Dalam meniti usia 55 tahun, Puan Seri Tiara Jacquelina Eu Effendi, masih jelita dan sihat bertenaga. penampilannya sentiasa nampak lincah dan aktif.
Isteri kesayangan Tan Seri Mohd Effendi Norwawi ini juga seperti wanita lain yang tak pernah lupa menjaga kecantikan. Melihat kesibukannya umpama wanita bionik, rupa-rupanya, pelakon dan penerbit filem Puteri Gunung Ledang ini jenis yang sangat menitikberatkan soal kesihatan dan gemarkan gaya hidup yang aktif.
“Saya ini wanita yang ringkas sebenarnya. Cukup kenakan baju dengan seluar jeans dan kasut sukan jika tak ada aktiviti glamor. Rawatan kecantikan pula, cukup dapat tidur yang cukup. Dapat tidur nyenyak tujuh jam pun sudah memadai. Apabila ada tenaga, esok kita boleh kembali aktif. Makanan juga saya pentingkan dengan memilih gaya pemakanan seimbang.
“Cuma saya ini jenis yang sentiasa aktif. Tak boleh duduk di rumah tak buat apa-apa. Kehidupan saya sentiasa perlu bergerak. Kalau meeting pun, saya akan berdiri atau berjalan keliling bilik. Saya berusaha untuk tidak duduk sahaja kerana tidak sihat.
“Memang ada yang tanya macam mana dapat tenaga, tetapi sebenarnya ia bergantung pada diri dan sebahagian daripada gaya hidup. Sejak dahulu lagi memang itu yang saya amalkan. Sepanjang dua tahun ini alhamdulillah saya belum kena covid dan memang harap dijauhkan. Malah sepanjang pandemik ini, saya memang tak ada sakit kepala, demam atau selesema. Ada yang gelakkan saya pada tangan penuh dengan macam-macam suplemen. Selain itu, saya juga amalkan jus buah.
“Pada saya soal kecantikan dan kesihatan bermula dari dalam diri kita. Apa yang kita amalkan seperti pemakanan dan gaya hidup itu yang menentukan kita cantik bertenaga atau tidak.
Ditanya mengenai cantik pada pandangan matanya, akui Puan Seri Tiara lagi semuanya bergantung dari dalaman barulah memancar pada luaran.
“Cantik itu bergantung pada mata masing-masing. Ada yang tak lawa tetapi ada ‘something’ pada diri dia yang kita tak boleh nak lepaskan pandangan daripada dia. Itu yang dikatakan kecantikan dari dalaman. Pada saya lebih penting kecantikan dari dalam dan mata kita lebih memancar. Ada yang cantik luaran tetapi nampak ‘malap’ .
Akuinya lagi, sedari usia 40 ahun sudah menitikberatkan soal pengambilan makanan bagi memastikan kesihatan sentiasa pada tahap yang baik.
“Dari umur 40 tahun saya memang menjaga makan . memang tak boleh makan apa saja seperti sebelum ini. Sekarang saya tukar nasi dengan cauliflower rice. Walaupun tak makan nasi saya akan pastikan ambil sayur. Pernah Tun Mahathir kata, jangan sampai kita rasa kenyang bila makan. Makan apabila rasa perut tak kosong dah memadai.
“Memandangkan sekarang bulan ramadan, saya memang tak boleh miss sahur. Saya akan buat milk shake yang dicampur dengan pisang dan kurma serta diletakkan psyllium khas. Inilah yang akan menjadi amalan saya sepanjang bersahur kerana cepat siap dan mudah bangun pagi waktu sahur terus minum,” ujar Puan Seri Tiara lagi ketika ditemui dalam satu majlis kempen Activate Your Immunity, Stay Protected bagi jenama susu berkhasiat PROVITAL Immuna Plus baru-baru ini.
ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!
ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club