Ada Anak Perempuan Tetapi Tak Pernah Beli Barang Kemas, Itu Pilihan Sendiri, Usah Mengata Tak Pandai Urus Duit.

Share

Kelihatan orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang untuk membeli barang keperluan menyambut Hari Raya Aidilifitri tidak lama lagi.

Saban hari gedung membeli belah di penuhi orang ramai. Bahkan juga  kedai emas dipenuhi pelanggan dengan membeli emas untuk dijadikan sebagai perhiasan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bagaikan sudah menjadi trend, emas mesti dimiliki oleh setiap keluarga bukan sahaja perhiasan tetapi sebagai pelaburan,

Namun ada antara kita mempunyai  pendirian tersendiri mengenai barang kemas ini. Bagi saudara Mohd Yazid Ismail yang juga ahli perniagaan yang berjaya ini tidak ralat  menjadikan barang kemas sebagai bukan keutamaan kepada keluargannya.

Malah dia sendiri, tidak pernah membeli barang kemas kepada tiga orang anak perempuannya. Katanya, bukan kedekut atau tidak mampu tetapi tidak berminat dengan barangan mewah.

“Jangan kata kami kedekut. Ini pilihan yang kami rasa selesa. Kami bahagia dengan cara begini.”

ANAK TAK PERNAH PAKAI BARANG KEMAS

Tiga orang anak dara ni tak pernah pakai apa-apa barang kemas kat tubuh mereka. Tak pernah belikan.

Mama dan Abah diorang kurang minat eksesori mewah. Beg tangan mahal, kasut mahal semua tak minat.

Jangan kata kami kedekut. Ini pilihan yang kami rasa selesa. Kami bahagia dengan cara begini.

Kami hormati pilihan orang lain yang suka emas dan barang mewah. Itu hak mereka. Pilihan dalam hidup kita tak semestinya sama.

Setiap orang jangan fikir hanya pilihan mereka yang terbaik. Raikan pilihan citarasa orang lain selagi ia patuh syariah

Ada orang bila tengok perempuan tak ada seurat gelang kat tangan mulalah mengata perempuan tu malang sebab tak mampu beli emas, miskin, tak pandai urus duit. Mereka ingat diorang je yang bertuah.

 

Sumber: Mohd Yazid Ismail

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club