Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kesusahan hidup yang dialami memaksa enam beranak ini tinggal di dalam rumah dengan sebahagiannya berlantaikan tanah pasir, tiada berdinding dan ditutup dengan kain sahaja.
Norazila Mohd Saleh dan suami, Indra Sahril Mohd Daud masing-masing berusia 42 tahun yang tinggal di Kampung Parit Lubok Utara, Parit Sulung, Johor ini sedar keadaan itu berbahaya, namun mereka tidak mampu membaikinya.
Norazila bekerja di kantin sekolah manakala suaminya pula bekerja di kilang papan terpaksa bercuti ketika ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kos membaiki dapur lebih RM2,000. Saya dan suami tinggal bersama-sama empat anak berusia sembilan, 11, 15 dan 18 tahun yang masih bersekolah. Anak sulung belajar di Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah).
“Disebabkan sudah tidak bekerja, bahagian dapur tidak dibaiki. Makan pun, apa yang ada sahaja. Kalau ada beras tapi tak ada lauk, saya buat nasi goreng sahaja,” katanya.
Dia berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan wakil Pertubuhan Permata Baiduri Malaysia (Permata), Nor Aisyah A Rahman dan Mastura Onn yang menyampaikan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu di rumahnya, pada Selasa.
Ads
Norazila berkata, sebelum ini bahagian lain rumah mereka dibaiki sendiri suaminya mengikut kemampuan.
Katanya, mereka tidak pernah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi sebelum ini pernah cuba memohon bantuan Baitulmal secara dalam talian tetapi tidak berjaya.
Sementara itu, Presiden Permata, Faridah Hamzah berkata, pihaknya sedang mencari kontraktor untuk membaiki kerosakan dapur rumah keluarga Norazila yang tidak selamat dan tidak selesa terutama semasa hujan.
“Mereka juga makan di atas lantai tanah pasir itu. Jadi mana-mana pihak yang mahu membantu keluarga ini amat dialu-alukan,” katanya.
Ads
Bagi mereka yang ingin menyalurkan bantuan boleh berhubung dengan 03-61278906 atau 013-7065553 (Faridah), sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Permata Baiduri Malaysia 551128630934.
Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi…
Itu antara bait-bait lirik lagu yang ramai antara kita boleh menyayikannya. Ternyata lagu ini juga membawa erti dalam mengharungi kehidupan berumah tangga.
Jadi sini dikongsikan cara untuk mengelakkan daripada berlaku pergaduhan andai ada terjadi perselisihan faham antara suami dan isteri sebagaimana dikongsikan oleh Firdaus Shakirin dan bolehlah dijadikan panduan bersama dalam melayari bahtera rumah tangga.
Cara untuk mengelakkan dari bergaduh dengan pasangan :
1- Tengok mood pasangan dan jangan bersuara bila nampak mood pasangan tak ok.
2- Tengok situasi dan keadaan sebelum memulakan perbualan.
3- Jangaen terus direct to the point, mulakan dengan topik-topik ringan, then baru cakap main point.
4- Berbual dengan nada bersahaja, tidak tinggi suara.
5- Jika perbualan tu semakin serius dan semakin beremosi, jangan mengeruhkan keadaan dengaan turut beremosi, sebaliknya mengalah dan mengundur diri.
6- Tidak menyatakan kesalahan, tapi memberi nasihat akan ruang untuk penambahbaikan.
7- Tidak menggunakan bahasa yang kesat, maki hamun, sindiran, hinaan ketika berbual.
8- Tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh membangkitkan kemarahan pasangan.
9- Elakkan mengungkit masa silam pasangan dan kaitkannya dgn keadaan semasa.
10- Tamatkan perbualan sekiranya gagal mencapai persetujuan.
Terlalu banyak lalat di rumah boleh buat kita rasa tak selesa. Sebab kita tahu lalat ini sinonim dengan benda yang kotor. Paling ditakuti bila lalat ini hinggap pada makanan, dah pasti akan tercemar dan jika dimakan boleh memudaratkan kesihatan seperti mengalami cirit birit.
Tapi masalahnya lokasi kegemaran lalat berkumpul adalah di bahagian kita menyediakan makanan iaitu dapur. Jadi bagi mengelakkan lalat dari berleluasa di dapur lakukan perkara ini:
1. Tuang air dalam bekas dan masukkan bunga cengkih. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari dapur anda.
2. Boleh juga gunakan daun kari. Kibaskan daun ini pada lalat yang berterbangan di dapur. Kemudian letakkan daun kari dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat yang suka hinggap di meja makan.
3. Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat yang berada di atas meja makan.
4. Satu lagi cara yang biasa digunakan adalah mengggunakan menyalakan lilin. Letakkan lilin tersebut berhampiran hidangan. Sila pastikan lilin itu diletakkan di tempat yang selamat, sebaik-baiknya di dalam tin kosong.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memiliki ruang dapur yang luas menjadi idaman buat ibu-ibu yang suka mendekorasi ruangan ini. Apa lagi bagi mereka yang suka membeli barangan dapur baik periuk, kuali, tuppaware dan pelbagai lagi.
Tetapi bagi yang memiliki ruang dapur sempit, pasti pening kan nak mengatur letak barangan. Jadi, admin kongsikan tip dari Puan Mas Izzuawanie yang berkongsi tip menerusi facebook MJ Greenade Baby Shop. Semoga bermanfaat!
Kita nak share deco ruang dapur kita. Keluasan dapur cuma 6 kaki x 12 kaki. Tolak table top tu, tinggal la lebar 3 kaki. Masih banyak boleh diperbaiki. Tapi sekadar nak beri inspirasi rumah orang yang mempunyai barang banyak tapi dapur sempit.
Disebabkan dapur sempit, so kena manfaafkan ruang dinding.
Disebabkan ni hanya rumah kuarters & kemungkinan bertukar-tukar tempat sangat tinggi, jadi hanya guna rak buku sebagai kabinet.
– Skirting ni kita dapat dalam RM 50. Siap dapat tape yang kuat.
– Bahagian atas kita just guna kotak ape yang ada, boleh dibaiki dengan bakul yang lebih baik.
– Periuk nasi / blender kita letak di depan sebab ruang sempit sangat
Microwave pun selamat letak di atas rak.
* Bracket tu kita baru tambah lagi untuk kukuhkan lagi rak buku ni.
*Bekas bekas paling kita suka. Kurus. Jimat ruang dapur.
Sinki paling best. Lengkap semua. Dalam sinki tu bekas nak letakkan sisa makanan. Nak buat baja untuk tanaman belakang rumah.
Minyak dah guna & belum guna.
Minyak dah guna ni, kita plan untuk dijual bagi diproses kepada biodisel.
Ice box ni penting untuk kita membeli barang barang. Selalunya saya beli stok bahan mentah untuk 2 minggu. Jarak ke pasar mengambil masa lebih kurang 46 minit. Jadi wajib ada ice box bagi memastikan kesegaran bahan mentah.
Tong sampah perlu bertutup sebab xselera tengok sampah. Haha
Ruang bawah sinki.
Kabinet memang tiada. Jadi kita guna extendable rack, trolley & storage box untuk menambahkan ruang penyimpanan
Kita drill penyangkut baju besi ni untuk gantung penapis & 2 lagi kuali kita. Sebelah dia ni kita simpan stok sabun basuh baju + beg plastik untuk guna semula.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.