“Abang Dah Jadi Ayah, Kenapa Tak Menangis?.” Maryam Hamil Tiga Bulan, Lucu Reaksi Suami ‘Confuse’ Nak Percaya Ke Tak!

Share

Pasangan personaliti media sosial, Duriankimchi, berkongsi berita gembira apabila bakal bergelar ibu dan ayah tak lama lagi.

Maryam dalam satu perkongsian di instagram mendedahkan dia dan suami bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi.

Menurut Maryam, dia kini sedang hamil 3 bulan. Tambahnya, berita kehamilan ini merupakan anugerah yang paling berharga dalam hidup mereka setelah dua tahun menanti.

Maryam Hamil 3 Bulan!

Syukur Alhamdulillah, Akhirnya Ryzal dan Maryam bakal menimang cahaya mata setelah 2 tahun kami bernikah.

Terima kasih Allah atas anugerah yang paling berharga dalam hidup kami.

Duriankimchi Junior bakal menyusul 😅
Kami akan update dari masa ke semasa setelah buat pemeriksaan nanti.

Maryam membuat kejutan khas buat suaminya, Ryzal. Walaupun gembira, Ryzal mengatakan hanya akan percaya apabila melihat bukti pada ujian kehamilan tersebut.

maryam: Abang awak dah jadi ayah. Betul lah.

Ryzal: Ini serius, macam mana sayang tahu.

Maryam: Semalam sayang buat ‘pregnancy test’. Saya cuba periksa di rumah. Tapi sayang mula-mula was-was sikit. Sebab garis tersebut pula ada dua. Garis yang lagi satu terlalu pudar. Saya hantar video dekat kawan-kawan saya. Mereka cakap, mereka pasti saya mengandung. Ini bukan prank abang. Mereka ada pengalaman, saya cuma hantar gambar. Semua orang kalau video macam ni akan menangis, kenapa abang tak menangis. Kenapa abang tak percaya. Saya akan tunjuk video dan mesej dekat rumah.

Demikian antara perbualan pasangan ini di dalam kereta apabila Maryam cuba membuat ‘surprise’ namun suaminya masih dalam situasi nak percaya atau tak. Lucu dan comel betul pasangan ini.

 

Sebelum ini, viral apabila pelakon veteran, Fauziah Nawi menegur bentuk tubuh Maryam dan mengatakan seperti sedang berbadan dua dalam sebuah program.

Dalam pada itu, Maryam sudah mengesahkan dirinya benar-benar hamil setelah melakukan pemeriksaan secara rasmi.

Dalam pada itu, ruangan komen pada perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah oleh rakan selebriti dan juga peminat pasangan ini.

lusbimin Alhamdulillah selamat Maryam semoga emak dan anak sehat selalu.. Halooo durian kimchi aku lusbi dari Indonesia
iamsyamimiishak Tahniah korang..moga dipermudahkan dan baik2 semua ya👏👏❤️
atiqahmadihah Maryam eonni!! 남자아이 주세요😍😍😍😍😍😍 hahahahahahha😂 congratulations to both of you!❤️ Semoga dipermudahkan urusan❤️
nurullezzanieofficialKelakar Maryam nk ryzal mnangis mcm video org lain😂😂btw congrats
Betul tekaan ibu
jiajohari Dont worry maryam. My husband also less reaction
spideygirlz_18 Alhamdulillah,tahniah both of you.cant wait for your junior 😍😍😍😍
aliaauren_1804 Tahniah.. Betul la tekaan ibu hari tu…
dhiaaa_hidayah Trharu pulak tgk…tahniah maryam👏❤️
Jenuh nak yakinkan Ryzal
ashminaleani tahniah mariam @duriankimchi ,jenuh nk yakin kn ryzal😆😆
ainazamzayyanizaeem Reaksi @ryzalibrhm sama mcm suami sy masa sy umum pregnant dulu..suami ingt main2 sekali pergi scan nk confirm terus happy siap doc n pembantu klinik semua happy..

Sumber: duriankimchi & maryamyunrrr

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club