Sebelum ini kisah beliau tular di media sosial apabila lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan pada tesis 3 jilidnya. Bekas graduan PhD dalam Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini turut dianugerahkan anugerah ‘Chansellor Award’ (Siswazah Terbaik Keseluruhan) dan ‘Faculty Award’ (Ph.D by Research).

Namun, perkongsian beliau baru-baru ini mengenai anak perempuan sulungnya cukup menyentuh hati. Menurut Dr. Kamilin Jamilin, anak perempuannya sebelum ini kurang berkeyakinan, namun sebagai bapa, beliau sentiasa memberi galakan dan semangat buat puterinya itu.

Terbaru, Dr Kamilin memuat naik kisah anaknya menerusi laman facebooknya Kamilin Jamilin – Seni Hadith. Menurut beliau, anaknya itu berjaya mendapat tempat pertama di dalam satu pertandingan kostum di sekolahnya.

“Abah Akan Bantu Kakak. Kita Menang Sama-Sama.” Mula-Mula Malu & Kurang Yakin, Berkat Usah Ayah Buat Anak Positif & Berjaya


Hari ini hati saya sangat tersentuh melihat air mata anak perempuan sulung saya bergenang selepas diumumkan mendapat tempat pertama Pertandingan Kostum Superhero sempena Hari Kanak-kanak peringkat sekolah.

Walaupun hadiahnya tidak besar dan acaranya agak janggal bagi saya, namun saya dapat merasakan ia sangat bermakna terhadap puteri kesayangan saya ini.

“Abah Akan Bantu Kakak. Kita Menang Sama-Sama.” Mula-Mula Malu & Kurang Yakin, Berkat Usah Ayah Buat Anak Positif & Berjaya

Sejak darjah satu lagi, puteri sulung saya ini kurang ada keyakinan diri. Susah nak tengok dia senyum dalam gambar. Dia berusaha mendapat markah yang baik dalam kelas selama ini, namun belum mampu mendapatkannya.

Saya tidak pernah menekannya ke arah itu dan cuba sedaya upaya memberinya semangat dan galakan untuk tidak berputus asa.

Saya memberitahunya, saya lebih gembira sekiranya dia dapat menjadi anak yang baik atau insan yang mulia berbanding kecemerlangan pelajaran semata-mata.

“Abah Akan Bantu Kakak. Kita Menang Sama-Sama.” Mula-Mula Malu & Kurang Yakin, Berkat Usah Ayah Buat Anak Positif & Berjaya

Setiap anak-anak pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Saya melihat kekuatan dirinya ialah hatinya yang mulia dan suka membantu orang. Saya berusaha membuatkan dirinya terasa bernilai dengan sikapnya itu.

IKLAN

Saya kata padanya: “Kalau kakak tak dapat no. 1 markah dalam kelas, kakak jadi no. 1 yang paling banyak membantu rakan sekelas. Akhlak yang mulia tidak semesti dimiliki oleh orang yang pandai tau”.

Berbanding menabung, saya lebih menggalakkannya bersedekah dengan lebihan duit belanjanya, supaya ia menjadi karakter yang tertanam dalam dirinya sehingga dewasa kelak.

Beberapa hari lepas, dia menyuarakan hasratnya untuk mencuba Pertandingan Kostum Superhero di sekolahnya. Katanya ramai kawan-kawannya yang nak masuk.

“Abah Akan Bantu Kakak. Kita Menang Sama-Sama.” Mula-Mula Malu & Kurang Yakin, Berkat Usah Ayah Buat Anak Positif & Berjaya

Durar sangat teruja. Dia memasang harapan yang terlalu tinggi untuk menang. Pastinya dia inginkan perhatian dan penghargaan yang belum diraihnya selama ini.

Setiap hari dia akan bertanya saya apa persediaan yang diperlukan.

“Kita nak buat apa nanti abah?”.

IKLAN

Saya pula ketandusan idea, tapi tak sampai hati kecewakan harapannya yang menggunung.

Saya kata: “Abah akan bantu kakak dan kita akan menang sama-sama!”.

Saya tidak begitu sempat untuk memikirkan perancangan atau mencari barang berkaitan kerana komitmen yang pelbagai.

Namun saya kata padanya: “Kakak jangan risau, kerjasama father and daughter will always works!”.

Akhirnya, dengan hanya sedikit ‘bekalan’ alat make-up dari uminya dan kreativiti abahnya, Joker versi muslimah berjaya dihasilkan!

Saya pun tak tahu adakah Joker dikira sebagai superhero? Macam ramai orang cerita baru-baru ini.

“Abah Akan Bantu Kakak. Kita Menang Sama-Sama.” Mula-Mula Malu & Kurang Yakin, Berkat Usah Ayah Buat Anak Positif & Berjaya

IKLAN

Mula-mula dia agak malu dan kurang yakin, namun saya berusaha membuatkannya sentiasa positif.

Saya kata: “Abah kan ada dengan kakak? Of course kakak will do fine”.

Saya pun join sama make-up suka-suka dengannya untuk menguatkan semangatnya dan berasa sentiasa bersama abahnya (bukan sebab saya tersakiti 😉).

Alhamdulillah, walaupun saingan rakan-rakan sekolahnya sangat kuat dengan kehadiran pelbagai ‘superheroes’ lain, puteri kesayangan saya ini akhirnya menitiskan air mata kegembiraan setelah diumumkan sebagai pemenang. Barangkali kemenangan pertamanya sebagai juara sepanjang 3 tahun bersekolah.

Dia terus kata pada saya: “Abah, lepas ni kita cuba lagi pertandingan lain yea?”.

Melihat air matanya bergenang dan keyakinan dirinya bertambah cukup membuatkan saya terharu. Sebagai ayah, saya gembira membuatkannya gembira.

Saya jawab: “Mestilah! We have the power of father and daughter. Thats our superhero’s power”.

Moga Allah memeliharamu wahai permataku yang berkilauan dan menjadikanmu insan yang bermanfaat untuk agama, keluarga dan umat.

-Dr. Kamilin Jamilin-

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI