“Abang Teruja Jaga & Pakaikan Adik Gaun Cantik.” Berderet 10 Anak Lelaki, Akhirnya Wanita Ni Miliki Anak Perempuan

Share

Usaha tangga kejayaan. Sikap tidak putus asa ibu ini akhirnya impian untuk memiliki anak perempuan tercapai.

Mengakui tidak pernah terfikir akan memiliki anak perempuan memandangkan setiap kali melakukan imbasan, hasilnya sama.

Namun Alexis Brett tidak menyangka memperoleh zuriat perempuan setelah yakin dia akan mendapat seorang bayi lelaki untuk kandungannya yang ke-11 itu.

“Semua sayang kepadanya. Setiap kali melahirkan bayi baru, seluruh keluarga gembira namun berbeza pada kali ini yang berasa sangat teruja,” kata wanita berusia 39 tahun itu.

Menurut Alexis, sudah semestinya sepuluh orang anak lelaki yang berusia dua hingga 17 tahun itu akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada adik perempuan mereka.

“Mereka akan bantu memakai gaun yang cantik serta menjadi pelindung kepada adik kesayangan,” ujarnya.

Tambah Alexis yang juga merupakan bekas jururawat berkata, dia dan suaminya Davie tidak pernah terfikir akan memiliki anak perempuan.

“Pada jangkaan saya, sudah cukup untuk memeriksa jantina apabila setiap kali hamil kerana akan sama sebaik sahaja melahirkan anak kami,” katanya.

Sumber: Metro.co.uk