Pasangan personaliti media sosial, Duriankimchi, berkongsi berita gembira apabila bakal bergelar ibu dan ayah tak lama lagi.
Maryam dalam satu perkongsian di instagram mendedahkan dia dan suami bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi.
Menurut Maryam, dia kini sedang hamil 3 bulan. Tambahnya, berita kehamilan ini merupakan anugerah yang paling berharga dalam hidup mereka setelah dua tahun menanti.
Maryam Hamil 3 Bulan!
Syukur Alhamdulillah, Akhirnya Ryzal dan Maryam bakal menimang cahaya mata setelah 2 tahun kami bernikah.
Ads
Terima kasih Allah atas anugerah yang paling berharga dalam hidup kami.
Duriankimchi Junior bakal menyusul 😅 Kami akan update dari masa ke semasa setelah buat pemeriksaan nanti.
Maryam membuat kejutan khas buat suaminya, Ryzal. Walaupun gembira, Ryzal mengatakan hanya akan percaya apabila melihat bukti pada ujian kehamilan tersebut.
maryam: Abang awak dah jadi ayah. Betul lah.
Ads
Ryzal: Ini serius, macam mana sayang tahu.
Maryam: Semalam sayang buat ‘pregnancy test’. Saya cuba periksa di rumah. Tapi sayang mula-mula was-was sikit. Sebab garis tersebut pula ada dua. Garis yang lagi satu terlalu pudar. Saya hantar video dekat kawan-kawan saya. Mereka cakap, mereka pasti saya mengandung. Ini bukan prank abang. Mereka ada pengalaman, saya cuma hantar gambar. Semua orang kalau video macam ni akan menangis, kenapa abang tak menangis. Kenapa abang tak percaya. Saya akan tunjuk video dan mesej dekat rumah.
Demikian antara perbualan pasangan ini di dalam kereta apabila Maryam cuba membuat ‘surprise’ namun suaminya masih dalam situasi nak percaya atau tak. Lucu dan comel betul pasangan ini.
Ads
Sebelum ini, viral apabila pelakon veteran, Fauziah Nawi menegur bentuk tubuh Maryam dan mengatakan seperti sedang berbadan dua dalam sebuah program.
Dalam pada itu, Maryam sudah mengesahkan dirinya benar-benar hamil setelah melakukan pemeriksaan secara rasmi.
ainazamzayyanizaeemReaksi @ryzalibrhm sama mcm suami sy masa sy umum pregnant dulu..suami ingt main2 sekali pergi scan nk confirm terus happy siap doc n pembantu klinik semua happy..
Semua pasangan inginkan rumahtangga bahagia. Memiliki keluarga bahagia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Apakah rahsia bagi perkahwinan yang bahagia? Salah satunya ialah peranan seorang isteri supaya dapat menambat hati suami.
1.Sambut kepulangan suami dengan ketenangan
Kalau anda ingin suami berlama-lama dirumah, jangan sambut kepulangannya dengan pelbagai masalah anak-anak dan urusan dapur yang remeh-temeh. Mulailah pembicaraan yang menyenangkan, kerana suami perlukan freshener setelah seharian dengan masalah di tempat kerja.
Tempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia-rahsia suami isteri, melainkan juga tempat ternyaman mereka untuk saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku. Jadikan ia kamar yang eksklusif dan peribadi. Berikan warna-warna yang digemari oleh suami. Susun kembali bunga supaya tidak jemu memandang. Untuk lebih romantik letakkan gambar-gambar perkahwinan disini.
Pantang bagi kebanyakan suami jika tidurnya terganggu. Jauhkan anak-anak darinya ketika dia sedang tidur. Tunggu dia terjaga dahulu sebelum memblander atau menumbuk sambal. Kecilkan suara tv.
Suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai mengada-ngada. Disitulah cantiknya perhubungan suami dan isteri. Isteri yang pandai bermanja-manja bukan sahaja mendapat semua yang dikehendakinya, malah menyenangkan suami dan membuatkan suami teringat-ingat. Kalau dah suami teringat-ingat, takkanlah dia nak cari lain.
Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam terutama tatkala suami sedang berserabut dengan masalah. Merajuk tak bertempat ini hampir sama dengan mengada-ngada. Anda kena ingat, merajuk jawapanya adalah pujuk. Jika suami sedang serabut dengan masalah, bolehkah dia memujuk?
6.Beri pendapat bila ditanya sahaja
Dan jangan pula banyak tanya, biarkan suami isteri meminta anda memberi pandangan. Sebab pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya akan membuahkan perasaan geram. Setakat geram tidak mengapa, kalau dia marah sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan anda lagi pada masa akan datang.
Selalu merangsang prestasinya. Kalaupun dia lemah dan ada masalah jangan perkecil-kecilkan kemampuannya itu. Dorong dia dengan kata-kata motivasi dan letakkan dihatinya bahawa anda sentiasa percaya suatu hari nanti masalah itu dapat diatasi. Usahakan rawatannya tanpa berputus asa.
Kebahagian rumah tangga adalah bergantung kepada kedua-dua belah pihak, baik dari pihak si isteri mahupun suami. Semuanya memainkan peranan yang penting. Yang penting kedua-dua belah pihak berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangan masing dan berusaha mengekalkan keharmonian serta kehangatan dalam rumah tangga.
Tiada yang lebih membahagiakan seorang suami bila mana mendapat tahu isteri sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata. Lebih-lebih lagi, cahaya mata itu cukup dinantikan.
Demikian juga dengan penyampai radio Issey yang berkongsi kegembiraan pertama kali berpeluang melihat bayi mereka ketika membawa isterinya membuat imbasan untuk mengetahui tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
“Semalam masa buat review untuk satu produk ni. Aku termenung lama dekat kabinet ni. Mengenangkan kuasa Allah swt. Subhanallah. Sesungguhnya kau maha agung Ya Allah.
“Mungkin ni pengalaman pertama issey. Alhamdulillah. Semalam pergi scan. Dapat tengok sendiri baby sihat, bergerak.
“Baru aku tahu excited dia macam mana bila nak menjadi seorang ayah ni. Doakan yang terbaik untuk kami semua.
Sebelum ini, pemilik nama Fazlisham Mat Hussin itu meluahkan bahawa dia sengaja menyembunyikan perkhabaran gembira tersebut kepada umum sehingga tiba waktu yang sesuai..
“Alhamdulillah, empat bulan sudah. Cuma kami mengambil keputusan tak nak beritahu awal-awal, apabila kandungan dah betul kuat, baharu kami sedia nak umumkan.
“Apabila dapat tahu isteri mengandung, sudah pasti saya paling teruja. Walaupun ini merupakan anak keempat bagi isteri saya, dia pun turut teruja sama sebab ini merupakan anak pertama kami.
Kejayaan adalah bermula dengan impian. Untuk mencapai impian kena disusuli dengan usaha dan tindakan. Barulah dapat mengecapi kemanisannya.
Biarpun dirinya tergolong dalam Orang Kelainan Upaya (OKU), namun Mohd Sukur Ibrahim seorang yang kuat semangat, tidak mengalah dengan kekurangan tersebut.
Perkongsian bapa kepada seorang cahaya mata ini pastinya memberi inspirasi kepada OKU lain untuk terus berusaha mencapai apa yang diingini. Tanpa keberanian, mimpi tidak bermakna.
Mohd Sukur Ibrahim merupakan Penceramah Motivasi serta Penulis buku Inspirasi Sukur dan Takdir itu Anugerah. Majalah Keluarga berpeluang menemu bual beliau bersama isterinya baru-baru ini.
“Ramai yang tanya apa cabaran paling besar dalam hidup. Adakah membina perniagaan yang kini sudah memasuki usia 7 tahun. Atau adakah cabaran mendirikan rumah tangga?
“Tapi sebenarnya, cabaran paling besar adalah untuk menerima diri saya seadanya. Dalam berumur 4-5 tahun, saya sudah nampak kelainan diri dengan adik-beradik yang lain membuatkan saya tak boleh terima diri sebegini. Kalau ada yang datang ke rumah, saya lari menyorok di dalam bilik. Pernah saya menyorok bawah tudung saji kerana malu dengan diri saya.
“Saya selalu cakap dengan mak, kenapa saya dilahirkan begini, kenapa saya berbeza dengan orang lain, apa dosa dan salah saya. Kenapa tangan dan kaki saya begini. Bagaimana saya nak hidup dan berada dalam dunia luar dengan keadaan begini. Saya jadi orang yang sangat tak yakin pada diri.
“Suatu hari, ibu bapa mula berfikir bagaimana nak bina keyakinan diri saya. Alhamdulillah mereka prihatin dan berfikiran terbuka. Jadi mereka hantar saya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Itulah titik permulaan perubahan dalam diri saya.
“Bila masuk ke situ, saya bertemu dengan kawan-kawan yang senasib dengan saya. Rupanya ada lagi yang lebih daif dari saya. Baru saya sedar yang sebenarnya kekurangan diri saya adalah biasa. Walaupun tak ada tangan dan kaki, ketinggian 100 cm tetapi Allah kurniakan akal fikiran yang waras dan saya boleh berjalan.
“Disitulah permulaan titik perubahan hidup. Alhamdulillah, saya berjaya lanjutkan pengajian ke univeriti dan ada ijazah. Dapat membina perniagaan sendiri iaitu membekal dan memasang karpet pejabat, surau dan masjid yang kini sudah memasuki usia tahun 10 tahun bisnes ini. Selain itu, saya juga memberi ceramah dan motivasi. Terbaru saya mengeluarkan produk parfum sendiri,” jelas Sukur sambil mengakui walaupun OKU tapi dia OK.
Memujuk hati
Bahagia yang dikecapi bersama Wan Nurul Syazwani Wan Mohd Yen, bukanlah semudah yang disangka. Perjalanan jodohnya cukup berliku. 4 tahun lamanya pasangan ini mengambil masa ‘memujuk hati’ ayah sebelum bersetuju untuk menyatukan mereka.
“Sebelum ini saya merupakan junior abang (Sukur) di universiti. Selepas tamat pengajian, dia ajak saya bekerja dengannya. Waktu itu tidak wujud sebarang perasan tetapi kami lebih kepada saling membantu.
“Namun faktor aurat dan status menyebabkan kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Memandangkan ke mana-mana sahaja kami pergi berdua, jadi tidak mahu dipandang serong kami memilih untuk berkahwin.
“Tetapi hasrat tersebut ditentang oleh ayah saya. Dia enggan membenarkan kami berkahwin. Tetapi kami tidak putus asa. Dalam tempoh 4 tahun, kami usaha untuk mendapatkan restu. Sehinggalah ayah lembut hati tetapi dengan syarat ada ‘ujian’ terlebih dahulu untuk abang.
“Selama 4 hari abang duduk di rumah saya untuk ‘orentasi’ dengan ayah dan juga bapa saudara, alhamdulillah daripada situ ayah nampak abang boleh berdikari dan melakukan semua kerja tanpa mengharapkan orang lain. Rupanya ayah bimbang bagaimana kehidupan kami kelak.
“Ditambah pula imam yang bakal menikahkan kami juga mengenali abang yang terkenal sebagai pakar motivasi. Daripada situ juga membuka pintu hati ayah untuk lebih menerima abang. Alhamdulillah, selepas berkahwin, kami hidup bersama dan dikurniakan cahaya mata sulung Anas Wafiy,” ulas Wani lagi yang kini berhenti kerja untuk menumpukan perhatian kepada anak mereka.
Anak senasib ayah
Usai berkahwin, masih ada mulut-mulut yang memperkatakan yang bukan-bukan. Ada yang menakut-nakutkan bakal dapat anak seperti ayahnya.
“Kena ingat kita ada Allah, apa yang Allah bagi itulah yang terbaik. Waktu mengandung memang saya takut sangat, tetapi apabila ingat semula kenapa saya boleh terima keadaan suami tetapi sekarang nak takut pula.
“Malah ada mulut-mulut yang berkata tak perlu mengandung nanti dapat anak senasib seperti suami. Semuanya milik Allah dan kalau Allah nak bagi kita kena reda. Tetapi saya tak pernah mengadu dengan suami kerana hidup dengan suami tak pernah rasa kurang dan seperti orang normal yang lain.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di