Bunga kantan selain kita biasa akan gunakan dalam menyediakan menu asam pedas mahu pun laksa di bulan puasa ini, anda juga boleh sediakan menu yang tidak kurang enaknya dan mudah disediakan dengan menggunakan bunga kantan tersebut.
Menu yang dimaksudkan ialah Kerabu Ikan Bilis Bunga Kantan. Mungkin ada yang belum pernah mencuba rasa menu ini. Pun begitu percayalah sekali buat pasti memenuhi selera anda seisi keluarga hingga mampu membuatkan makan bertambah.
Begitu juga bila anda sediakan Sambal Kering Bunga Kantan yang dikongsikan oleh NorAsidah Ishak ini apabila bunga kantan tersebut digoreng garing dan dijadikan sambal, nyata memberi rasa yang cukup enak. Menariknya juga menu nan satu ini boleh disimpan lama di dalam bekas untuk memudahkan dimakan pada bila-bila masa.
Jadi usah tunggu lagi, alang-alang jika bunga kantan tersedia di dalam peti sejuk apa kata hari ini kita sediakan kedua-dua menu ini.
Kerabu Ikan Bilis Bunga Kantan
Bahan bahan :
Ikan bilis yang digoreng garing
1 bunga kantan hiris nipis
1 Serai dihiris nipis
3 ulas bawang merah dipotong dadu
1 biji tomato dibuang bijinya dipotong dadu
3 cili api dipotong nipis
2 biji perahan air limau kasturi
Gula secukup rasa
Cara Buat:
Gaul semua bahan sebati kemudian masukkan ikan bilis garing, gaul lagi.
Siap untuk dimakan
Kreadit : Heliza Mokhtar
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Ini pula resipi Sambal Kering Bunga Kantan yang dikongsikan oleh NorAsidah Ishak.
Bahan-bahan:
10 kuntum Bunga kantan
Ikan bilis
30 tangkai Cili padi
10 biji Bawang merah
1 labu Bawang putih
Cara Buat :
Langkah 1 : Bunga kantan di hiris nipis.
Langkah 2 : Kemudian digoreng macam goreng bawang goreng, ketepikan .
Langkah 3: Ikan bilis goreng garing, ketepikan.
Langkah 4 : Kemudian cili padi, bawang merah dan bawang putih di tumbuk.
Langkah 5 : Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga garing, kemudian masukkan bunga kantan dan ikan bilis.
Langkah 6. Gaul rata dan siap
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club