“Aboh Dan Mak, Kami Mungkin Tidak Mampu Membalas Segalanya…”12 Keluarga Berpakat Hadiah Kereta Baru Pada Ayah Ibu. Meruntun Jiwa Perkongsian Ini

Share

Kasih ayah sepanjang masa, kasih ibu hingga ke syurga. Begitulah peribahasa yang mengambarkan kasih sayang dan pergorbanan ibu bapa ketika membesarkan anak-anak.

Malah kesukaran hidup tidak menjadi halangan untuk memastikan anak-anak mendapat penjagaan dan pendidikan yang sempurna.

Maka dengan kasih sayang tiada penghujunh ini dan telus ikhlas, kekal abadi dalam jiwa anak-anak.  Nyata terbukti apabila anak-anak yang meningkat dewasa tidak lupa jasa kedua ibu bapa.

Begitulah perkongsian salah seorang adik beradik daripada 12 orang ini Ahmad Zulqurnain Ghazalli dan Halimahton Ghazalli  yang meraikan kedua ibu bapa mereka dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu hasil perkongsian adik beradik dan menantu bagi merealisasikan impian murni ini.

Melalui muat naik video jelas memaparkan suasana sebak tatkala ibu mereka menitiskan air mata dengan hadiah oleh anak-anak.

Sebuah perkongsian yang penuh inspirasi agar mengingatkan supaya tidak lupa jasa kedua ibu bapa dan meraika mereka dalam apa jua bentuk hadiah.

Suasana menjadi sebak. Abang yang sulung membacakan ucapan khas kepada sang ibu ayah.

Tanda penghargaan dari 12 anak dan 10 menantu yang sekelumit pun tidak mampu mengimbangi pengorbanan mereka. Air mata bergenangan. 

Sepanjang hidupnya tidak pernah mereka memakai kereta baru. Sedangkan anak2 nya kini mampu memakai kereta baru.

Sepanjang hidupnya susah payah membesarkan 12 anak2 mereka. Bukan senang dengan kerja kampung membesarkan 12 orang anak

Kereta baharu buat ayah ibu

Di dalam satu pengisian yang sangat membekas dalam jiwa aku.

“Apa yang kita pakai, Kita ada, kita nikmati seharusnya ibu bapa kita harus perolehi lebih dari apa yang kita perolehi. Lebih berbanding apa yang kita nikmati”

Kereta kita selesa sedangkan ayah kita masih memakai kereta lama yang streng pun keras, aircondnya x sedingin kereta baru kita.

Beberapa tahun kebelakang ini kami 12 beradik berusaha sedaya mampu untuk sediakan keselesaan untuk mak dan abah.

Ambil giliran pulang ke kampung menemani mereka yang kesepian. Jika mengikut sifir alam. Berapa tahun lagi lah tinggal untuk kami berbakti sehabis hati

Kawan-kawan.

Kita di bandar melalui hari yang ceria
Kita dibandar menikmati kehidupan yang selesa

Kita di bandar terlalu sibuk. Sibuk hingga terlupa pulang ke kampung

Sibuk hingga 3 minit telefon mak ayah pun tak terdaya. Ingatlah.  Berbaktilah selagi mereka ada!

Ucapan yang meruntun jiwa!

Aboh dan mak,

Kami tahu bahawa takkan ada yang mampu membalas segala pengorbanan yang telah Aboh dan Mak lakukan utk kami 12beradik.

Aboh dan Mak
Kami mungkin tidak mampu membalas segalanya.

Bahkan mungkin kami menjadi punca kesedihan aboh dan mak melalui kata-kata dan tingkah laku kami.

Namun, akan kami usahakan agar kami tidak akan lagi mencipta tangisan dikedua matamu dan menggores luka dihatimu.
Kami yakin segala kejayaan dan kebaikan adalah kerana doa abah dan mak yang tidak putus.

Aboh dan Mak.
Doakan kami agar mampu membahagiakan kalian berdua.

Walau digadai seluruh harta kami, tak mungkin dapat membayar walau secebis pengorbanan aboh dan mak.

Semoga Aboh dan Mak mampu menjadi Raja dan Ratu di Surga kelak. ameen.

Terima kasih atas segalanya aboh dan mak..

Terimalah hadiah tidak seberapa dari kami..

MDD ****
** tahun lahir nya abah
** tahun lahirnya mak

Anak2 dan semua menantu

Bait2 nukilan rasa dari kami 12beradik… Hargailah abah dan mak kita selagi masih ada kesempatan. Bila mana Allah tarik nikmat itu yg tinggal hanyalah flashback ???.

#ilovemyfamily
#familyyoplieyongbesah
#warisantoklie

 

Keluarga: Tahniah, anda telah berjaya membahagiakan kedua ibu bapa!