“Acik Doakan Kau Terus Dapat Kembar 3.” 5 Tahun Raya Berdua & Tahun Kenam Raya Berlima, Perkongsian Ibu Ini Cukup Menyentuh Hati!

Share

Cabaran dalam hidup berumah tangga bukan sahaja pada kewangan semata-mata. Soal anak juga boleh menyebabkan pasangan suami isteri bertekak yang akhirnya mengundang kehancuran.

Suami isteri mana yang tidak mahu memiliki anak kan. Melihat pasangan lain bahagia dan gembira tatkala menimang cahaya mata, hati seolah-olah dipalu pilu. Lama menanti, puas berusaha namun yang dinanti tak kunjung tiba.

Air mata mengiringi doa yang diungkapkan setiap kali dahi menyentuh sejadah. Percaturan Yang Maha Esa tiada siapa yang mampu menduga. Mungkin ada hikmah disebaliknya yang kita tidak tahu.

Bagi pasangan RaiHana Kadir dan pasangannya, MUhammad Hafiz, mereka sentiasa positif, tidak pernah putus asa dan akhirnya apa yang dipohon, dimakbulkan Allah SWT.

#cabaranrayabersama

5 tahun raya berdua.. tahun ke6 raya berlima.. alhamdulillah cantik perancangan Allah.. semoga yang berusaha dapat merasai apa yang diimpikan.. aamiin.. jangan putus asa ya.. keep positive.. saya pun tak pernah terfikir akan melalui detik ini.

Itu antara ungkapan yang dimuat naik Raihana menerusi laman facebooknya. Menurut Raihana, anak kembar tiganya diperoleh menerusi rawatan IUI.

Selepas mencuba sebanyak tiga kali barulah berjaya dan terus mendapat kembar tiga,” ujar Raihana yang sebelum itu amalkan pengambilan satu produk untuk betulkn kitaran periodnya.

Ada makcik doakan semasa di Mekah
“Saya tak pernah doa untuk dapat anak kembar, lagi2 kembar 3.. setakat teruja dengan orang lain yang ada anak kembar tu ada la.

Tapi saya mula teringat ada yang mendoakan saya mendapat kembar 3 masa saya berada di Mekah menunaikan ibadah haji 2 tahun lepas.. bila saya dapat tahu saya mengandung kembar 3, tibe2 saya teringat makcik yang mendoakan saya tu, muka tak ingat tapi kata2 nya saya ingat sampai sekarang.

“Semasa menunggu menunaikan solat zuhur, makcik2 di sebelah saya menegur saya.. mereka bertanya datang dengan siapa, dari mana, duduk tingkat berapa dan macam2 lagi.. mereka teruja bila ada jemaah muda menunaikan haji.. alhamdulillah rezeki saya dan suami.. dan soalan famous selalu saya dapat adalah ‘anak dah berapa?’

“Dengan tenang sambil tersenyum saya menjawab ‘belum lagi cik, acik doakan saya ye’ jawapan yang selalu saya repeat bila dapat soalan serupa itu..
Terus salah seorang makcik disitu menjawab ‘acik doakan kau balik malaysia lepas ni, terus dapat kembar 3’. Terkedu kejap ‘ala cik, jangan la 3’ dalam hati saya boleh ke pregnant 3 orang.

‘Acik doakan kau ni’
‘Hihi ok cik.. aamiin..’
Lepas kejadian tu, saya meneruskan kehidupan seperti orang biasa. Dan alhamdulillah doa acik tersebut dimakbulkan oleh Allah..

11/10/2018, LPPKN KL
selepas checkup dengan doc dan mendapat tahu saya pregnant 3 orang, saya suami isteri termenung, tersenyum, teruja dan semua ada.. saya tanya suami ‘bang, ok ke 3?’ 
Suami jawab ‘abang ok je, alhamdulillah rezeki’
‘Bang, nak tau tak masa kita pergi haji dulu, ada makcik ni doakan ayang pregnant kembar 3 bila balik malaysia ‘
‘Yeke?’ Terkejut dengan penyataan saya..
‘Aah..’

Ya Allah semua itu rezeki dari Kau.. Kau yang mengizinkan semuanya.. aku hanya berusaha, berdoa dan bertawakal.. alhamdulillah lahirlah ketiga2 mereka dengan sihat.. semoga anak2 ini terus sihat dan menjadi pejuang2 islam akan datang.


Dalam pada itu, dia  turut berkongsi pengalaman selama ini dalam memberi semangat kepada semua wanita di luar sana yang masih belum memiliki cahaya mata biarpun sudah lama berkahwin mahupun baru.

“Semoga kalian juga direzekikan mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah.. aamiin.. teruskan berdoa dan mohonlah orang sekeliling mendoakan kita jua.. semoga Allah permudahkan urusan kalian.. aamiin..

“Bukan sekadar yang berTTC, tetapi juga untuk semua yang tertanya2 bilakah rezekinya akan sampai.. Tukarkan situasi saya kepada situasi anda semua berkenaan rezeki. 

Kita akan down jika kita menunggu rezeki yang kita idam-idamkan tak muncul2, kita akan rasa kecewa jika benda yang kita nak tak dapat2.

“Macam dalam situasi berTTC, kita akan rasa down tiap kali kita datang period @ tiap kali kita test upt, upt selalu negatif.. (salahkan upt pulak ?) Siapa selalu rasa perasaan tu? Bagi saya, itu pengalaman biasa ?

Tipulah kalau saya kata saya tak pernah lalui. Dulu mula2 kawen, boleh dikatakan hari2 nangis (ni bila tau ada kenalan pregnant @ dorang up kat media sosial ?)

tiap2 hujung minggu nangis (biasa bila balik kg ?)

tiap hujung bulan nangis (ni bila period datang @ upt negatif ?)

bila teringat balik, macam rasa childish pun ada.. ?

sampai husband pun dah tak tahu nak cakap apa.

‘Dah la tu yang, abang dah tak tahu nak cakap apa dah’

Haha.. yela.. asik nangis je, mana taknya suami yang tension.

 

Tapi bila dah lama2, dah lebih setahun, saya dah kurang menangis.. macam dah boleh terima keadaan.. tapi… masih belum redha sepenuhnya.. kalau siapa yang baca posting saya semalam, perlu redha dengan IKHLAS, bukan redha tapi dalam hati sedih dan sumpah seranah..?

Dulu.. kalau ada kenduri, rasa malas nak pergi sebab tak nak dapat soalan cepumas ‘bila nak ada isi?, ‘belum mengandung lagi?, ‘eh, kan dah lama kawen, belum ada anak lagi?‘ Kadang nak menjerit je.. jawapan die pun kite tak tau, macam mana kita nak jawap soalan orang yang tanya tu kan.. em kadang tiba masanya waktu balik kg pun, kita rasa tak nak balik je sebab tak nak tengok isteri2 yang perutnya membesar bawa baby dalam tu.. sayu rasa hati .

 

Agak lama saya berperasaan begitu, tetapi bila saya betul2 redha dengan takdir saya, saya ubah mindset saya, bila ada kenduri, saya pergi.. balik kg pun, dah tak rasa apa2.. saya bina silaturrahim bersama keluarga dan kenalan. Bila orang tanya, saya akan jawap dengan tenang , ‘belum lagi, doakan saya ya’ (sambil tersenyum), bila kita jawap macam tu, confirm orang yang tanya tu akan jawap, ‘Insha allah ada rezeki anak lepas ni’..

apa yang kita perlukan adalah doa orang sekeliling sebab kita tak tahu doa siapa yang termakbul.. so, kenapa kita nak jauhkan diri dari orang sekeliling sedangkan dia boleh mendoakan kita.. saya mohon siapa yang berTTC jadikan rutin minta orang sekeliling doakan kita.. biar ramai yang doakan kita, insha allah segalanya dipermudah..?

Kepada yang selalu menanya soalan cepumas tu, tapis2 lah bila nak menyoal tu, kami juga ada perasan, kami juga inginkan anak tetapi dalam masa yang sama kami tak tahu bila rezekinya. Dalam masa yang sama, saya sentiasa positif walaupun kadang-kadang kecundang juga. Kalau sedih, saya akan pujuk hati untuk terima dan redha dengan ketentuan Allah.

“Pada wanita di luar sana, bersabarlah dengan ujian ini.. cari punca masalah dan carilah penyelesaiannya. Kalau dah lama kawen tapi belum ada rezeki, jumpalah doktor untuk ketahui apa punca lambat mengandung. 

Sentiasa support isteri bila isteri tertekan lagi2 jika isteri stress dengan masalah ini. Suami pula kenalah pandai pujuk isteri supaya selalu happy dan tak fikirkn masalah yang ada,”ujar Raihana lagi.

Maaf jika posting kali ini ada yang terasa dengan setiap kata2 saya.. sesungguhnya ia adalah pengalaman dan perasaan dari hati saya sendiri.

Pengalaman dari,

Ibu kepada @rh_triplet