Keibubapaan

Aafiyah Dah Enam Tahun, Tok Ti Titip Doa Di Hari Lahir. “11 Tahun Menanti”!

Share

Betapa pantasnya masa berlalu, diam tak diam, anak sulung penyanyi nombor satu negara, Dato’Sri Siti Nurhaliza, Aafiyah kini sudah pun berusia enam tahun.

Melalui Instagramnya, Dato’ Siti memuat naik sekeping gambar Aafiyah yang cukup manis dan ayu.

Kata Dato’ Siti, penantian 11 tahunnya berakhir dengan kelahiran Aafiyah enam tahun yang lalu malah kelahiran yang begitu dinantikan olehnya.

Bahkan kata Siti lagi, Aafiyah jugalah yang mengajarnya erti kesabaran untuk bergelar seorang ibu.

“Alhamdullillah, 6 Tahun yang lalu, lahirlah puteri ibu Siti Aafiyah Khalid.

“Anak yang mengajar ibu tentang kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk menjadi ibu. Sebelah tahun menantimu, masya Allah, Tabarakallah,” tulisnya.

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut membingkiskan ucapan sempena hari lahir Aafiyah. Doa sentiasa mengiringi agar Aafiyah membesar menjadi anak yang sentiasa disayangi malah dapat berbakti kepada agama dan masyarakat bila besar nanti.

“Doa ibu Aafiyah menjadi anak soleha yang sentiasa dijaga Allah Swt. Anak yang cepat matang, terang hatinya, tegas dalam lembut, caring dan terus lah berbakti kepada agama dan masyarakat bila besar nanti ye.

“Semoga Aafiyah anak ibu disayangi seluruh makhluk Allah swt di langit dan di bumi, menjaga Adab dan Agamamu. Permata hati ayah ibu, Siti Aafiyah .. aamin ya rabb,” katanya lagi.

Terdahulu, si comel kesayangan ramai, Siti Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac 2018 selepas hampir 11 tahun menanti. Siti mendirikan rumahtangga bersama Datuk K pada 21 Ogos 2006. Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Muhammad Afwa.

 

Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club