Tahniah diucapkan buat si cilik kesayangan ramai, Tiara Ziniriah,anak kepada penyanyi dan pelawak Achey yang mendapat keputusan peperiksaan penilaian akhir tahun yang cemerlang di sekolahnya.
Biarpun dikhabarkan mempunyai masalah pembelajaran namun ia bukan halangan buat Tiara untuk mendapat keputusan yang memberangsangkan.
Menerusi perkongsian ibunya, Anne, Tiara memperolehi 6A bagi subjek Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Jawi, dan Pendidikan Islam.
“Tahniah kakak. Hari ini dapat tiga anugerah akhir tahun 2024.
Ads
“Mama bangga dengan kakak. Tahun ini usaha lagi okay,” tulisnya menerusi Insta Story.
Berkongsi kisah kejayaan Tiara itu, Achey juga amat berterima kasih kepada guru-guru yang selama ini banyak membimbing Tiara di sekolah.
Ads
“Alhamdulillah saya sangat berterima kasih kepada pihak sekolah dan kredit sepenuhnya kepada guru-guru yang mengajar tiara.
“Untuk peperiksaan akhir tahun dia mendapat markah yang sangat cemerlang dan menunjukkan perubahan ketara berbanding sebelum ini,” kongsi Achey lagi.
Ads
Biarpun sedikit terkandas menerusi subjek Bahasa Melayu dengan keputusan D namun kata Achey dia bersyukur dan akan memperbaiki kelemahan itu.
“Awalnya macam nak mengamuk juga sebab pelik jauh betul markah Bahasa Melayu berbanding subjek lain.
“Tapi saya tetap syukur sebab Tiara memang agak perlahan dalam pembelajaran dan alhamdulillah dia menunjukkan perubahan ketara.
“Harap-harap Tiara dapat teruskan prestasi cemerlang ini apabila masuk ke darjah satu nanti,” kongsinya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sabar itu cukup mahal, sabar itu juga indah. Dan kesabaran wanita kesayangan Negara ini nyata cukup berbaloi. Selalu bersangka baik dengan Dia Yang Satu, jangan putus berdoa dan selama 11 tahun dia tidak pernah berhenti berharap bahkan sentiasa berdoa untuk diberi peluang menjadi seorang ibu.
Setiap hari, setiap masa bahkan setiap waktu mustajab doa dimakbulkan, beliau tidak ketinggalan untuk meminta padaNya. Allah akan berikan yang terbaik pada hari, tarikh yang betul.
Akhirnya doanya dimakbulkan. Naluri keibuan terserlah dalam diri wanita bernama Siti Nurhaliza Taruddin ini tatkala pertama kali berpeluang mendukung zuriatnya sendiri.
“Alhamdulillah, doa yang selama ini saya tadah dijawab jua dan memang inilah impian saya nantikan selama ini. Selama ini saya dok usap perut dan kini sudah ada di depan mata. Mendidik anak bukan mudah tetapi ia amanah dan dugaan pada kita. Saya sentiasa ingatkan diri untuk berikan yang terbaik untuk anak.
“Pengalaman melahirkan secara pembedahan dan alhamdulilah walaupun tumpah darah, tetapi hari ketiga dah kuatkan diri dan semangat untuk berjalan. Tiada apa yang lebih kuat sebagai seorang wanita apabila melahirkan kerana apabila melihat bayi di depan mata memang segala kesakitan hilang.
“Saya sentiasa berdoa semoga diberi peluang untuk menjadi seorang ibu, menikmati pengorbanan seorang ibu dan doa saya selama 11 tahun untuk memberi peluang saya menjadi seorang ibu akhirnya dimakbulkan. Walaupun menanti bertahun namun Allah mendengar doa itu dan saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada ibu kerana melahirkan saya dan ibu mentua saya kerana melahirkan suami saya.
“Ini adalah satu anugerah yang sangat terindah dalam hidup saya. Saya sangat hargai dan pengalaman yang sangat nikmat walaupun ada komplikasi tetapi Allah permudahkan segalanya. Doakan yang terbaik untuk saya menjadi ibu yang baik, isteri yang mithali dan anak yang baik untuk ibu dan mentua saya. Dan saya bersyukur dengan kehadiran Siti Aafiyah Khalid dalam hidup saya dan suami.
“Aafiyah itu membawa maksud segala-gala maksud yang baik. Ilham nama anak kami diperoleh ketika kami di tanah suci mekah apabila doa yang dibaca ada menyebut perkataan tersebut. Malah, doa pendek tersebut bukan sahaja suami nampak tetapi tak sangka setiap hari ada sahaja orang yang menghantar doa yang menyebut tentang nama yang sama kepada saya.
“Itulah yang menjadi pencetus untuk kami memilih nama Siti Aafiyah Khalid. Terima kasih atas semua doa kepada saya Aafiyah selama ini. Cuma kini cabaran saya adalah untuk menyusukan Aafiyah. Saya berjaga malam untuk menyusukan kerana ragam Aafiyah tak banyak Cuma siang dia banyak tidur malam berjaga. Dia juga banyak menyusu tetapi saya tidak kisah kerana mahu dia sihat.
“Saya tidak minta apa-apa asalkan diberikan kesihatan dan kekuatan untuk mengharungi sepanjang berpantang. Soal anak terkenal sekarang, saya tidak boleh buat apa-apa kerana ibu Aafiyah seorang selebriti dan nak tak nak dia kena tempias.
“Lagipun bukan saya sahaja yang menanti bahkan peminat semua juga demikian. Itu yang membuatkan dia menjadi terkenal. Saya suka dengar jika Aafiyah panggil saya ibu, lembut sahaja bunyinya.
Aafiyah dilahirkan secara pembedahan dengan berat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan swasta kira-kira jam 8.17 pagi pada 19 Mac lalu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon terkenal era 90an, Wafa Abd Kadir kini sedang bertarung dengan penyakit kanser tahap empat. Anak kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talip sebelum ini pernah dilaporkan mengidap kanser ovari dua tahun lalu. Kini beliau berdepan kanser peritoneal yang jarang berlaku.
Baru-baru ini dia dilaporkan tidak berupaya untuk bergerak akibat penyakit tersebut. Perkembangan terbaru pelakon berkenaan dikongsikan oleH Penasihat Agama dan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Konsultan Perawatan Islam, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar menyatakan pelakon yang beliau panggil dengan gelaran Kak Long itu itu pasrah menempuhi kehidupannya meskipun menahan kesakitan dan tidak berupaya untuk banyak bergerak.
Pada Hari ini 3 Feb 2019,sekitar jam 3.15 petang saya mendapat panggilan daripada Hibah aka Hibatullah Tan Sri Ab Kadir adik kepada Kakak Angkat saya Wafa Tan Sri Ab Kadir,53 @wafaabdulkadir . Justeru sebenarnya banyak kali saya telah cuba dihubungi tapi memandangkan terlalu banyak komitmen,saya terlepas pandang untuk menghubungi mereka semula. Pada kesempatan petang yang agak lapang sedikit, saya menghubungi Kak Long,daripada perbualan telefon dengannya,beliau memberitahu ” badan kak long terlalu lemah,doakan kak long agar pergi dalam husnul khatimah..”.
Terdengar kata kata kak long tanpa disedari air mata saya mengalir deras,beliau meminta agar saya datang untuk tolong bantu apa yang patut. Pasti saya akan datang esok..memandangkan jadual hari ini agak padat sehingga malam. Saya mohon warga netizen,yang baik lagi mulia hatinya untuk sama-sama berdoa ke hadhrat Allah SWT agar Allah SWT terus mengurniakan rahmat serta memandang kasih buat Kak Long. Saya merayu kepada semua bagi pihak dirinya.
Wafa diduga berturut-turut bermula pada 2013, akibat kemalangan jalan raya melibatkan pembedahan membetulkan tulang leher sehinggalah disahkan menghidap kanser ovari dua tahun lalu dan yang terkini, kanser peritoneal.
“Saya mohon warga netizen, yang baik lagi mulia hatinya untuk sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT agar terus mengurniakan rahmat serta memandang kasih buat Kak Long,” kata Tuan Asmawi.
Wafa pada awalnya mendapat simptom kanser pada penghujung tahun 2014.
Beliau pernah berjumpa pakar tulang yang mengesahkan tiada punca daripadanya, lalu dia pergi mendapatkan pakar sakit puan.
Dari situlah beliau dikesan ada kanser ovari yang sudah merebak ke beberapa bahagian termasuk ovari, uterus dan saluran fallopian.
Semoga dipermudahkan segalanya buat Wafa abdul Kadir.