
Hanya kerana sebuah telefon bimbit, seorang kanak-kanak hampir terjun dari luar tingkap rumahnya di tingkat 19, sebuah apartmen di Larkin, Johor Bahru. Difahamkan insiden mencemaskan itu berlaku apabila kanak-kanak tersebut berkelahi dengan ibunya.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian berkenaan berlaku sekitar 4.01 petang semalam selepas pasukan Bomba menerima panggilan kecemasan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Suhaimi Jamal berkata, seramai 19 anggota bersama dua jentera membantu menyelamatkan kanak-kanak terbabit yang berada luar tingkap tanpa jeriji di belabas bangunan.
Pihak Bomba membuat persiapan menyelamat dengan menggunakan tali di tingkat 20 dan ‘air cushion’ di tingkat bawah,” katanya.
Sementara itu, menerusi sebuah video dimuat naik di media sosial, seorang pegawai Bomba, Ismarulnizam Isnin cuba berbual dan memujuk mangsa masuk ke dalam.
“Abang dah marah ibu dik, tinggi ni dik. Jom abang belanja.
“Ibu marah adik sebab ibu sayang,” kata Bomba itu.
Anda boleh lihat rakaman video tersebut di bawah:
Menerusi ruang komen, rata-rata melahirkan rasa syukur apabila kanak-kanak itu berjaya diselamatkan. Malah rata-rata memuji cara anggota bomba itu memujuk kanak-kanak tersebut.
Sumber: harian Metro & Gempak
“Cirit- Birit, Muntah & Berak Berdarah.” Minum 10 Botol Sehari, Ibu Ni Kongsi Kisah Anak Overdose Susu Formula

Kisah yang boleh dijadikan panduan buat ibu bapa lain yang memiliki anak masih kecil. Siapa sangka, susu yang diminum menyebabkan si kecil yang baru berusia 2 tahun lebih ini dimasukkan ke hospital.
Puan Anis Amiza berkongsi pengalaman yang pastinya takkan dapat dilupakan oleh ibu ini tatkala anaknya berhadapan dengan situasi tersebut. Kisah ini dimuatnaik menerusi laman facebooknya pada 2018 lalu.
Akibat overdose susu formula, Wan Haziq, dimasukkan ke hospital selepas cirit- birit, munta dan berak berdarah.Hasil pemeriksaan doktor memberitahu dinding ususnya keradangan dan luka akibat kerap berak. Manakan tidaknya, si kecil ini berak darah dari pukul 4 pagi tak berhenti sampai malam. Pampers ada 52pcs, habis licin!
Overdose Susu Formula!
Wan Haziq – 2 Tahun 5 Bulan
Entry kali ni panjang sikit . Terjadi dekat diri sndiri dan suami Wan Farhan baru lah rasa menyesal . Banyak kali jugak lah baca artikel doc bahaya bg susu berlebihan kat anak yg umur 2 tahun ke atas . Tapi, baca jer, ikut nya tak 😓
Jadi, sis nak share lah pengalaman selama anak kesayangan kami Wan Haziq sakit perut disebabkan minum susu banyak . Lebih kurang 10 botol sehari sebanyak 260ml minum susu dgn sekelip mata je habis licin susu nya .Makan pun banyak.
Hari pertama dan kedua Haziq dah tunjuk simptom2 nak cirit birit dan dah start muntah . Tp yg plg teruk pd hari ke 3, die berak keadaan cangkung sambil menahan skt .
Hari ke 4 haziq dah mula berak darah 😭😭 . Ibu mana tak panik kan bukak2 pampers, penuh darah. Menggigil satu badan ni. Bergegas pergi HUSM pukul 4 pagi. Sepanjang perjalanan tak henti² Istighfar.
Terus ke bahagian kecemasan dan Haziq kena admit ward! Macam2 diagnosis doc pakar buat, dan andaian doc, Haziq terlebih minum susu.
Sehari Haziq berak lebih 20 kali . Dinding usus keradangan dan luka disebabkan Haziq kerap berak.
Paling sedih hari ketiga, Haziq berak darah dari pukul 4 pagi tak berhenti sampai malam. Pampers ada 52pcs, habis licin!
Malam tu doc pakar datang sahkan Haziq overdose SUSU FORMULA. macam tak logik tapi itu lah realitinya. Allahu.. Maafkan mama sayang 🙁
BUAT PARA IBU!
Ibu kat luar sana, kalau anak yg umur 2 tahun ke atas tu, please kurangkan susu. Kalau boleh paksa anak makan. Jangan jadikan susu tu makanan harian.
Mcm Haziq perut dia sensitif sangat . 2, 3 minggu sblm Haziq cirit birit.. Haziq selalu mengadu sakit perut.. Lepas jer minum susu, mesti Haziq akan mengadu sakit perut. Ingatkan dia sakit perut sebab nak berak. Tp doc ckp, itu adalah tanda2 awal.
Kalau anak2 mengadu sakit perut lepas minum susu, kurangkanlah susu ea. Kalau sayangkan anak, biarkan anak meronta sekejap, lama2 akan terbiasa. AJAR dan PAKSA anak2 makan.
Lagi satu tips, ibu2 boleh cuba letak air kosong dalam botol susu. Bagi anak minum dan ckp kat ” susu dah habis, kena g beli dulu ” . Nak bagi susu jugak boleh, bagi fresh milk.
Buat masa sekarang ni Haziq dah stop dulu susu formula . Bagi fresh milk. Agak mahal tapi tak apa lah demi anak.
Limitkan dgn minum 2 gelas jer sehari. Bg susu byk kali tapi dalam kuantiti yg sikit, dan pastikan 2 gelas sehari dan bagi makan makanan yg kita makan.
Kalau lepas minum susu dan mengadu sakit perut, tu ada petanda awal la ye. So, berjaga jaga.
Sis share supaya tak terjadi pada anak-anak lain. Pengalaman ni menjadikan pengajaran buat kami.
Cegah Lebih Baik Dari Merawat.
𝗜𝗯𝘂 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗽𝘀 𝗸𝗲𝗶𝗯𝘂𝗯𝗮𝗽𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝗻𝗶 http://www.mamanet.co/link/trb/mama20 (𝗸𝗹𝗶𝗸)
𝗞𝗿𝗲𝗱𝗶𝘁 : 𝗔𝗻𝗶𝘀 𝗔𝗺𝗶𝘇𝗮,
𝗛𝗨𝗦𝗠 | 𝟮𝟲.𝟭𝟬.𝟮𝟬𝟭𝟴
Wanita Kelantan Beli Barang Kemas Bayar Guna Duit Syiling

Wanita Kelantan beli barang kemas bayar guna duit syiling. Walaupun harga emas kini menghampiri RM500 untuk setiap gram, minat orang ramai terhadap barangan kemas tetap tidak berkurang, khususnya menjelang sambutan Aidilfitri. Malah, membeli emas seakan sudah menjadi satu kebiasaan tahunan bagi sesetengah masyarakat.
Wanita Kelantan Beli Barang Kemas Bayar Guna Duit Syiling
Pegawai Sumber Manusia MZ Gold Sdn Bhd, Nur Akmal Ahmad Tajuddin, memaklumkan bahawa sebahagian pelanggan sanggup membuat bayaran menggunakan wang syiling demi memiliki barangan kemas idaman mereka.

Walaupun harga emas semasa hampir mencecah RM500 bagi satu gram, namun rakyat Kelantan tidak pernah mengeluh malah menjadi tradisi membeli emas setiap kali menjelang Aidilfitri.
Menurutnya, sepanjang bulan Ramadan ini, sebanyak lima pelanggan datang ke premis mereka dengan membawa duit syiling untuk membeli emas sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
“Salah seorang pelanggan kami dari Gua Musang sanggup datang ke sini dengan membawa tabung simpanan yang dikumpul selama 17 tahun. Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an pula berjaya mengumpul lebih RM3,000 dalam bentuk syiling dan membeli seutas gelang tangan dengan wang tersebut,” katanya ketika ditemui media.
Harga emas semasa yang melambung naik tidak menyekat keinginan peminat barangan kemas sehingga ada dalam kalangan mereka sanggup membayarnya menggunakan wang syiling untuk memastikan dapat digayakan semasa Aidilfitri nanti.

Nur Akmal mengakui bahawa pada mulanya, pihak kedai agak keberatan kerana proses mengira duit syiling mengambil masa yang lama dan memerlukan tenaga kerja tambahan.
“Namun, melihat keterujaan dan kepuasan pelanggan apabila dapat memiliki barangan kemas untuk dipakai semasa Hari Raya membuatkan kami rasa berbaloi dan sanggup menerima bayaran dalam bentuk syiling,” tambahnya.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Lepas Geram, Pempengaruh Habiskan Hampir RM1 Juta Beli Emas Untuk Isteri
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
“Muka Macam Daddy La, Special Hadiah Dari Ibu. Allahuakbar.” Lebih sebulan menanti, Shuib dapat jumpa Ayash Affan

Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang ayah bila mana akhirnya dapat menatap wajah si kecil yang sudah lebih sebulan tidak dapat berbuat demikian.
Demikianlah yang berlaku kepada pelawak Shuib Sepahtu yang buat pertama kalinya bersua muka dengan cahaya mata bongsunya. Ayash Affan sebelum ini dilahirkan pra-matang pada 6 Ogos lalu.
Menerusi perkongsian di InstaStory, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad memberitahu anak keempatnya itu dalam keadaan sihat selain gembira dapat meluangkan masa selama tiga jam di hospital.
Dalam perkongsian tersebut, Shuib melahirkan rasa syukur apabila dibenarkan untuk bertemu dengan anaknya di hospital buat pertama kalinya.
“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Nikmat yang cukup indah bila dapat luangkan masa tiga jam dengan Ayash Affan. Syukur, Ayash sihat,” tulisnya sambil memberitahu berat Ayash juga telah mencecah 2.6 kilogram (kg) selepas dikeluarkan dari inkubator bulan lalu.
Dalam pada itu, Shuib mengakui wajah bayi tersebut mirip dirinya yang disifatkan sebagai hadiah istimewa daripada arwah isteri Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di HTCM pada 9 Ogos lalu.
Teruja untuk bertemu dengan bayi pramatangnya itu, Shuib memberitahu dia masih teringat kata-kata terakhir Allahyarham isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah.
Menurut ahli kumpulan lawak Sepahtu ini, dia akan melakukan yang terbaik untuk menjaga anak mereka seperti mana arwah isterinya mahukan.
“Insya-Allah, Alhamdulillah hari ini jumpa Ayash Affan. Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali ‘baby keempat ini you jaga dia tau. You jaga okay’.
“Insya-Allah sayang. I akan jaga dia macam mana I jaga you sampailah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia dan akhirat.
“Anak yang selalu dekat dengan Allah. Cuma I mohon you doakan I. Perjalanan I masih jauh. Doakan I selalu kuat. I love you sayang,” katanya.
Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.
Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur akibat Covid-19.
Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
Sumber: Instagram Shuib
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club