Begitulah kasih seorang ayah sepanjang masa. Perkongsian seorang lelaki yang memberi barang permainan baru kepada seorang lelaki yang bertugas sebagai courier begitu inspirasi sehingga meruntun jiwa.
Biarpun pada mulanya ‘abang courier’ hanya meminta mainan buruk yang sudah lusuh dan rosak kepunyaan jirannya diletakkan diluar rumah tetapi hati lelaki ini terdetik untuk memberi hadiah buat anak ‘abang courier’ berkenaan.
Inilah dinamakan kongsi rezeki! Lelaki ini telah membeli barang permainan baru buat abang courier itu untuk diberikan kepada anaknya. Beliau telah memberikan kejutan buat ‘abang courier’ sehingga meruntun jiwa.
Ikuti perkongsiannya.
SAYA DITAMPAR OLEH SEORANG ABANG COURIER WAKE UP CALL FOR ME…
Panjang cerita ni, jarang laaa saya menulis panjang, slalu copy paste je… Tpi skali skala apa salah nyaaa… Ceritaaaa nyaaa mcm niiii…..
Last week hari yg agak penat, mengadap komputer siang malam, ada paper work kene settlekan.. mengeluh laa aku, padahal sebelum ni xbyk keje tak pulak bersyukur..hehehe… Penat otak ngadap komputer ni…hari hujan fuhhh besss tidoq niii..heheeh
WORK FROM HOME .. main2 ngan anak skit… Biasa laa main mcm2. Abis segala mainan ku punggah, nak bg depa senyap skit…sementara otak kasi lega skit…hehehe itu laaa upah nyaaa…sebakul mainan, then settle…heehe..
TANYA BARANG PERMAINAN ROSAK
tiba-tiba….PIN PINNN…PIN PINNNN…. Bunyi hon motor, aduhh sape lakk niii…. Aku tgk kat tingkap, oooo Abang Courier…. umur dalam 40an kot..aku capai mask, keluaq utk amik barang….
Abang Courier : assalamualikum dikkk barang dik… (kecik matanya, dok sengeh kot, xnampak sebab dia pakai mask)
Ads
Aku : waalaikumsalam..yaaaa berehhh bang… Sign sini ya bang?… Orait siapp bang…
Abang Courier : dik, ty skit dik, tuan rumah tu ade kat umah ke? (Sambil tunjuk rumah jiranku).. Sy bgi salam xde org jawab…
Aku : mungkin keje kot bang time ni, kenapa bang? Nak anta barang ke? Bg kat saya pun ok…
Abang Courier : eh tak, saya dari minggu lepas tgk ada mainan kat belakang tuu, mcm tak guna jee, sy igt kalau nak buang, saya nakkk…tapi nak mintak segan lak..hehe (Kecik lagi mata dia, sengeh lagi)
Aku : ooo, xsure juga bang….lama dah kat situ, nnti saya cuba tanyakan, meh no tel abg, saya call abg kalau saya jumpa tuan rumah nnti… Abang, abang nak nak wat pe benda tu bang?…. (Aku nak sure kan sebab slalu org ty besi, tin or kotak sebab nak jual, tapi risau gak nak ty direct, ty kene berlapik juga..hehehe)
Abang Courier : mmmmmm…. xde apee laaa dikkk, saje igt kalau tak guna, nak bawa balik bagi ANAK SAYA…..
Akuuuuuu tewassssss…. Checkmate….Abis…. Mendengar itu, jantung aku terus rasa mcm terhenti seketika… Dada aku terasa sempit, senak macam DITUMBUK…. aku kelu terus, dan Abang Courier berlalu pergi…
Aku masih berdiri, sambil pegang bungkusan, mataku tak lekang dari melihat Abang Courier bermotor dalam hujan sehingga lenyap dari pandangan….
Ads
KEJUTAN BUAT ABANG COURIER
Aku masuk umah, sembang ngan wife, amik kunci kete, shooottt keluar…dalam sejam aku call abg tu….
Aku : helo bang, saya sembang ngan abg tadi, abg balik dah? Umah kat mana bang? Tunggu sat banggg…saya dapat dah mainan tu, nak bgi kat abg ni…
Abang Courier : Nak balik Serian ni, saya tunggu kat batu 7 ni, kat sekolah, mai laa dik, saya tunggu…
Sampai aku kat dia, dia lambai, dia masih igt kereta aku kottt…aku kasi high beam….
Aku turun, hujan renyai dah masa tu, mainan biar dalam kete dlu… sembang belakang van company dia, motor dah pulang kat company katanya…balik Serian bawa barang lak utk esok…
Aku pun bawak keluar mainan tu…. Abang tu pandang mata aku muka nya berubah, aku balas dengan senyuman…
Aku : bangggg, sy tgk tadi mainan tu ada rosak skit… Saya beli baru utk abg yaa…(sambil sengeh kambing)…. Bukan sedekah bang, ni hadiah utk anak abang….
Aku sebut jeee perkataan ANAK…..sapppp abg tu tekup mata dia sambil duduk kat belakang van… Memandang ke bawah… Tak berkata apa selama seminit ..aku biarkan sahaja tak berkata apa… cuma 3 perkataan aku dengar sayup dari mulut nya….
Abg tu menangis, n cuba tolak perlawaan ku sebab malu katanya..
Aku : bang amik bang..utk anak, bukan sedekah tapi hadiah, saya bukan anak yang baik bang, dengan mak ayah saya, saya kadang2 kebih kurang, bila tgk abg, teringat susah nya ayah n mak saya.. mcm ni dlu kot nak besarkan saya… Dah besar, dah kerja, saya jadi lupaaa…saya igt saya susah dah konon…tpi sy lupaa ada lgi susah… Abg amik ye, nnti kalau x amik, saya nak jawap apa dengan Allah, saya ada duit skit, xbanyak sgt, tapi cukup beli mainan utk anak saya, kadang2 dorang campak campak je bang…abg pulak berminggu, bersusah nak dptkan… Terima ye banggg….
Alhamdulilah dia terima, semoga Allah membahagiakan kita semua.
Hati ibu mana yang tidak sebak apabila anak dihina dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Menerusi muat naik di Instagram (IG), pelakon Nur Zarina Mohd Zainuddin meluahkan rasa terkilan apabila maklumat mengenai anaknya tidak benar di wikipedia,
Difahamkan maklumat tu telah di ‘edit’ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memberikan infomasi yang tidak masuk akal mengenai anaknya, Azal.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Azal hantar pada saya ibu ada orang tulis di wikipedia kata azal gila ibu tengok ni . Saya yang baca jadi terkedu sejejap saya peluk dia saya kata azal tak gila azil tak gila.
“Azal dan abang azil anak istimewa .. anak ibu .Allah ada .. biar orang kata apa Allah ada .. kalau azal sayang ibu jangan sedih tau ..”
Bagaimana pun tinjauan mendapati maklumat Azal telah diedit pada jam 6.50 pm lalu pada hari ini. Maklumat lama telah dipadam. Moga jadi iktibar buat pihak bertanggungjawab mengelola laman ini.
Dalam pada itu ramai yang sebak dengan hantaran yang dikongsi oleh Zarina. Ada yang memberikan kata-kata semangat buat anaknya.
Menjadi seorang ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi apabila perlu membesarkan anak seorang diri dengan hasil titik peluh sendiri.
Namun begitu, ia bukanlah satu penghalang untuk usahawan terkenal negara iaitu Datuk Seri Vida yang merupakan ibu tunggal dalam membesarkan anak-anaknya.
Beliau sering memberi galakan dan mendorong anak-anaknya untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.
Bukan itu sahaja, beliau juga sering memberi kata-kata semangat dan sentiasa berkata baik buat kedua anaknya itu.
Tidak hairanlah mengapa anak-anaknya selalu bersemangat dan berjaya dalam melakukan apa sahaja perkara. Kata-kata dari seorang ibu itu memang penting.
Terkini, anaknya Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamilleen yang juga merupakan usahawan muda, baru sahaja memiliki kereta idaman menggunakan duit sendiri hasil dari jualan ‘salmon skin salted egg’.
Cik B memilih sebuah kereta mewah jenama G Wagon Brabus G63 bersempena bulan kelahirannya sebagai hadiah hari lahir yang ke-19 pada tahun ini.
Melalui hantarannya di Instagram, dia berterima kasih kepada ibunya DSV atas segala sokongan yang diberi.
“Alhamdulillah, terima kasih mama, semua ini tak akan mampu terjadi tanpa kehadiran mama.
“Syukur dikurniakan ibu yang hebat, kaya, bijak, pandai, comel dan cantik,” kapsyennya di Instagram.
SILANG KAKI SEBELUM MASUK KERETA
Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah Cik B dilihat menyilang kaki sebelum memasuki kereta barunya itu.
Seorang pengguna TikTok tampil memberi penjelasan mengapa Cik B masuk kereta dengan menyilang kaki.
“Sebab dia mulakan dengan sunnah kanan dahulu. Sebenarnya ramai sahaja masuk kereta guna kaki kanan cuma tak dirakam,” jelas seorang netizen.
Rata-rata netizen memuji DSV yang tidak kering mulut dengan menyebut anaknya hebat dalam setiap tingkah-laku anaknya itu. Ia menjadi satu doa hingga dua anaknya berjaya.
Berikut adalah komen netizen.
“Mama dia selalu cakap anak-anak mama hebat memang jadi hebat dua anaknya. Untung dapat ibu yang selalu mendoakan.
“Sejuk perut DSV mengandungkan CikB dulu. Saya sampai sekarang masih tak mampu bahagiakan ibu bapa.
“Suka sangat cara Datuk Seri Vida cakap dengan anak dia, lembut dan sentiasa mendoakan, boleh praktik dekat anak sendiri,” komen salah seorang pengguna TikTok.
Kalau Leher Baju T Mengembang, Pakar Dobi Tunjuk Cara Jadi Kembali Normal
Pernah tak ada baju yang dibasuh banyak kali bahagian lehernya mengembang. Paling sedih, baju baru beli dah rosak bahagian lehernya.
Nak buang sayang, baju masih lagi kelihatan baru. Cuma bahagian leher sahaja yang bermasalah.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menarik dengan perkongsian daripada pakar dobi ini menunjukkan cara yang betul untuk memastikan leher baju yang kembang kembali normal.
Difahamkan cara ini biasa dilakukan oleh pengusaha kedai dobi untuk memastikan leher baju sempurna dan tidak rosak.
Menerusi perkongsia itu, Nexcy berkata, leher baju T mengembang bukan disebabkan kekerapan memakai baju ini tapi juga ada kaitan dengan cara kita mengeringkannya.
Contohnya menggantung baju T yang lembap menggunakan hanger menyebabkan bahagian bawah baju menarik bahagian atas baju T menyebabkan ia meregang terutama di bahagian leher.
Nak tahu tip untuk membuatkan leher baju T kembali normal adalah seperti berikut.
Bahan:
1.Seterika
2.Satu mangkuk kiub ais diisi dalam air sejuk
3.Meja atau permukaan rata untuk meletakkan baju T.
1. Langkah 1
Lipat bahagian leher seperti bentuk kipas dan rendam bahagian tersebut dalam mangkuk berisi kiub ais.
2. Langkah 2
Perah air sambil pastikan bahagian leher dalam bentuk lipatan kipas.
3. Langkah 3
Kemudian letakkan baju T di atas permukaan rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya menggunakan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju).
4. Langkah 4
Seterika bahagian neckline menghala ke arah atas baju T
5. Langkah 5
Letakkan T-shirt pada permukaan rata sehingga kering.
Leher baju T sudah kembali ke bentuk asal dan nampak macam baru!
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.