Kekeluargaan

Aafiyah & Afwa Jadi ‘Personal Chef’ Tokti, Buatkan Roti Bakar Untuk Ibu

Share

Keletah comel anak-anak Dato’ Sri Siti Nurhaliza sering mendapat perhatian ramai. Kedua-dua beradik itu selalu mencuit hati peminat dengan aksi bersahaja dan comel. Baru-baru ini, Tokti ada memuatnaik sebuah video di akaun media sosialnya yang menunjukkan Aafiyah dan Afwa menjadi chef.

Di dalam video tersebut, Tokti memberitahu dia mempunyai dua orang chef dan bertanya tentang masakan mereka. Aafiyah kemudian memberitahu yang mereka berdua menyediakan roti bakar utuk ibu mereka.

“Aafiyah yang putih, adik yang dark.”

Tonton video ini;

Paling comel, Afwa hanya mengikut apa yang disebut kakaknya. Bagi menghargai usaha anak-anaknya, Tokti kemudiannya memuji roti bakar tersebut nampak sedap dan mengucapkan terima kasih kepada Aafiyah dan Afwa.

Sebenarnya sangat bagus apabila kanak-kanak bermain pretend play seperti ini kerana ia dapat merangsang daya imaginasi serta memantapkan skil bersosial mereka. Biarpun nampak remeh, tetapi galakan dari ibu ayah yang mendorong kreativiti anak ini sangat membantu perkembangan emosi mereka.

Pada ibu ayah mungkin pujian ringkas nampak remeh tetapi sebenarnya membei impak yang besar kepada anak-anak. Mereka akan lebih bersemangat dan sentiasa positif untuk terus menjadi kreatif pada masa akan datang.