Sebut sahaja nama pasangan popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, pasti ramai yang kenal. Bahkan, ada yang menjadikan pasangan sama cantik sama padan ini sebagai idola terutama pasangan muda yang berumah tangga.
Belian barangan murah di SINI
Manakan tidak, dalam usia muda mereka mampu mencipta bahagia selain berjaya dalam dunia bisnes yang diceburi.
Begitu pun, kesenangan dan kebahagian yang mereka kecapi kini bukanlah semudah yang disangkakan.
Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa diharungi. Itu yang pasangan muda ini berkongsi kisah pernah berdepan situasi sukar, terutama ketika awal usia perkahwinan mereka.
Tidak dinafikan, pada awal perkahwinan mereka, kontroversi berkahwin secara sembunyi membuatkan pasangan ini dikecam. Apa yang paling tidak dapat dilupakan adalah apabila mereka didakwa memiliki anak luar nikah.
Cuci mata wangian murah di SINI
“Orang tahu kami sudah berkahwin selepas mempunyai seorang anak, kami rahsiakan perkahwinan kami ketika itu.
“Macam-macam tuduhan, ada yang cakap kami berkahwin selepas ada anak. Ada juga yang kata, anak yang saya lahirkan itu anak luar nikah dan sebagainya.
“Apabila fikir balik perkara itu, saya jadi sedih. Ibu bapa mana yang tak sedih, apabila anaknya dituduh macam-macam,” katanya menerusi rancangan Hard to Heart yang disiarkan semalam.
Menurut Aeril, dia mengakui segala dugaan yang datang berpunca daripada kesilapan sendiri ketika itu sehingga bergelut dengan kehidupan, terutama untuk mempertahankan maruah mereka selepas pendedahan penuh sensasi itu.
“Ketika itu, kami berdua masih baru dalam kerjaya lakonan. Wawa pula terikat dengan kontrak syarikat yang tidak membenarkan artis bercinta sesama sendiri.
“Kita hormatlah, memang itu salah kami kerana melanggar kontrak. Tapi, naluri manusia. Walaupun cakap tak boleh bercinta, tapi perasaan itu membara,” kata Aeril.
Belian barangan murah di SINI
Aeril turut mengakui kesilapannya kerana menyembunyikan cerita perkahwinan mereka.
Tambah Wawa pula, konflik yang tercetus turut menyebabkan rumah tangga mereka bergolak hingga hampir berpisah.
“Ada sampai satu tahap, saya cakap tak nak teruskan hubungan ini. Tapi Aeril yang pujuk, katanya kita tak boleh mengalah nanti orang akan ketawakan kita.
“Kami tahu ada yang cakap kami bakal hidup susah, kami yang akan datang balik merayu, termasuk mengemis kerja,” katanya.
Untuk rekod, pasangan Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Menerusi rancangan Hard to Heart yang dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi itu, Wawa dan Aeril turut bercerita mengenai permulaan serta jatuh bangun yang mereka hadapi dalam alam perniagaan.
Program Hard to Heart disiarkan setiap hari Khamis pukul 11 malam di saluran Astro Ria dan On Demand.
Sumber: Harian Metro & _artismalaysiaofficial_