‘Air dicincang tidak akan putus’, itulah kata-kata yang bersesuaian dengan hubungan adik beradik. Macam mana pun jadi, apa pun yang berlaku, kasih sayang antara satu sama lain tidak akan padam.
Lebih-lebih lagi jika berhadapan dengan situasi salah seorang adik beradik alami kesusahan atau penderitaan seperti sakit, siapa yang boleh lihat saudara kandung sendiri susah kan? Sedaya upaya kita akan tolong mengikut kemampuan sendiri.
Itulah yang dilakukan oleh seoranga adik bongsi ini terhadap abangnya ini yang sanggup mendermakan buah pinggangnya kerana lelaki tersebut mengalami masalah buah pinggang.
Jom ikuti kisah yang dikongsikan sendiri oleh abangnya di laman Facebooknya Zulkifli Ayub untuk menjadi inspirasi pada saudara di luar sana.
________________________________________________________________________
Ni adik bongsu aku yang tercinta (perempuan dalam gambar). Dia berhasrat untuk mendermakan satu buah pinggangnya kepada aku yang hina ini. Namun, dia perlu menurunkan berat badannya dahulu.
Doktor bagi beberapa bulan kepada dia untuk turunkan berat badannya sebanyak 10 kg. Dia dah cuba beberapa kali sebelum ni, tapi berat naik kembali.
Kita semua tahu, nak turunkan berat badan ni bukan senang. Nak maintain ideal body weight pun bukan main senang.Cuba tinggalkan kata-kata motivasi dan kata-kata semangat buat adik aku ni di komen. Nanti aku suruh dia baca.
Adik aku ni hebat. Bukan calang-calang orang ada keberanian nak derma waktu hidup. Sekarang tengah follow up dekat Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu.
Pejam celik pejam celik, hampir 3 tahun sudah aku berdialysis 4 kali sehari. Sejak tahun 3 medik. Sekarang dah tahun 5, tahun akhir. Bulan 11 Final Professional Exam.
Aku rindu untuk kembali sihat seperti sebelumnya. Namun aku redha dengan ketentuannya. Btw, terima kasih buat rakan-rakan yang menyokong dan memberi kata-kata semangat selama ni.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mendoakan yang terbaik untuk adik beradik ini. Malah, ada juga yang berkongsi kisah mereka tentang pendermaan buah pinggang ini.
Sumber: Facebook Zulkifli Ayub