Berkongsi minat yang sama membolehkan pasangan ini mengatur hias ruang di dalam kediaman mereka.
Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Syatila Melvin memberitahu hikmah di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membolehkan dia dan suami, Shaheizy Sam menghias kediaman terutama dekorasi di dalam bilik tidur pasangan ini.
Akui Syatila lagi, memiliki anak kecil tidak membataskannya untuk melakukan semua kerja rumah.
Ads
Kami laki bini memang gila deco rumah!ada anak kecik bukan alasan rumah semak samun mcm tongkang pecah!!Sapa tau ig shop bekenaan brg rumah yg best2 boleh mention kt bawah!
Ads
Ni hasil berkurung kt rumah,masterbedroom semua dh jadi warna lain😝perabot2 lama semua gone!!!sapa kaki deco rumah lagi??😍😍 ni bru 30% siap!!! 70% lagi otw! Sapa nk tgok hasil?😍
Siapa yang tak kenal dengan pelakon Datin Paduka Eina Azman. Seringkali wajahnya menghiasi sosial media terutama instargram dalam berkongsi aktiviti hariannya.
Dia juga kerap berkongsikan resipi dan video masakannya buat pengikut-pengikut setia di Instagram. Telatah nya yang bersahaja dan cukup lemah lembuat membuatkan ramai suka dan tidak hairanlah video yang dimuat naik sering mendapat perhatian ramai.
Sekarang bakat memasaknya sudah mula bercambah kepada anak kembarnya. Ada sahaja gelagat pasangan kembar ini ketika memasak.
Terbaru, Eina berkongsikan video anak-anaknya membuat pancake. Comel betul lihat telatah comel kedua-dua mereka ketika dirakamkan.
Bukan sahaja memasak, Karl Kareef dan Arianna Aubrey juga turut menunjukkan cara-cara membuat Homemade Play Dough yang selamat dimainkan oleh kanak-kanak. Memang comel tengok telatah dua adik-beradik ini.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya ingin memiliki keluarga bahagia. Ia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Kebahagiaan dalam rumah tangga tidak akan berlaku jika tiada sikap saling berusaha untuk membentuk keharmonian dalam hubungan. Jom ikuti 21 petua mudah ini
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
21. Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri.
Sudah lebih 15 tahun mendirikan rumah, pelakon Lisdawati berkata setiap pasangan juga harus saling mempercayai antara satu sama lain.
Ujar isteri kepada pelakon, Fauzi Nawawi ini lagi, menjadi tanggungjawab kepada setiap suami untuk sentiasa mempertahankan serta melindungi isteri masing-masing.
“Bagi saya, memang sudah seharusnya lah apa lagi kalau kita masih sayangkan pasangan terutamanya. Apa yang paling penting adalah kita antara pasangan harus saling mempercayai satu sama lain dan tidak boleh dengar cakap orang ketiga.
“Sebab yang tidur sebantal, sebilik adalah kita suami isteri bukan mak ayah kita dan bukan sesiapa walau apa pun keadaan yang terjadi.
“Contoh kita tahu yang dia menipu tapi adakah perlu kita nak sebarkan satu dunia? Tidak kan?,” ujarnya lagi.
Dia turut mengakui dalam setiap rumahtangga pasti tidak dapat lari daripada perselisihan faham. Itu antara asam garam dalam berumahtangga, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.
Pun begitu katanya, setiap pasangan harus memainkan peranan masing-masing terutama dalam menjaga maruah pasangan
“Setiap masalah rumah tangga yang berlaku perlu diselesaikan antara suami isteri sahaja. Maka berbincanglah di dalam bilik dan kita kena buat yang terbaik untuk pasangan kita.
“Kita kena ingat kalau bukan sekarang kita menjaga pasangan kita, bagaimana kita nak melayari bahtera perkahwinan untuk lebih lama lagi.
“Apa sahaja masalah yang timbul belajar lah untuk berbincang di dalam bilik, tertutup hanya antara suami isteri tanpa campur tangan orang luar,” katanya lagi.
Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin berkata demikian secara bagi memberikan pendapat menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini, TV3, pada Jumaat lalu.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 9 September 2007. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sementara itu, Fauzi sebelum ini turut dikurniakan empat orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.