daun pandan di dalam air pengukus tujuan wangi (tak letak pun takpe dan saya tak letak pun).

KUKUS KALI KEDUA:

1. 1kg beras pulut bersamaan 1/2kg santan.

2. Sedikit garam dalam 1 sudu.

3. Gula (jika suka kalau Kelantan memang letak) untuk lemak manis gitu jika suka.

4. Masakkan di atas dapur seketika bahan-bahan diatas untuk santan tak cepat basi (saya tak masak pun).

5. Angkat beras pulut tadi dalam bekas yang bersih. Masukkan sedikit , demi sedikit santan sehingga habis. Kacau sebati.

6. Kukus sekali lagi (kali kedua) 15minit hingga masak.

7. Sedia dihidangkan bersama rendang dan sebagainya.

***

Sukatan untuk 1/2 santan untuk 1kg pulut. Ikut kita nak lemak lagu mana. Kalau tak suka lemak boleh kurangkan. Kalau dengan 1/2 santan untuk 1 kg beras memang lemak sangat-sangat dah, tak payah nak letak minyak ke apa.

Tujuan rendam pulut bersama asam keping, untuk kilatkan pulut setelah masak.

Sumber : Ain Aisha

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini