Abang Viva Kahwin Abaikan Keluarga? Kenyataan Kakak Undang Tanda Tanya
Masih ingat lagi tak kepada Abang Viva. Pernah tular membantu mangsa banjir secara solo hanya berbekalkan RM50!
Hebatkan anak muda ni. Gigih membantu walau diri serba kekurangan. Hanya menggunakan kereta kecil jasanya dikenang hingga kini.
Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
SUDAH BERPUNYA!
Kebaikkan tanpa berkira menghulurkan bantuan, telah membuatkan namanya menjadi sebutan hingga di khutbah jumaat.
Hari ini, abang viba sudah berpunya! Menjadi suami orang! Bertuah wanita itu memiliki hati lelaki yang budiman.
Alhamdulillah, akhirnya Wira Malaysia Azwan Omar (Abg Viva) selamat bergelar Suami Evanoza D Sini .
Semoga bertambah kebahagiaan, rahmat dan rezeki dalam perkahwinan kalian berdua.
Khabarnya majlis perkahwinan dipercepatkan bagi memudahkan urusan persiapan abang viva membantu mangsa banjir.
KELUARGA TAK TAHU?
Dalam keseronokkan kita mengucapkan tahniah kepada abang viva ada kisah yang tak sedap didengar.
Menerusi posting kakak kepada abang viva difahamkan perkahwinanannya itu dikatakan telah mengabaikan keluarganya termasuk ibu ayahnya.
Luahan itu menyatakan ahli keluarga tidak mahu dikatkan dengan abang viva lagi. Katanaya lagi, beri peluang untuk ibu ayahnya bahagia di usia senja mereka. Dalam pada itu, turut mengucapkan tahniah namun menyelitkan kata-kata ‘terima kasih’ kerana mengabaikan ibu ayah dan keluarga.
Posting ini hanya utk pemakluman,
Bukan meraih simpati atau mencari publisiti.
Kepada sesiapa yg bertanya, ye betul insan ini telah bertunang dan berkahwin dengan pilihan hatinya tanpa pengetahuan kami. Tanpa pengetahuan mak ayah nya yg masih ada didunia ini.
Kepada yg kata alahhh maafkan la dia, sy minta maaf kepada kamu kerana xdpt tunaikan permintaan itu. Berdoalah semoga benda yg sama tak berlaku kepada kamu.
Kata pengantin lelaki, dia perlu menjaga nama baik dia, mungkin nama kami dan rupa kami buruk dan busuk. Mak ayah sy dan anak2 buah sy tak layak duduk sama tinggi dgn mereka. Hanya beban yg akan menyusahkan dan penghalang kepada kebahagiaan mereka.
Saya mohon kepada semua,
BERHENTI LAH BERCAKAP ATAU BERTANYA APA-APA MENGENAI DIA KEPADA MAK DAN AYAH SAYA.
Cukup lah dgn apa yg dah mak ayah sy tanggung kesan daripada perbuatan mereka. Cukuplah airmata yg telah jatuh ke pipi mak ayah sy yg dah tua. Berhenti kaitkan kami dgn mereka.
JGN TAMBAH DERITA YG ADA.
Beri peluang kepada mak ayah saya utk bahagia di usia senja mereka.
Kepada pengantin lelaki. Selamat pengantin baru dan terima kasih kerana abaikan mak ayah dan keluarga.
Hanya jauhari mengenal manikam
WARGAMAYA UCAP TAHNIAH DAN TITIP DOA
Dalam pada itu, tinjauan di media sosial rata-rata mengucapkan tahniah dan titip doa buat abang viva dan isteri. Pada masa yang sama ada yang meluahkan terkejut dengan kenyaataan kakak kepada abang viva. Apa pun, harap permasalah keluarga dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
KOLEKSI FOTO PERKAHWINAN ABANG VIVA
Sumber: Fauziyah Omar & Foto: kredit Azizi Ang Aziziang Photography
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club