Penggunaan pinggan mangkuk yang berwarna putih apabila kerap kali digunakan atau disimpan dalam tempoh yang lama memang mudah untuk kelihatan seperti berkarat dan berwarna kekuningan.
Lebih-lebih lagi mug yang digunakan untuk minum kopi atau teh. Bila terjadi seperti itu, ada sesetengah antara kita apabila hendak menggunakan cawan tersebut akan rasa tidak selesa pula. Seakan minum di dalam cawan atau gelas yang kotor walhal telah dicuci bersih!
Untuk itu, ketahui cara terbaik untuk membersihkan cawan tersebut agar kembali bersinar seperti baharu. Umumnya, penggunaan soda bikarbonat adalah yang terbaik dan berkesan. Pun begitu ada dua cara yang boleh anda praktikkan, pilih sahaja yang memudahkan anda dan pastinya tidak akan menghampakan anda.
Oleh itu, ayuh teliti dahulu kedua-dua cara ini sebelum memulakan ‘operasi’!
CARA 1
“Hari ni rajin sikit. Jadi ada masa nak kasi cuci bersih set cawan putih arcopal mak. Tindakan perlu dilakukan kerana mak dah serik sental teko dengan pencuci pingggan biasa tapi tak keluar kesan warna yang ditinggalkan oleh kopi.”
Jadi inilah hasilnya dan lihat perbezaan sebelum dan selepas dicuci dengan soda bikarbonat. Memang berkilau jadinya.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Soda bikarbonat
kitchen towel (kalau pakai tisu biasa hancur pula nanti)
sedikit air
Cara:
- Tabur soda bikarbonat di bahagian cawan yang berwarna hitam.
- Basahkan kitchen towel dan kemudian sental hingga bersih berkilat. Sedikit kesabaran juga diperlukan semasa menyental, namun hasilnya tidak akan mengecewakan!
sumber : Azhani Mazmi
CARA 2
Ini pula lain sedikit caranya namun tetap menggunakan soda bikarbonat sebagai bahan utama berserta penambahan bahan lain. Kesannya juga boleh menjadikan cawan atau mangkuk kembali bersinar.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 sudu soda bikarbonat
2 sudu cuka
Sedikit pencuci pinggan mangkuk
Cara-cara:
1. Masukkan soda bikarbonat ke dalam bekas yang kotor.
2. Tuang cuka ke dalam bekas yang kotor.
3. Isikan sedikit pencuci pinggan mangkuk.
4. Tambahkan dengan air panas.
5. Kacau hingga sebati dan biarkan selama 10 minit.
6. Cuci cawan/mug itu dengan menggunakan span pencuci pinggan anda.
sumber : Petua Emak