Belum pun reda rasa kesedihan dihati Shuib sekeluarga, kini berdepan pula dengan ujian yang menimpa pada abang iparnya iaitu Ahmad Firdous Raissuddin yang telah dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor, akibat positif Covid-19.
Perkara itu dimaklumkan Shuib selepas selesai majlis tahlil buat almarhumah isterinya pada Selasa Malam.
Memetik laporan di Harian Metro Shuib berkata, tahap oksigen abang iparnya semakin menurun namun masih dalam keadaan stabil.
“Sudah lapan hari abang ipar saya dikuarantin. Oksigen dia juga semakin menurun, tapi keadaan dia masih lagi stabil dan dirawat di Hospital Serdang,” katanya.
Fobia Dengan Covid-19
Menurut Shuib, dia menjadi fobia dengan virus pembunuh itu dan menasihatkan abang iparnya supaya tidak menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.
“Saya jadi fobia. Apabila abang ipar saya menjalani pemeriksaan tahap kandungan oksigen antara 94 dan 95 peratus.
“Saya cakap, tak payah tunggu lama-lama, pergi dapatkan rawatan segera. Saya mohon, tolong doakan abang ipar saya,” katanya.
Dalam masa sama, Shuib berkongsi nasihat kepada orang ramai agar sentiasa memberi penekanan kepada penjagaan kesihatan diri.
“Apabila sudah berlaku perkara macam ini, kena ada kesedaran untuk menjaga kesihatan. Kita kena periksa diri apa diperlukan, apa vitamin yang kita kena ambil dan bagaimana nak menjaga sistem imunisasi.
“Kalau ada anggota keluarga dijangkiti Covid-19, kita kena tahu apa kita kena buat. Kena ada oksimeter. Ini benda wajib ada sekarang,” katanya.
Ambil Vaksin
Shuib juga menekankan kepentingan vaksin dalam situasi pandemik sekarang.
“Jururawat yang bertemu saya meminta saya supaya menasihatkan semua mengenai kepentingan vaksin. Menurutnya, setiap hari mereka menguruskan orang yang dijangkiti, yang nyawanya diambil.
“Sekurang-kurangnya, apabila kita sudah disuntik vaksin, bukanlah kita betul-betul selamat, tetapi itu adalah usaha kita untuk mengekang jangkitan,” katanya.
Sumber : Ahmad Firdous Raissuddin & myMetro
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club