“Abang Selalu Mimpi Mama Dengan Adik Datang.” Tanam Uri Bersama Anak & Isteri Dalam Satu Liang Lahad, Luahan Bapa Tunggal Ini Menjentik Emosi Netizen

Share

Bukan mudah nak menghadam hakikat orang kita sayangi sudah pergi buat selama-lamanya. Apatah lagi kepergian tersebut dalam keaddan mengejut. Sukar diungkapkan dengan kata-kata andai berada di tempat lelaki ini.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian  di Twitter milik seorang pengguna yang dikenali sebagai Nabilfikri10. Dia yang berkongsi screenshot satu komen mengenai lelaki yang bercerita serba sedikit perjalanan kisah hidupnya.

Tanam isteri dan anak satu liang lahad

Perkongsian yang dibuat oleh Nabilfikri10 itu telah mendapat perhatian daripada netizen yang berasa sedih membaca komen Mrpapa Apiq Piqa di Facebook berkaitan cara-cara membasuh uri.

 

 

Menurut pemilik akaun Facebook Mrpapa Apiq Piqa atau nama sebenarnya Faizul Susanto itu, dia telah menceritakan hal sebenar sehingga mengundang sebak di hati netizen itu.

Jelas Faizul, isteri tercinta telah pergi menghadap Ilahi pada setahun yang lepas selepas mengalami komplikasi darah tinggi hingga anak dalam kandungan yang berusia 7 bulan turut gagal diselamatkan.

Mama datang peluk abang

Dulu hilang arah kini sudah pulih

 

Semoga awak tenang di sana

Pokok bentuk love atas pusara

Kisah meruntun hati Faizul itu telah menarik perhatian warganet apabila menyertakan gambar pusara isteri dan anaknya yang disemadikan dalam satu liang mempunyai satu pokok berbentuk ‘hati’ diatasnya.

Kuat demi anak-anak

Pemergian isteri tercinta dan anak ketiganya sangat memberi tamparan buat dirinya namun dia akui bahawa perlu kuat kerana dua orang anaknya masih memerlukan dirinya.

Kongsi keadaan Isteri melawan sakit

Faizul juga telah berkongsi kisah bagaimana  keadaan isterinya yang sedang melawan sakit dihospital beberapa hari sebelum pergi meninggalkan suami dan anak-anak yang lain.

Semoga perkongsian yang dibuat oleh Faizul Susanto itu mendapat menunjukkan betapa besarnya pengorbanan isteri dalam mengandung dan melahirkan zuriat. Semoga keluarga ini tabah dengan dugaan tersebut. Al-fatihah buat arwah  Izzati Danial.

Sumber: Mrpapa Apiq Piqa