Kekeluargaan

Abang Viva Kembali Solo, Tiada Persefahaman

Share

Masih ingat lagi tak kepada Abang Viva atau Azwan Omar sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia yang pernah tular membantu mangsa banjir secara solo hanya berbekalkan RM50! Wira banjir ini juga bertemu jodoh dengan pilihan hatinya tahun 2022 lalu.

Namun jodoh tidak panjang, Abang Viva’ kembali solo setelah sah bercerai talak satu dengan isterinya, Evanoza Zakaria pada 13 Mac lalu.

Peguam Syarie, Datuk Mohd Adli Ithnin yang mewakili Evanoza, 42, atau dikenali Eva berkata, pasangan itu berpisah secara baik kerana sudah tiada persefahaman.

Memetik harian metro, Eva ketika dihubungi mengakui sedih dengan perpisahan berkenaan terutama kerana ia berlaku ketika Ramadan. Dia tidak

Eva pasrah dengan ketentuan Ilahi bahawa perkahwinannya hanya bertahan selama dua tahun setengah. Dia berasa sedih dan kehilangan, malah persiapan menyambut Aidilfitri kali ini tidak lagi semeriah dahulu.

Eva memilih untuk menyimpan berita perpisahannya dan tidak memuat naik sebarang kenyataan mengenai perceraian mereka, kerana baginya lebih baik jika pihak lelaki yang berbicara mengenai hal tersebut.

Wira banjir yang pernah viral membantu orang ramai hanya RM50 sahaja!

Namun, selepas Azwan membuat siaran langsung, ramai yang mula bertanya kepada Eva tentang perkara sebenar.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kebahagiaan rumah tangganya, namun akur bahawa jodohnya bersama Azwan hanya sampai di sini.

Menurut rekod, Azwan yang terkenal dengan aktiviti sukarela membantu mangsa banjir di negara ini diijabkabulkan dengan Eva pada 14 Oktober 2022 dalam satu majlis ringkas di Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah di Ayer Keroh, Melaka.

Sumber: Harian Metro