Abang Minta Maaf, Alisa Kat Belakang Buat Mimik Muka, Isyarat ‘Warning’ – “Anak No 2 Memang Perangai Sangat!”

Share

Sesiapa pun tidak dapat menolak untuk akui anak nombor dua ni sememangnya lain dari yang lain perangai mereka. Betul tak? Ada sahaja gelagat dan kenakalan mereka yang pastinya lucu dan kadangkala boleh buat orang geleng kepala dengan mereka.

Tidak ketinggalan, anak kedua dari pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha juga ada sifat anak kedua apabila keletahnya sempat dirakam oleh Hairul ketika sesi bermaafan anak sulung mereka dan ibunya.

Dalam video yang dikongsikan Hairul di laman instagramnya, Yusuf Iskandar bermaafan dengan ibunya kerana bercakap benda yang tidak elok ketika beraya di rumah tetamu. Tidak membebel marah, sebaliknya Hanis Zalikha gunakan pendekatan menatap dekat wajah anaknya itu yang bertutur dengan penuh lemah-lembut dalam Bahasa Inggeris.

Namun tatkala Hanis sedang fokus terhadap Yusuf, dia langsung tidak perasan kelibat anak kedua mereka yang berada di belakangnya. Malah apa yang mencuit hati, Alisa Aisyah sempat membuat memek muka garang sambil memberikan isyarat ‘jangan buat lagi’ dengan jari seolah-olah turut ingin menegur kesalahan abangnya itu.

 Telatah Alisa menjadi perhatian ramai di ruangan komen yang rata-rata geram dengan gelagatnya itu! Bukan itu sahaja, cara didikan Hanis terhadap anak-anak dan cara soft spoken Yusuf menjadi pujian orang ramai.

Sumber : Hairul Azreen