“Abang Bersyukur Diberikan Kebahagian Walau Sementara.” 10 Tahun Bercinta, Sebulan Nikah Namun Ajal Menjemput. Luahan Lelaki Ini Menyentuh Hati!

Share

Jodoh pertemuan, ajal maut segalanya ketentuan Dia, kita hanya mampu merancang tapi Dia yang yang menentukan segalanya.

Bahagia yang dikecapi pasangan ini hanya seketika, bila mana sang isteri dijemput kembali menemui Sang Pencipta dalam satu kemalangan ngeri. Kemalangan tersebut melibatkan treler panjang penuh muatan dengan sebuah kenderaan yang dipandu sorang wanita di Sabah.

Menurut sumber, wanita tersebut berasal daripada Kota Belud telah meninggal dunia disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala.

Baru berkahwin namun ajal menjemput

Lebih menyedihkan, wanita yang dikenali sebagai Norhijrah Hussin baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan suaminya sebulan yang lepas.

Menerusi akaun Facebook suaminya yang dikenali sebagai Sukardi Otai, hari ini iaitu 30 April 2019 telah genap sebulan usia perkahwinan mereka.

Al fatihah buat isteriku yang tersayang
Semoga damai disana.

“Maafkan abang atas apa jua kesalahan abang selama perkahwinan yang singkat ini. Hari ini 30.04.2019 genap sudah sebulan perkahwinan kita. Abang bersyukur diberikan kebahagian walau hanya sementara kerana sayang sudah pergi selamanya.

“10 tahun sayang persembahkan kesetiaan.abang sangat terharu jarang wanita sehebat sayang.abang nikahi sayang kerana sesungguhan yang mendalam. Tapi kini abang dah kehilangan kerana Tuhan lebih menyayangi sayang.. Abang dah izinkan segalanya abg redhah keatas Yang Maha Kuasa.

“Abg berdoa agar diberikan kekuatan untuak meneruskan impian sanyg walaupun sayang sudah tiada…
semoga roh dicucuri rahmat ditemptkan ditempt orang-orang yang beriman.
Amin… (Arwah isteriku Norhijrah Hussin)

10 tahun bercinta, baru sebulan bernikah…

Tambah Sukardi, mereka sudah berteman lebih kurang 10 tahun sebelum bergelar suami isteri. Perpisahan disebabkan ajal isterinya telah sampai akibat kecuaian pemandu lain benar-benar memberi kesan dalam hidupnya.

Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa

Menerusi perkongsian daripada suami mangsa, ramai pelayar internet yang turut sama berduka diatas dugaan yang terjadi. Rata-rata menzahirkan rasa sedih dan mengucapkan salam takziah kepada suami serta keluarga Norhijrah. Semoga roh mangsa diletakkan dikalangan orang beriman.

Sumber: Sukardi Otai