Ibu bapa mana yang tidak gembira dan bangga melihat pencapaian anak-anak dalam peperiksaan kan. Tidak hairanlah di media sosial kini penuh dengan status ibu bapa yang memuat naik keputusan anak-anak yang cemerlang.
Setelah berpenat lelah dan mengorbankan masa dan tenaga, inilah masanya untuk bersyukur dan bergembira dengan kejayaan tersebut.
Turut berkongsi pandangan yang sama,Penceramah Motivasi serta Penulis buku Inspirasi Sukur dan Takdir itu Anugerah, Mohd Sukur Ibrahim memuat naik status di instagramnya. Dalam status berkenaan, beliau bercerita bagaimana disipilin dan didikan ayahnya membuahkan kejayaan pada dirinya sekarang.
Hujung-hujung musim persekolahan ni, ramai mak ayah upload gambar keputusan peperiksaan anak2 mereka. Anak mereka dapat hadiah di hari penyampaian hadiah sekolah. Konvokesyen sekolah. Bangga..Anak kan..Mak ayah mesti nak yang terbaik.
Masa saya sekolah dulu pun sama. Abah pesan saya kena lebih berjaya dari orang lain sebab saya OKU. Abah nak saya naik pentas setiap tahun ambil hadiah no 1. Kalau boleh subjek terbaik pun saya ‘tapaw’ sekali..No 2 pun abah taknak tau..Cakap taknak datang sekolah ambil buku rekod saya..huhu
Jelasnya lagi, biarpun berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU), namun dengan disiplin yang diterapkan oleh ayah dan juga kasih sayang yang dicambahkan oleh ibunya membuatkan dia mampu berdikari seperti sekarang.
Alhamdulillah sebab disiplin abah dan kasih sayang emak dulu membentuk sy jadi insan yang mampu berdikari harini. Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain walaupun hakikatnya sy ni tak tinggi pun..☺
Sahabat, mana2 yang tengok mereka upload kejayaan anak mereka, terimalah sebagai satu benda yang positif. Ucapkanlah Tahniah. Walaupun anak kita tak dapat hadiah ataupun tak sehebat anak mereka. Mungkin BELUM hebat atau BELUM berjaya. Kejayaan itu bukan bermaksud dari segi akademik je kan..? .
Setiap orang layak berjaya. Usaha, percaya diri dan jangan putus asa. Cabaran tetap ada. Jom bersemangat! .
Sumber: ig sukuribrahim