Ibu bapa mana yang tak ingin melihat anak-anak membesar di depan mata kan. Inilah momen yang terindah dan kalau boleh tak nak miss setiap detik tersebut.
Biarpun ada yang sibuk dengan kerjaya, namun anak-anak dan keluarga tetap menjadi keutamaan.
Kerana itu, setiap perkembangan dan apa yang anak-anak lakukan akan disimpan sebagai kenangan.
Terbaru, pelakon Sabarlah Duhai Hati ini memuat naik sepotong video yang memaparkan gelagat anak perempuannya itu yang semakin comel dan katanya sudah pandai nak belajar bercakap pula.
Kecomelan Fateema Az Zahra sering mencuri perhatian ramai. Tidak hairanlah apabila gambarnya dimuat naik dilaman instagram, pasti mendapat perhatian ramai.
Menerusi video terbaru itu, Saharul berkongsi kapsyen yang berbunyi:
“Sama ke muka?. Kapsyen tersebut merujuk kepada persamaan antara wajahnya dengan anak perempuannya itu.
Video berdurasi beberapa saat itu turut memaparkan si ayah ini melayani anak perempuannya sambil meminta Fateema menyebut perkataan ‘baba’.
Fateema yang bijak itu kemudiannya turut mengikut apa yang disebut babanya.
Untuk rekod, Fateema lahir pada 13 Jun 2020 dan kini memasuki usia 10 bulan. Selain Fateema, Saharul dan Deena memiliki anak lelaki, Muhammad Luth Ali yang kini sudah menjangkau usia 3 tahun.
Dah boleh berdiri ❤️. Ikut pengalaman korang, lepas berapa hari boleh jalan dah ni?
Tinjauan di ruangan komen, ada yang berkongsi pandangan. Rata-rata bersetuju akan persamaan antara wajah anak-beranak ini.