
Kasih sayang seorang suami yang begitu menyayangi isterinya boleh dilihat dengan caranya santuni isterinya dengan baik. Begitulah yang dipaparkan oleh Achey yang telah meraikan majlis hari lahir isterinya, baru-baru ini. Dengan kehadiran anak angkat mereka, Zinirah, pasangan ini semakin bahagia.
Beliau yang memuat naik rakaman video itu, meraikan dengan sederhana bersama rakan-rakannya. Lebih mengejutkan sambutan hari jadi isterinya tahun ini, Achey memberikan hadiah istimewa untuk isterinya.
Si bidang tanah buat isteri tercinta
Siapa sangka, Achey memberikan hadiah sebidang tanah buat isterinya, Anne. Sungguh unik hadiah yang diberikan kepada isteri.
Dua tahun usahakan hadiah ini
“Hadiah besday dia yang selama 2 tahun di usahakan… bukan sekejap tau nak setlekan hadiah ni sebab akan datang hadiah ini yang kami gunakan bila di perlukan demi menyambung kehidupan.,”
Dalam pada itu, rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah kepada isteri Achey dan menyifatkan hadiah itu begitu istimewa dan unik.
Sumber: Instagram acheykintangkintung
Hanya 15 Minit Lihat Anaknya Pegang Smartphone, Ibu Itu Dikecam. Lelaki Ini Kongsi Peringatan Agar Jangan Mudah Hakimi Orang Lain. Deep!

Tugas bergelar ibu adalah tanggungjawab yang berat lebih-lebih lagi apabila bergelar surirumah sepenuh. Bagi yang bekerja, ada masa luangnya apabila tiba waktu rehat. Namun bagi yang sepenuh masa, tentu akan menguruskan anak-anak dari pagi sehingga malam.
Tiada istilah rehat baginya kecuali waktu anaknya tidur. Malah waktu makan pun, tetap diganggu oleh anak jika mood tantrum. Untuk jalan singkat, ada ibu menjadikan smartphone sebagai penyelesaian masalah sementara buat dirinya biarpun tahu, kesan yang tidak baik untuk anak kecil.
Namun, sikap itu telah disalah erti pada mata yang memandang dengan membuat kecam bahawa ibu itu tiada kesedaran mengenai kesan negatif penggunaan smartphone kepada kanak-kanak.
Namun melalui perkongsian lelaki ini, kecaman itu tidak harus berlaku hanya melihat situasi beberapa minit sahaja tanpa mengetahui sebab sebenar ibu itu bertindak begitu. Deep perkongsian ini. Moga jadi ikhtibar bersama supaya menjadi seorang yang lebih alert dengan persekitaran.

Jangan terlalu mudah untuk menghakimi orang lain disekeliling kita,sedangkan kita tidak pernah ada bersama mereka.
Ada ibu kehidupan harian dia tak sama macam ibu ibu lain. Ada ibu kejutkan anak anak waktu pagi,sediakan makan minum sebelum mereka ke sekolah. Kadang kadang susun pula buku buku anak anak mengikut jadual kelas.Anak nak darjah 1 menangis tak henti lagi sejak dimandikan sehinggalah siapkan pakai baju seluar semua.
Dalam masa yang sama berlari kecil kebilik pakaian untuk iron-kan baju dan seluar suami. Sediakan pula sarapan pagi kegemaran suami. Walaupun penat masih mampu gerakkan otot muka untuk lemparkan senyuman kepada anak anak dan suami sebelum mereka keluar rumah sehinggalah hilang dari pandangan mata.
Setelah kunci pagar dan pintu utama.
Pergi ruang tamu semuanya masih berselerak dengan permainan adik,angah,abang long main malam tadi. ish ish ish.. bertuah betul anak anak ni,malam tadi suruh kemas tapi tak kemas,siap diorang balik sekolah nanti. mulut pot pet pot pet membebel tak henti.
Selesai kemaskan ruang tamu,ruangan dapur. Baru badan mahu rebahkan disofa tiba tiba tangisan si kecil 2 tahun terdengar dari dalam bilik. Umie….Umie… Si kecil memanggil.
Badan yang baru mencecah sofa terus melantun bangun. Ya Sayang Ya Sayang.. Umie datang ni…Terus dicium,dipeluk si kecil yang comel dan bau yang wangi itu.
Setelah semuanya selesai. Perut pula terasa lapar,lapar sangat sangat walaupun penat. Jam menunjukkan 12.30 pm. Ibu ini teringin pula nak makan asam pedas. Elok sangatlah nanti terus tunggu ambil anak anak disekolah,hari ini tapau sajalah makanan untuk anak anak. Kata hati.
Kecaman buat wanita itu

Ibu ini masuk ke dalam kedai bersama si kecil 2 tahun tadi,terus dapatkan meja yang masih kekosongan. Diletaknya si kecil dalam kerusi khas untuk bayi supaya si kecil tak berlari lari dalam kedai makan. Ibu keluarkan smartphone,selfie sekeping dua lalu hantar kepada suami.
Baru sahaja mahu menjamah hidangan. Si kecil mula meragam. Ibu tak ada idea lain,keluarkan smartphone buka video umar hana dan beri kepada anak
Namun apa nasib ibu ini. Ada pula mata yang sedang memerhati. Snap gambar ibu bersama si kecil yang sedang bersama smartphone. Terus upload di facebook dengan satu lontaran hebat;
Lihatlah ibu sekarang,telah merosakkan anak dengan smartphone. Tidak sayang anak kah? Tak bacakah kajian smartphone ini boleh menjejaskan stimulasi sensori otak bayi?
Inilah ibu ibu sekarang,jadikan gadget sebagai babysitter kepada anak. Aku memang taklah bagi anak main gadget ni. Aku taknak rosakkan otak anak aku macam orang ini. bla bla bla. ((mula muji diri sendiri))).
Itulah sesetengah kita hari ini. Apabila diberi sedikit ilmu,kesedaran maka kita mula memandang orang lain dengan pandangan jahil,hina dan terus menghakimi. Bahkan mengajak orang lain pula untuk sama sama bersetuju dengan pendapat kita. Sedangkan kita hanya menyaksikan 10-15 minit dari 24 jam kehidupan mereka. Kita tidak pernah ada dalam jam jam dan keadaan mereka yang lain.
Usah aibkan orang lain.
Cukuplah didik masyarakat dengan cara mengaib,menghukum dan menghina orang lain. Itu bukan cara islam,itu bukan cari orang berilmu,itu bukan cara kita ubah dunia.
Banyak cara untuk kita didik masyarakat. Jika kita benar benar ikhlas mahu beri kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya smartphone kepada bayi dan kanak kanak. Ambil pendekatan berhemah,print banyak banyak keratan akhbar atau flyers tentang kuburukan gadget dan hulurkan kepada mereka sebelum kita beredar keluar dari mana mana premis.
Kita mahu ubah masyarakat dengan kasih sayang dan belas kasihan. Bukan dengan rasa benci dan memberi hukuman. Bersangka baik dahulu supaya mudah untuk berdakwah. Kita diberi akal dan ilmu,manfaatkan kedua ini supaya orang lain juga dapat manfaat.
*Jalan cerita di atas hanyalah penceritaan semula yang diambil dari perkongsian ibu ibu yang sempat saya baca. Mungkin situasi diatas pernah berlaku kepada ibu ibu semua.
Terkini: Pencarum KWSP Yang Terjejas Boleh Akses Akaun 1 Hingga RM60,000!

Isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pembentangan Belanjawan 2020 sebelum ini hangat diperkatakan dikalangan warganet apabila had pengeluaran akaun 1 dianggap tidak munasabah.
Lantaran ketika pandemik Covid-19, yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia mengakibatkan ramai yang hilang punca pendapatan. Namun, akhirnya suara rakyat didengar. Terkini, berita gembira buat golongan yang terjejas boleh akses antara RM9,000 hingga RM60,000 di Akaun 1.
Ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 di bawah RM90,000 boleh memohon pendahuluan sebanyak RM9,000 dengan amaun pendahuluan sebanyak RM4,000.
Sementara itu, ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM90,000 akan berpeluang mengeluarkan 10% daripada jumlah simpanan dengan jumlah maksimum RM60,000. Menerusi iniasiatif yang dinamakan sebagai i-SINAR, dilaporkan seramai dua juta ahli akan menerima manfaat ini dengan anggaran jumlah bernilai RM14 bilion.
BAYARAN SEMULA SELEPAS DAPAT PEKERJAAN
Bagaimana pun jumlah yang diberikan itu perlu dibayar semula apabila ahli sudah mendapat pekerjaan dan mula kembali mencarum.
Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
SIARAN AKHBAR
Sumber: Buletin TV3
Operasi Bersihkan Rumah Time Cuti Sekolah Lebih Berkesan Bila Buat 7 Cara Ni!

Ada benarnya, bila kita berpeluang membersihkan rumah secara bergotong royong dengan ahli keluarga, setiap kerja yang berat itu akan menjadi ringan. Jadi ambil kesempatan di musim cuti sekolah ini untuk libatkan anak-anak untuk membantu.
Bila ramai yang tolong pastinya masa yang diperuntukkan untuk mencuci, menyental atau membersihkan ruangan kediaman dapat dilakukan dengan mudah dan terlajak pantas. Jadi dapatlah anda lebih banyak masa untuk beristirahat bersama keluarga dan seterusnya melakukan aktiviti lainnya pula.
Sebelum itu, ketahui dulu tip atau cara membersihkan rumah dengan menggunakan bahan alami yang bukan sahaja menjimatkan malah kesan ‘bersihnya’ juga cukup hebat. Nak tahu apa caranya, jom semak 5 cara ini.
- Perabot bebas habuk
Lapkan perabot dengan menggunakan bancuhan air bersama pelembut fabrik dengan kadar 1 nisbah 10.
2. Lantai berkilat seperti cermin
Campurkan pencuci lantai dengan cuka dan air panas. Kemudian mop lantai seperti biasa.
3. Wangikan udara dalam rumah
Campurkan pelembut kain dengan cuka. Kemudian masukkan ke dalam botol spray dan semburkan di sekeliling rumah terutama pada bahagian langsir, sofa dan kemasan lembut yang lainnya.
4. Menyegarkan bilik air
Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat dengan 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Kemudian masukkan ke dalam botol penyembur dan semburkan di sekitar bilik air.
5. Harumkan peti sejuk
Matikan suis dan kemudian keluarkan semua yang ada di dalam peti sejuk. Bersihkan dengan tuala bersih. Selepas kering sapukan dengan esen ros pada tuala tersebut dan lap pada keseluruhan dalamaan peti sejuk. Kemudian tutup peti sejuk selama 30 minit sebelum dimasukkan dengan barang-barang lainnya.
6. Kilat dan bersihkan sinki
Buah lemon di potong dua dan kemudian gosokkan pada seluruh bahagian sinki dan terutamanya tempat yang kotor/berkerak. Kemudian taburkan dengan garam dan gosok dengan berus. Setelah itu bilas dengan air panas.
7. Cuci perkakasan seramik
Ambil beras dan campurkan bersama dengan air panas dan sedikit serbuk pencuci. Kemudian masukkan ke dalam pasu seramik atau hiasan lainnya yang sukar dibersihkan pada bahagian dalamnya. Goncang-goncangkan beberapa kali dan dengan sendirinya bahagian dalaman hiasan seramik dapat dibersihkan daripada habuk dan sebaginya.