
Masih ingat lagi tak kepada Abang Viva atau Azwan Omar sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia yang pernah tular membantu mangsa banjir secara solo hanya berbekalkan RM50! Wira banjir ini juga bertemu jodoh dengan pilihan hatinya tahun 2022 lalu.
Namun jodoh tidak panjang, Abang Viva’ kembali solo setelah sah bercerai talak satu dengan isterinya, Evanoza Zakaria pada 13 Mac lalu.
Peguam Syarie, Datuk Mohd Adli Ithnin yang mewakili Evanoza, 42, atau dikenali Eva berkata, pasangan itu berpisah secara baik kerana sudah tiada persefahaman.
Memetik harian metro, Eva ketika dihubungi mengakui sedih dengan perpisahan berkenaan terutama kerana ia berlaku ketika Ramadan. Dia tidak
Eva pasrah dengan ketentuan Ilahi bahawa perkahwinannya hanya bertahan selama dua tahun setengah. Dia berasa sedih dan kehilangan, malah persiapan menyambut Aidilfitri kali ini tidak lagi semeriah dahulu.
Eva memilih untuk menyimpan berita perpisahannya dan tidak memuat naik sebarang kenyataan mengenai perceraian mereka, kerana baginya lebih baik jika pihak lelaki yang berbicara mengenai hal tersebut.

Namun, selepas Azwan membuat siaran langsung, ramai yang mula bertanya kepada Eva tentang perkara sebenar.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kebahagiaan rumah tangganya, namun akur bahawa jodohnya bersama Azwan hanya sampai di sini.
Menurut rekod, Azwan yang terkenal dengan aktiviti sukarela membantu mangsa banjir di negara ini diijabkabulkan dengan Eva pada 14 Oktober 2022 dalam satu majlis ringkas di Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah di Ayer Keroh, Melaka.
Sumber: Harian Metro
Dipertikai Asyik Beri Makanan Korea Pada Anak, Ryzal Ibrahim Tak Puas Hati!

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim menyelar netizen yang mempertikaikan cara dia dan isterinya, Maryam Younarae dalam membesarkan anak mereka, Rina terutama dalam mengekalkan tradisi makanan Korea kepada Rina.
Semuanya bermula selepas ada wargamaya yang kurang senang kerana memberikan anak kesayangan mereka makanan Korea.
Maryam dilihat ada memuat naik video anaknya menikmati hidangan makanan tradisi Korea, Jjajang Tteopokki.
Tidak hanya berdiam diri, Ryzal menyelar komen individu berkenaan dengan kata-kata sindiran serta menganggap ia ujian untuknya berdepan dengan pelbagai ragam manusia.
Pun begitu ramai wargamaya yang turut berpandangan positif dan meminta pempengaruh itu mengabaikan sahaja pendapat sedemikian.
Kecilkan ‘Circle’, ‘Delete’, Move On! , Wanita Ini Buang ‘Toxic’ People & Fokus Bahagia!

Tahun baru biasanya sinonim dengan azam dan permulaan baru. Tapi kali ni, Puan Faridah Mohd Ali kongsikan sesuatu yang lain dari kebiasaan bukan tentang apa yang kita nak tambah dalam hidup, tapi apa yang kita perlu buang untuk hidup lebih tenang, kemas, dan fokus.
Dalam perkongsiannya di Facebook, Puan Faridah berkongsi perjalanan beliau meng-clearkan bebanan hidup dari contact dalam telefon, group WhatsApp, barang peribadi, hingga ke circle sosial.
Beliau percaya bahawa hidup yang minimalis dan tersusun akan memberi ruang untuk kita capai lebih banyak kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup.
Mari kita tengok, apa yang Puan Faridah dah buat untuk memulakan 2025 dengan langkah yang lebih ringan dan bermakna



Dalam hidup ni, kita tak boleh kawal apa yang orang lain fikir tentang kita, tapi kita boleh kawal apa yang kita pilih untuk simpan dan bawa ke depan. Fokus pada impian dan nilai yang penting dalam hidup kita. Bila kita kemas fikiran, hati, dan persekitaran, insyaAllah kita akan rasa lebih ringan, tenang, dan bersedia untuk kejar kejayaan yang lebih besar. Let go, dan fokus pada perkara yang membawa kemajuan dan kebahagiaan.
Sumber: Faridah Mohd Ali
Tiada Lagi Tol Percuma Untuk Pengguna

Tiada lagi tol percuma untuk perayaan utama! Mulai tahun ini, Kementerian Kerja Raya memutuskan dasar pemberian tol percuma tidak diteruskan, termasuk untuk sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba.
Namun, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menjelaskan bahawa perkara ini mungkin berubah jika ada pertimbangan lain, dan sebarang keputusan akan diumumkan dari semasa ke semasa.”
Memetik laporan Sinar Harian, katanya tahun lepas kerajaan sudah memutuskan iaitu pada tahun lalu adalah tahun terakhir tol percuma semasa perayaan, kalau mengikut keputusan itu maka tiada lagi (tol percuma) dan kalau ada mungkin ada pertimbangan lain.

“Sebab kerajaan sudah menyelaraskan subsidi secara bersasar tetapi perinciannya akan dimaklumkan kemudian,” ujarnya selepas menyempurnakan Majlis Pembukaan Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini pada Selasa.
Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) ke Persimpangan Bertingkat SAE ini melibatkan jajaran sepanjang 7.2 kilometer mula dibuka bermula pada Rabu.
Jom daftar anak-anak ke Kem Solat Bintang Kecil! Peluang istimewa untuk anak-anak belajar solat dengan cara menyeronokkan! Terbuka untuk anak-anak berusia 5-12 tahun. Daftar sini https://kliik.je/product-details/137?title=kem-solat
Pengguna kini mempunyai laluan alternatif lebih mudah dari Banting menuju ke Shah Alam, Klang, Putrajaya, Kajang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebaliknya dengan sambungan terus ke SKVE dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).
Alexander berkata, sebagai tanda penghargaan kepada pengguna yang memasuki Lebuhraya WCE dari Plaza Tol SAE ke Persimpangan Bertingkat SKVE (WCE) dan sebaliknya, mereka akan menikmati tol percuma selama satu bulan.
“Saya ingin mengingatkan pengguna yang menggunakan laluan dari Plaza Tol SAE menuju ke Plaza Tol Banting atau sebaliknya, bahawa pengecualian tol hanya akan diberikan sehingga Persimpangan Bertingkat SKVE (WCE).
“Kadar tol bagi jajaran sedia ada akan dikenakan seperti biasa mengikut kelas kenderaan masing-masing selepas tempoh sebulan,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian