Sebelum ini kisah beliau tular di media sosial apabila lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan pada tesis 3 jilidnya. Bekas graduan PhD dalam Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini turut dianugerahkan anugerah ‘Chansellor Award’ (Siswazah Terbaik Keseluruhan) dan ‘Faculty Award’ (Ph.D by Research).
Namun, perkongsian beliau baru-baru ini mengenai anak perempuan sulungnya cukup menyentuh hati. Menurut Dr. Kamilin Jamilin, anak perempuannya sebelum ini kurang berkeyakinan, namun sebagai bapa, beliau sentiasa memberi galakan dan semangat buat puterinya itu.
Terbaru, Dr Kamilin memuat naik kisah anaknya menerusi laman facebooknya Kamilin Jamilin – Seni Hadith. Menurut beliau, anaknya itu berjaya mendapat tempat pertama di dalam satu pertandingan kostum di sekolahnya.
Hari ini hati saya sangat tersentuh melihat air mata anak perempuan sulung saya bergenang selepas diumumkan mendapat tempat pertama Pertandingan Kostum Superhero sempena Hari Kanak-kanak peringkat sekolah.
Walaupun hadiahnya tidak besar dan acaranya agak janggal bagi saya, namun saya dapat merasakan ia sangat bermakna terhadap puteri kesayangan saya ini.
Sejak darjah satu lagi, puteri sulung saya ini kurang ada keyakinan diri. Susah nak tengok dia senyum dalam gambar. Dia berusaha mendapat markah yang baik dalam kelas selama ini, namun belum mampu mendapatkannya.
Saya tidak pernah menekannya ke arah itu dan cuba sedaya upaya memberinya semangat dan galakan untuk tidak berputus asa.
Saya memberitahunya, saya lebih gembira sekiranya dia dapat menjadi anak yang baik atau insan yang mulia berbanding kecemerlangan pelajaran semata-mata.
Setiap anak-anak pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Saya melihat kekuatan dirinya ialah hatinya yang mulia dan suka membantu orang. Saya berusaha membuatkan dirinya terasa bernilai dengan sikapnya itu.
Ads
Saya kata padanya: “Kalau kakak tak dapat no. 1 markah dalam kelas, kakak jadi no. 1 yang paling banyak membantu rakan sekelas. Akhlak yang mulia tidak semesti dimiliki oleh orang yang pandai tau”.
Berbanding menabung, saya lebih menggalakkannya bersedekah dengan lebihan duit belanjanya, supaya ia menjadi karakter yang tertanam dalam dirinya sehingga dewasa kelak.
Beberapa hari lepas, dia menyuarakan hasratnya untuk mencuba Pertandingan Kostum Superhero di sekolahnya. Katanya ramai kawan-kawannya yang nak masuk.
Durar sangat teruja. Dia memasang harapan yang terlalu tinggi untuk menang. Pastinya dia inginkan perhatian dan penghargaan yang belum diraihnya selama ini.
Setiap hari dia akan bertanya saya apa persediaan yang diperlukan.
“Kita nak buat apa nanti abah?”.
Ads
Saya pula ketandusan idea, tapi tak sampai hati kecewakan harapannya yang menggunung.
Saya kata: “Abah akan bantu kakak dan kita akan menang sama-sama!”.
Saya tidak begitu sempat untuk memikirkan perancangan atau mencari barang berkaitan kerana komitmen yang pelbagai.
Namun saya kata padanya: “Kakak jangan risau, kerjasama father and daughter will always works!”.
Akhirnya, dengan hanya sedikit ‘bekalan’ alat make-up dari uminya dan kreativiti abahnya, Joker versi muslimah berjaya dihasilkan!
Saya pun tak tahu adakah Joker dikira sebagai superhero? Macam ramai orang cerita baru-baru ini.
Ads
Mula-mula dia agak malu dan kurang yakin, namun saya berusaha membuatkannya sentiasa positif.
Saya kata: “Abah kan ada dengan kakak? Of course kakak will do fine”.
Saya pun join sama make-up suka-suka dengannya untuk menguatkan semangatnya dan berasa sentiasa bersama abahnya (bukan sebab saya tersakiti 😉).
Alhamdulillah, walaupun saingan rakan-rakan sekolahnya sangat kuat dengan kehadiran pelbagai ‘superheroes’ lain, puteri kesayangan saya ini akhirnya menitiskan air mata kegembiraan setelah diumumkan sebagai pemenang. Barangkali kemenangan pertamanya sebagai juara sepanjang 3 tahun bersekolah.
Dia terus kata pada saya: “Abah, lepas ni kita cuba lagi pertandingan lain yea?”.
Melihat air matanya bergenang dan keyakinan dirinya bertambah cukup membuatkan saya terharu. Sebagai ayah, saya gembira membuatkannya gembira.
Saya jawab: “Mestilah! We have the power of father and daughter. Thats our superhero’s power”.
Moga Allah memeliharamu wahai permataku yang berkilauan dan menjadikanmu insan yang bermanfaat untuk agama, keluarga dan umat.
-Dr. Kamilin Jamilin-
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini tular video yang dikongsikan oleh seorang guru yang cukup prihatin terhadap anak muridnya.
Meskipun kita tidak tahu keseluruhan cerita, namun begitu banyak nilai baik yang boleh kita kutip dari perkongsian video ini.
Sama ada dari sisi seorang ayah yang sedaya boleh ingin mencukupkan keperluan anak untuk ke sekolah, bahkan neneknya yang telah tua turut ingin membantu menguruskan cucunya yang tiada ibu akibat menjadi korban Covid-19.
Tidak dengan itu, kita juga dapat lihat betapa baik dan murninya hati anak ini, tanpa segan dan malu tetap hadir ke sekolah demi menuntut ilmu.
Pakai Baju Paras Lutut
Tindakan seorang pelajar memakai baju kemeja sekolah sehingga paras lutut, menyebabkan guru ini membantu untuk betul dan kemaskan baju kemeja yang dipakai oleh pelajarnya agar nampak lebih kemas dan selesa untuk pelajar tersebut bergerak.
Video yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @Cikgu_Farrah ini memberi pelbagai reaksi dikalangan yang menontonnya.
Guru Prihatin
Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Abu Bakar, Lepai, Farrah Norashikin Juhari dilihat membetulkan kemeja besar yang dipakai anak muridnya dikenali Jebat.
Menurut Farah Norashikin, tindakan pelajarnya memakai pakaian seragam bersaiz besar itu berikutan bapa kanak-kanak tersebut tersilap membeli saiz baju untuk anaknya.
“Selepas menyedari keadaan itu, saya bawa Jebat ke tandas untuk betulkan kemeja putihnya itu dan tengok bajunya itu bersaiz XL.
“Dia kemudian beritahu telah tersalah pakai baju abangnya tetapi sebenarnya ayahnya tersalah beli baju bersaiz besar.
“Jebat juga ada abang di tahun dua dan kakak di tingkatan empat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Tambah Norashikin, Jebat bersama dua beradiknya kini tinggal bersama nenek mereka di Kampung Teluk berikutan bapa mereka bekerja sebagai pemandu lori.
Nenek kanak-kanak itu yang dikenali Roziah memberitahu, dia tidak sempat membetulkan baju Jebat mengikut saiz badan cucunya.
“Ayah mereka beli baju seorang dua pasang, bila bawa balik rumah tengok tidak muat jadi pergi semula ke kedai dan tukar. Tetapi terbeli pula saiz besar dan minta saya kecilkan tetapi tidak sempat,” ujarnya.
Sementara itu, Guru Besar SK Haji Abu Bakar, Wan Zainah Wan Nawawi berkata, pihaknya akan membelikan pakaian seragam sekolah yang baharu buat Jebat pada Jumaat ini.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 1.8 juta tontonan dan pelbagai komen diterima daripada yang menonton video tersebut. Rata-rata ramai yang semak dengan kisah yang dikongsikan dan ramai juga yang bermurah hati untuk memberi bantuan kepada Jebat dan mendoakan Jebat akan jadi anak yang baik, soleh, bijak dan beriman.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Sendirian membesarkan anak bukanlah satu tanggung jawab yang mudah, sementelah diri masih mauda. Namun, penyanyi terknal Siti Nordiana tidak lemah semangat, sebaliknya dia berjaya membuktikan dengan sokongan keluarga , dia mampu melakukannya.
“Sebagai ibu saya akui agak gementar dan cuba yang terbaik untuk anak. Saya tak pernah paksa dia janji benda yang dia belajar itu bermanfaat untuknya. Saya berikan yang terbaik untuknya. “Saya jenis ibu yang sempoi, saya bukan jenis ibu yang mahu anak membanggakan ibu, sebaliknya saya mahu dia belajar benda yang baik.
Terbaru Nana memuat naik beberapa keping gambar bersama anaknya ketika Syawal yang lalu. Penampilan Nana dan Rayyan meraih perhatian ramai. Apa tidaknya anaknya nampak lebih besar dari Nana. Seolah-olah macam kakak dan adik.
Sedondon dalam persalinan rona merah jambu, rata-rata memuji Nana nampak muda di samping anaknya.
Untuk rekod, Rayyan adalah anak hasil perkongsian hidup Nana dengan bekas suaminya, arwah Mohd Faizal Yusup. Rayyan kini sudah berusia 13 tahun dan tidak hairanlah dia nampak semakin tinggi daripada ibunya.
“Rayyan masa arwah abah dia meninggal umur dia baru dua tahun tujuh bulan, dia masih belum faham lagi.
“Dulu waktu waktu masih kecil dan Rayyan sudah masuk sekolah, dia ada bertanya pada saya juga, sebab kadang-kadang saya hantar sendiri ke sekolah jadi dia bertanya…
“Mama semua orang datang dengan abah dia, Rayyan sahaja datang dengan mama. Itulah soalan yang paling susah saya nak jawab sebenarnya.”
“Saya jawab… Rayyan abahkan dah tak ada. Tak apa Rayyan jangan lupa baca Al-Fatihah untuk abah.
“Abah memerlukan doa Rayyan supaya abah senang dekat ‘sana’. Bila saya cakap macam tu barulah dia faham.
Penampilan Nana yang cukup manis manakala Rayyan nampak ‘abang-abang’ sangat.
Bagi seorang isteri untuk bergelar seorang ibu, ianya bukanlah semudah yang disangka. Bahkan ia merupakan antara pengorbanan yang cukup besar kerana sanggup mempertaruhkan nyawa demi melahirkan zuriat penyambung warisan.
Lantaran itu, wajar buat suami agar menghargai isteri di atas setiap kesusahan dan kesakitan yang dialami sepanjang mengandung hinggalah melahirkan.
Ini sebagaimana video yang dikongsikan menerusi TikTok, pemilik akaun @syed. fatin.jaeden.haifa berkongsi momen 30 minit sebelum isterinya bersalin mendapat perhatian warganet.
Dapat dilihat dia menyuapkan nasi berlaukkan ayam goreng ke mulut isterinya demi untuk memastikan isteri tersayang mempunyai tenaga ketika melalui proses bersalin kelak.
Malah, Syed turut dilihat membacakan doa agar dipermudahkan urusan isterinya .
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Perkongsian si suami bersambung semula di video berikutnya selepas isterinya selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Haifa.
Susulan itu, Syed telah menghadiahkan seutas rantai bersama loket berbentuk love yang bernilai RM50,000 bagi menghargai pengorbanan pasangannya selama ini. Bukan sahaja isteri, malah cahaya mata kedua mereka turut dihadiahkan beberapa perhiasan lain yang lebih kecil saiznya.
Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen tumpang gembira apabila pengorbanan wanita tersebut dihargai oleh suaminya. Selain itu, ada yang berseloroh kononnya sanggup bersalin setiap tahun andai pasangan mampu menghadiahkan perhiasan sebegitu.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.