Berkongsi minat yang sama membolehkan pasangan ini mengatur hias ruang di dalam kediaman mereka.
Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Syatila Melvin memberitahu hikmah di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membolehkan dia dan suami, Shaheizy Sam menghias kediaman terutama dekorasi di dalam bilik tidur pasangan ini.
Akui Syatila lagi, memiliki anak kecil tidak membataskannya untuk melakukan semua kerja rumah.
Kami laki bini memang gila deco rumah!ada anak kecik bukan alasan rumah semak samun mcm tongkang pecah!!Sapa tau ig shop bekenaan brg rumah yg best2 boleh mention kt bawah!
Ni hasil berkurung kt rumah,masterbedroom semua dh jadi warna lain😝perabot2 lama semua gone!!!sapa kaki deco rumah lagi??😍😍 ni bru 30% siap!!! 70% lagi otw! Sapa nk tgok hasil?😍
Dalam pada itu, rata-rata memuji akan dekorasi yang dilakukan pasangan sama cantik sama padan ini.