Bunga kantan selain kita biasa akan gunakan dalam menyediakan menu asam pedas mahu pun laksa di bulan puasa ini, anda juga boleh sediakan menu yang tidak kurang enaknya dan mudah disediakan dengan menggunakan bunga kantan tersebut.
Menu yang dimaksudkan ialah Kerabu Ikan Bilis Bunga Kantan. Mungkin ada yang belum pernah mencuba rasa menu ini. Pun begitu percayalah sekali buat pasti memenuhi selera anda seisi keluarga hingga mampu membuatkan makan bertambah.
Begitu juga bila anda sediakan Sambal Kering Bunga Kantan yang dikongsikan oleh NorAsidah Ishak ini apabila bunga kantan tersebut digoreng garing dan dijadikan sambal, nyata memberi rasa yang cukup enak. Menariknya juga menu nan satu ini boleh disimpan lama di dalam bekas untuk memudahkan dimakan pada bila-bila masa.
Jadi usah tunggu lagi, alang-alang jika bunga kantan tersedia di dalam peti sejuk apa kata hari ini kita sediakan kedua-dua menu ini.
Kerabu Ikan Bilis Bunga Kantan
Bahan bahan :
Ikan bilis yang digoreng garing
1 bunga kantan hiris nipis
1 Serai dihiris nipis
3 ulas bawang merah dipotong dadu
Ads
1 biji tomato dibuang bijinya dipotong dadu
3 cili api dipotong nipis
2 biji perahan air limau kasturi
Gula secukup rasa
Cara Buat:
Gaul semua bahan sebati kemudian masukkan ikan bilis garing, gaul lagi.
banyak petua, tips dan cara hilangkan kerak kuali dan karat periuk yang semakin menebal itu. Dengan cara yang dikongsikan ini anda pasti berpuas hati apabila karat kuali anda yang hitam berkarat dan periuk anda itu akan berkilat seperti baru selepas mengikuti tips ini.
Before & after. Bajet Bawah RM5 je dah boleh bg kuali nampak baru balik. Span ni beli kat Mr. Diy harga RM4.
Sental dgn air sabun je bagi smooth. Buat ni tak sampai 10 minit. Dia senang gila tanggal. Takpayah pakai berus dawai besi dah.
Kredit: hsaytoc
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menu yang satu ini cukup mudah untuk disediakan. Baik untuk saarapan mahupun minum petang. Rasanya yang sedap menambahkan lagi selera seisi keluarga.
Berbeza dengan bihun goreng lain, yang satu ini putih warnanya. Malah ia mudah disediakan kerana tak banyak bahan digunakan. Sesuai juga untuk ana-anak atau ahli keluarga yang tak suka makan pedas.
Jm admin kongskan resipi dari Habeebah Md Daud. Katanya, resipi ini diajar oleh mentuanya. Yang penting kena ada bahan ‘rahsia’ ini, barulah sedap. Korang suka makan BIHUN GORENG SINGAPORE, tapi xtau cara nak masak ? Ni resepi mak mertua kita ajar. Rahsia nak bg sedap, adalah udang kering. Sila cuba okey Sebab senang sangattt! hehe.
Bahan-bahan
3-4bj bawang merah
-5-6bj bawang putih
-1 sudu kecil lada hitam
-2 sudu makan udang kering
-2 inci halia CARA-CARA MASAK
1. Blender lumat bahan yang tadi.
2.Kopek kulit udang
3.Rendam bihun bagi lembut(400gm)
4.Kucai dipotong dalm 4cm (rm1)
**jika ada lobak.. hiris halus memanjang Mcm kucai. taruk dlm bihun pon lagi sedap. Tuan resepi takda lobak waktu kejadian. 1.Dah siap blend
2.Tumis dengan minyak sehingga jadi keemasan/brown
3. Perasakan. Gula +garam+serbuk perasa
4.Masukkan udang
5.Masukkan bihun yang dah di toskan
6.Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah. Makan dengan sambal kicap tau. Adoii menambah-nambah jadinya
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ikan bilis cukup enak dijadikan perisa tambahan dalam hidangan baik masakan yang bergoreng, sup, bubur dan sayur-sayuran. Kerangupannya menambahkan keenakan rasa waiman dimakan begitu saja,
Tapi adakalanya selera jadi ‘terpotong’ gara-gara ikan bilis yang tidak rangup, lemau dan masih lagi kenyal ketika di makan. Sebenarnya ada cara mudah lagi pantas untuk merangupkan ikan bilis. Syaratnya kena buat dua perkara ini. Jom cuba!
# Langkah 1
Selepas dibeli di kedai, basuhlah ikan bilis anda hingga bersih dan jemurlah hingga ia kering. Apabila kering barulah disimpan semula ke dalam bekas. Jadi apabila hendak di goreng, ikan bilis tidak perlu lagi di basuh. Boleh dimasukkan terus ke dalam minyak yang panas. Jadi lebih rangup. Sila buat!
# Langkah 2
Ketika hendak menggoreng pula, pastikan minyaknya panas terlebih dahulu. Kemudian masukkan ikan bilis tadi, yang siap dibasuh dan dikeringkan. Teruskan masuk sahaja ke dalam kuali. Kemudian ambil hujung sudu serbuk perasa ajinomoto dan tuangkan ke dalam minyak. Cuba petua ini dan confirm ikan bilis lebih garing. Tak percaya anda kenalah cuba.
Tip Perlu Tahu
Ikan bilis yang masih basah dan dibasuh sebelum proses menggoreng membuatkan ia kenyal dan tidak rangup.
Jika menggunakan api yang kecil, ikan bilis akan lambat masak dan mengambil masa untuk rangup.
Serbuk ajinomoto buat ikan bilis lebih cepat rangup. Pantas!
Sebelum menggoreng, minyak kena betul-betul panas, jika tidak lagi lambat proses memasak dan rangup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.