Setiap ibu bapa pasti ingin melihat anak-anak berjaya bila besar kelak. Justeru, pelbagai cara dan pendekatan digunakan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Semuanya demi memastikan anak-anak menjadi ‘orang’. Begitu juga dengan pelakon dan usahawan Hanis Zalikha.
Gemar berkongsi aktiviti anak-anak-nya, cara Hanis mendidik dan mengajar menjadi contoh terutama buat pasangan muda di luar sana. Tidak hairanlah ramai yang menjadikan isteri kesayangan Hairul Azreen ini sebagai ibu idola.
Manakan tidak, caranya yang cukup lemah lembut dan sentiasa sabar dengan anak-anak membuatkan ramai yang memujinya. Apatah lagi, kecerdikan dan kecomelan anak-anak membuatkan ramai geram.
Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Terbaru, Hanis memuat naik beberapa video anak-anaknya sedang belajar di rumah. Didalam video tersebut kelihatan seorang guru perempuan Rupa-rupanya Hanis dan Hairul tutrut menyediakan guru untuk mendidik anak-anak mereka.
Memberi gelaran ‘nanny’ kepada guru berkenaan, kelihatan dia sedang mengajar Yusuf dan Alisa beberapa aktiviti.
Kids activity ideas by their nanny, Aunty Kiera ❤️,’
Demikian kapsyen yang dimuat naik Hanis bersama video dan sekeping gambar guru berkenaan bersama Yusuf dan Alisa.
Rata-rata warganet memuji pendekatan yang di ambil Hanis dan Hairul dalam memperkenalkan aktiviti untuk perkembangan anak-anaknya.
Sumber: haniszalikha