Kamera dan telefon ibarat lagu dan irama kerana kedua- dua teknologi ini tak dapat dipisahkan. Tidak hairanlah, boleh dikatakan hampir semua jenama telefon pintar berlumba-lumba untuk mengeluarkan telefon pintar dengan fungsi terkini tetapi masih mengekalkan ‘tagline’ harga yang berpatutan.
Terbaru, HUAWEI bakal melancarkan rangkaian telefon pintar flagship terbarunya iaitu HUAWEI yang dikatakan mempunyai kamera digital terhebat di pasaran. Tampil dengan tagline ‘Big Batery, Big Screen & Big Style, anda boleh miliki Huawei Y6p, dengan hanya RM559 sahaja. Lengkap dengan skrin 6.3 inci dan bateri 5,000mAh.
Dilengkapi 2 Kamera Belakang
Budaya swafoto kini cukup trendy. Jadi, dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi, pastinya Huawei Y6p sesuai untuk mengambil gambar dan merakam video momen indah dan manis bersama keluarga biarpun dalam suasana PKPB ini
Bagi anda yang suka menjadikan aktiviti mengambil gambar sebagai satu hobi, telefon ini sesuai. Ia dilengkapi dua kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 13MP dan kamera ultra-lebar, manakala kamera hadapan pula adalah kamera selfie 8MP. Ia direka untuk menyesuaikan dengan OOTD mana pun. Manakala kamera belakang 13MP, termasuk kamera sudut lebar membantu mendapatkan gambar keseluruhan semasa sesi foto keluarga.
Tampil 3 Warna Berbeza
Usah risau akan storan tersebut tidak mencukupi. Pengguna Huawei Y6p juga akan memberikan secara percuma 15GB Huawei Cloud selama setahun. Selain itu, reka bentuk dan warna menambah daya tarikan Y6p. Dengan reka bentuk telefon unik di bahagian belakang, Huawei Y6p hadir dalam 3 warna berbeza: Emerald Green, Phantom Purple dan Midnight Black.
Ads
Huawei AppGallery ganti Google Playstore
Tampilan Dewdrop 6.3 “dengan nisbah skrin-ke-badan 88.4% memberikan pengalaman visual yang luas dan mendalam. Sesuai bagi anda yang ingin menonton filem apa pun atau memainkan grafik permainan menarik.
Anda kini boleh menggunakan HUAWEI AppGallery untuk melayari lebih banyak aplikasi seperti Maybank2U, RHB Bank, PB Engage, Touch n go e-wallet, shopee, lazada, Facebook, Whatsapp, Astro Go, Here WeGo dan banyak lagi.
Ads
Malah, pengguna tak perlu bimbang soal keselamatan kerana ia memiliki perlindungan bagi setiap aplikasi yang dimuat turun dari AppGallery.
Anda juga boleh memuat turun aplikasi bernama FindApps di AppGallery. Ia berfungsi sebagai hub untuk membantu pengguna mencari aplikasi yang mereka perlukan dan mengarahkan mereka ke sumber yang ada untuk memuat turun aplikasi seperti Grab, Telegram, Facebook lite dan sebagainya lagi.
Ads
Tawaran Istimewa Ramadan
Selain Y6p, Huawei turut memperkenalkan model Y5p dengan harga RM359. Kedua-dua telefon pintar ini boleh dibeli di semua kedai Huawei, pengedar sah dan dalam talian bermula 16 Mei ini.
Bersempena dengan bulan Ramadan, Huawei berbesar hati membuat tawaran istimewa sempena pelancaran telefon pintar ini. Kini, anda boleh dapatkan HUAWEI Y6p, MatePad T dan band 4 pro ini bermula dari RM3.69 sehari sahaja!
Selain itu, terdapat juga tablet, komputer riba dan pembesar suara, yang boleh didapatkan dengan hargan yang menarik sekali! Wah cukup menarik dan berbaloi! Layari sini untuk maklumat lebih lanjut 👉🏻 https://bit.ly/2Z9MrnO
Untuk mereka yang mencari telefon bajet, Huawei Y6p jawapan anda. Tunggu apa lagi, jom dapatkan telefon pintar yang cukup mengujakan di sini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak buat kebaikan bukan benda yang mudah. Ada sahaja yang menghalang. Pasangan ini juga tidak melalui dugaan ini terutama apabila mengambil keputusan membela anak angkat. Lebih penting lagi menjadi anak susuan mereka.
Si isteri, sedari awal menghalang kerana beliau merasakan diri tidak yakin mampu berbuat demikian. Namun nasihat dan kata-kata suami mengubah segalanya.
Catatan Datin Sri Shahida menerusi laman instagramnya baru-baru ini mendedahkan beliau sebelum ini tidak setuju mengambil anak susuan.
Kadang2 bukan semua benda yg saya suka dia buat…tapi bukan semua buruk…banyak benda baik yg saya dah terikut perangai dia…..dr seorang yg lembab saya dah jadi cepat…dr seorang yg x yakin saya dah ada keyakinan….dari seorang yg x pandai niaga,x kreatif….saya dah bertambah baik… Dan yg paling penting ramai x tahu yg sebenarnya dari awal saya x bersetuju nak ambik anak susuan….saya x nak dan x bersedia(sebab saya ni bukan baik mana pun)tapi @aliffsyukriterlajaklaris selalu cakap nak buat benda baik mmg susah….kita jaga dorang Insya Allah esok lusa ada benda baik datang pada kita……jaga mereka biar kita x cukup baik x cukup kita sempurna tapi dah banyak kesenangan kita boleh bagi pada mereka…. . Mudahan jadi anak2 yg baik je meena qayyum dan anak2 yg lain… mama abah x minta duit pun cukup jadi anak yg baik berjaya dunia dan akhirat,” tulis Datin Sri Shahida.
Perkongsian tersebut mendapat respond dari pengikutnya. Ada yang bersetuju bukan mudah mengambil dan menjaga anak angkat.
Terus memberi inspirasi
niknadiani Caption ni buat sy terharuuu… Teruskan memberi inspirasi utk semua. Love it ❤️
amy_rashid76 Semoga keikhlasan hati Dato utk menjaga yom dan meena akan mendapat ganjaran nya dr Allah. Aamiin..
nurulainharis betul bkn mudah..org biasa pun taknak ambil anak angkat, pelihara anak saudara pun kdg kita nmpk mcm pilih kasih tapi percaya la makna adil tu bkn memberi sama rata tapi meletakkan sesuatu di tempatnya.
shukri.shuk.395 Simple je datin,dlm dunia ni klu kita nk puaskan hati semua org mmg kita tak mmpu,ape yg kita rasa baik dan yakin dgn keputusan yg kita buat,kita truskn je,yg penting kita dapat rurjukn yg betul..
edazue Sy lht isteri yg dpt mlihat kbaikn somi n menerima klmhn suami ngn merasakan bhw kbaikan lbh byk dr klemahan.. isteri itu atiyer akan tenang n dia blh btolak ansur dlm urusan rmhtga.. dia juga tdk akan mudh tpgaruh ngn kata2 hasutan
fbm_m Tak penting tanggapan orang pada kita yang penting redha Allah yang kita nak Dato & Datin ??Yang penting juga hari ini kita selawat Nabi ﷺ & Zikir hari Sabtu لااله الاالله..?
Saling Melengkapi
ejstylekotabharu Saling melengkapi dato n datin. Semoga terus dimurahkan rezeki. Amiin ?
zeeya_rose2020 InsyaAllah dear.. Setiap kebaikan yg kita buat, xkn ada satu pun yg akn tercicir disisi Allah swt jika niat kita suci dan ikhlas.. Dan kita bkn lah sempurna nk puaskan hati semua org, n bkn semua org nk tgk kita bahagia.. So cukuplah Allah swt yg tahu siapa kita yg sebenar serta nawaitu kita.. ❤️❤️❤️?
Mengilhamkan sebuah landskap kediaman yang hijau dan segar mata memandang, tentu menjadi antara perkara yang ingin direalisasikan oleh ramai antara kita.
Selain dengan perletakkan pokok-pokok bunga di dalam pasu mahupun ditanam terus di atas tanah, tidak kurang juga ada antara kita akan menanam pokok menjalar di bahagian dinding pagar untuk kesan yang lebih ketara.
Untuk yang baru ingin mencuba menanam pokok jenis ini, ada baiknya kita baca perkongsian daripada Dr. Kamarul Ariffin, yang mana telah pun menanam pokok menjalar di bahagian pagaran rumahnya sejak 3 tahun yang lalu.
Hasilnya, landskap lamannya terlihat cukup indah, cantik dan sekali gus bolehlah menjadi terapi mata yang cukup menyegarkan.
Jom baca perkongsian ini.
Membaja tumbuhan menjalar di pagar rumah. Tumbuhan ni buat rumah nampak segar dan damai.
Tumbuhan ni jenis ficus pumila (fig), boleh dibeli di kedai semaian(nursery).
Harga sekitar RM5-10 satu pokok. Saya tanam jarak 2-3 kaki antara satu sama lain. 3 tahun baru penuh menjalar memenuhi pagar.
Tip penjagaan pokok fig
Tak susah jaga. Siram 2 hari sekali, trim setiap minggu dan saya gunakan hampas kopi untuk baja.
Tak tahulah bagus ke tak bagus. Hampas kopi ni terkumpul dari kopi yang kami minum harian.
Ini anak saya sedang letak baja di akar pokok. Batang pokok ni sebesar ibu jari.
Ekstra tip :
Jika tidak trim(pangkas), sulur dia akan menjulur keluar. Jadi macam dalam gambar ni, tak kemas.
Kena trim dia hanya di permukaan tembok pagar.
Trim guna pruner(pemangkas) yang
macam gunting tu je. Sulur dia tak
keras sangat.
Pandangan penuh tembok pagar yang dilitupi ficus pumila. Pokok ni ada buah. Buah dia sama macam buah fig.
Saya tak pernah lagi makan buah dia
walaupun ada tumbuh. Tak tahu boleh makan ke tak.
Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Semuanya demi memastikan anak-anak menjadi ‘orang’. Begitu juga dengan pelakon dan usahawan Hanis Zalikha, 30.
Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Melihatkan cara pemilik jenama Cakenis ini membesarkan anak-anaknya cukup memberi inspirasi terutama kepada pasangan muda yang lain.
Tidak hairanlah, setiap kali memuat naik video mahpun gambar perkongsian di instagramnya, ramai ibu-ibu yang memberi komen.
Terbaru, Hanis memberitahu yang dia membuat peraturan yang mana anak-anaknya hanya dibenarkan untuk menonton televisyen pada hujung minggu. “Budak-budak ni dapat tengok televisyen hari Sabtu dan Ahad. Pukul 6 petang kena tutup televisyen, dah faham sendiri,” demikian perkongsiannya menerusi insta stories. Sebelum ini, Hanis mendedahkan dia tidak memberi anaknya gajet di usia yang awal. Jelas isteri kepada aktor Hairul Azreen ini lagi, anak kecil tidak mudah berasa bosan jika dibandingkan dengan orang dewasa. “Ramai tanya tak bosan ke kalau anak-anak tak tengok televisyen? Sebenarnya anak-anak kecil ni hebat, imaginasi sangat tinggi. Diorang bukan macam kita dah tepu dan cepat bosan.
“Kanak-kanak mampu kreatif dalam suasana yang paling kosong dengan barang yang terhad,” kongsinya lagi.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.