Sendirian membesarkan anak bukanlah satu tanggung jawab yang mudah, sementelah diri masih mauda. Namun, penyanyi terknal Siti Nordiana tidak lemah semangat, sebaliknya dia berjaya membuktikan dengan sokongan keluarga , dia mampu melakukannya.
“Sebagai ibu saya akui agak gementar dan cuba yang terbaik untuk anak. Saya tak pernah paksa dia janji benda yang dia belajar itu bermanfaat untuknya. Saya berikan yang terbaik untuknya . dia jenis yang tak boleh terlampau ‘push’. Kalau time dia nak main game jadi saya beri kelonggaran supaya dia tak stress.
Namun, hati ibu mana yang tidak sedih, jiwa ibu mana yang tidak pilu bila mana anak yang ditatang bagai minyak yang penuh bertanyakan ayahnya. Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana memberitahu sukar untuk dirinya menjawab pertanyaan yang diajukan Rayyan.
“Tapi apabila sudah masuk sekolah dia ada bertanya pada saya juga, sebab kadang-kadang saya hantar sendiri ke sekolah jadi dia bertanya…
“Mama semua orang datang dengan abah dia, Rayyan sahaja datang dengan mama. Itulah soalan yang paling susah saya nak jawab sebenarnya.
“Abah memerlukan doa Rayyan supaya abah senang dekat ‘sana’. Bila saya cakap macam tu barulah dia faham.
“Tetapi dia jarang bertanya berkenaan hal itu, cuma sebelum ini mungkin dia bertanya sebab dia melihat kawan-kawan dia ada abah,” kata Nana sebak.
Sumber: Astro Gempak