Abaikan Jika Nampak Anak Orang Lain Mengamuk, Pesanan Doktor Ni Sila Ambil Perhatian, Tolong Jangan Buat Ya!

Share

Kalau ke pasaraya selalu kita perhatikan ada anak-anak yang baring di lantai sambil mengamuk. Biasanya kes hendak dibelikan mainan atau ada permasalahan lain yang mengganggu emosinya.

Ada juga keluarga berhenti di pertengahan jalan atau di tempat parking kereta gara-gara anak menangis dan mula memberontak. Bukan biasa-biasa tapi kuatnya sampai boleh didengari segenap ruang. Hebat.

Tapi hal ini sebenarnya adalah perkara biasa bagi kita mak ayah. Mungkin bagi yang berkahwin dan punya anak hal ini sudah terlalu biasa. Bagi yang bujang pula, jangan sekali-kali menjeling atau menegur. Dengar apa kata Doktor Taufik Razif

ini.


Pernah ada sorang budak ni mengamuk sampai terjerit jerit dan berguling guling di depan saya tapi saya tak masuk campur.

Salah masuk campur boleh jatuh air muka mak ayahnya. Ni 5 benda kita tak boleh buat kalau nampak anak orang lain mengamuk di depan kita :

1. Kita tengking anak tersebut
Tengkingan hanya memburukkan keadaan. Samada anak tu jadi makin mengamuk atau anak tu jadi diam terus. Bagus untuk jangka masa pendek tapi buruk untuk jangka masa panjang. Anak mungkin akan trauma dengan ‘strangers’ buat selama
lamanya.

2. Kita pandang anak tu dan keluarganya tu dengan pandangan sinis
Pandangan sinis hanya akan membuatkan mak ayah si anak yang tengah mengamuk tu menjadi lebih cemas. Rasa cemas tu tadi hanya akan membuatkan emosi mak ayah menjadi lebih kacau bilau. Bagaimana nak kawal emosi anak kalau emosi mak ayah sendiri tengah kacau dan tak stabil kan?

3. Jangan mengata
Anak yang mengamuk dan tantrum ni boleh jadi pada sesiapa sahaja. Ianya boleh jadi pada sesiapa sekalipun pada pakar kanak kanak kerana tantrum dan amukan adalah cara anak-anak berkomunikasi dan meluahkan rasa di dada. Kita tak boleh
stop benda tu 100% tapi kita boleh bimbing supaya ianya terkawal dan tak melampaui batas.

4. Jangan anggap anak tu nakal
Anak mengamuk dan tantrum tak semestinya anak nakal. Anak tantrum adalah anak yang masih dalam proses untuk belajar ‘self regulation’ dan ‘communication’.

5. Jangan malukan mak ayahnya di depan umum
Walaupun di mata kita, kita nampak mak ayah tu tadi macam tak pandai kawal anak, kita tetap kena bersangka baik. Kita kena ingat, anak anak tantrum ni mengamuk ni banyak sebabnya. Boleh jadi ianya disebabkan keperluan fisiologinya tak dipenuhi seperti tak cukup tidur, lampin penuh, lapar ataupun kepanasan.

Boleh jadi juga kerana ransangan sekeliling terlampau banyak. Contohnya bunyi bising ataupun cahaya lampu yang terlalu berkelip dan terang. Jadi tak adil kita nak menghakimi mak ayah hanya kerana anaknya mengamuk.

Tapi kalau dah tahu anak kita suka tantrum, kita elakkan ke tempat-tempat yang boleh mengganggu orang lain ye. Kita saling memahami, itu yang terbaik.

Kredit: Taufik Raziq