
Keletah comel anak-anak Dato’ Sri Siti Nurhaliza sering mendapat perhatian ramai. Kedua-dua beradik itu selalu mencuit hati peminat dengan aksi bersahaja dan comel. Baru-baru ini, Tokti ada memuatnaik sebuah video di akaun media sosialnya yang menunjukkan Aafiyah dan Afwa menjadi chef.
Di dalam video tersebut, Tokti memberitahu dia mempunyai dua orang chef dan bertanya tentang masakan mereka. Aafiyah kemudian memberitahu yang mereka berdua menyediakan roti bakar utuk ibu mereka.
“Aafiyah yang putih, adik yang dark.”
Tonton video ini;
Paling comel, Afwa hanya mengikut apa yang disebut kakaknya. Bagi menghargai usaha anak-anaknya, Tokti kemudiannya memuji roti bakar tersebut nampak sedap dan mengucapkan terima kasih kepada Aafiyah dan Afwa.
Sebenarnya sangat bagus apabila kanak-kanak bermain pretend play seperti ini kerana ia dapat merangsang daya imaginasi serta memantapkan skil bersosial mereka. Biarpun nampak remeh, tetapi galakan dari ibu ayah yang mendorong kreativiti anak ini sangat membantu perkembangan emosi mereka.
Pada ibu ayah mungkin pujian ringkas nampak remeh tetapi sebenarnya membei impak yang besar kepada anak-anak. Mereka akan lebih bersemangat dan sentiasa positif untuk terus menjadi kreatif pada masa akan datang.
MARA Bertindak Pantas Bantu, Adik Nasuha Bakal Duduki Ujian Khas MRSM!

Kisah pelajar itu mendapat reaksi segera Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memuat naik berita pelajar berkenaan di Facebooknya semalam.
Menerusi perkongsian Dr Asyraf Wajdi, pihaknya sudah meminta MRSM Kuala Krai berhubung dengan ibu bapa pelajar itu dan menguruskan pengangkutan anak cemerlang itu bagi menduduki ujian Kecenderungan MRSM (UKKM).
“Saya sudah minta MARA untuk hubungi ibubapa pelajar ini. InsyaAllah pihak MRSM Kuala Krai akan bantu uruskan pengangkutan pelajar miskin ini untuk dibawa ke MRSM KK bagi menduduki peperiksaan UKKM.
“Saya telah sebutkan banyak kali jangan jadikan alasan kemiskinan mahupun kekangan kewangan sebagai faktor penghalang untuk menyambung pengajian.
“MARA akan cuba sedaya upaya untuk membantu agar tiada pelajar cemerlang yang tercicir. Maklumkan terus kepada saya jika ada kes-kes sebegini,” kongsinya.
Sementara itu, bapa Nur Nasuha, Mohd Nusi Mamat, 38, berterima kasih atas maklum balas segera Asyraf dan pihak MARA berhubung kisah anak keduanya itu.
“Saya sudah dihubungi guru daripada MRSM Kuala Krai petang tadi untuk mengambil anak menduduki ujian UKKM, esok.
“Selain tercapai tercapai hasrat menduduki ujian untuk ke MRSM, keluarga saya turut menerima kunjungan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan bakul makanan.
“Anak (Nasuha) sangat gembira dengan berita ini dan nampak tak sabar mahu menduduki ujian esok, saya berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan keadaan kami,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, kisah Nur Nasuha dari Kampung Lubuk Nibong,Pak Badol yang sedih kerana tercicir menduduki ujian UKKM ke MRSM kerana kemiskinan keluarga selepas bapanya, Nusi disahkan menghidap penyakit gastrik kronik sejak dua tahun lalu.
Keadaan kesihatan bapanya menyebabkan dia dan empat adik-beradik serta ibu, Nurul Izzati Nor, 31, yang sarat mengandung tujuh bulan hidup dalam keadaan daif dengan hanya mempunyai satu motosikal serta sering terputus bekalan makanan.
Menarik: “Kalau Ada Rezeki Tahun Depan”, Mira Filzah Mahu Tambah Anak Kedua!
Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Sumber: Berita Harian & Datuk Dr Asyraf Wajdi.
Doakan Adik Fatimatusyahira Kembali Sihat! Disahkan Kanser Darah Sejak Umur Enam Tahun

Sesungguhnya ajal kematian itu rahsia dan ketentuan taqdirnya di sisi Allah. Dialah yang maha mengetahuinya bila dan waktunya. Sebagaimana yang dikongsi oleh seorang sukarelawan, dilaman facebooknya, Natipah Abu berharap kepada yang membaca perkongsiannya agar mendoakan adik Fatimatusyahira yang disahkan kanser darah kembali sihat.
Sebagai umat Islam kita percaya bahawa kesembuhan seseorang itu tetap bergantung kepada kehendak dan izin Allah. Jika Allah mengkehendaki kesembuhan, maka sembuhlah penyakit itu walau seberat mana sekalipun dan sebaliknya. Semoga Fatimatusyahira Mohammad Desa, 9 tahun kembali sihat. Aminnn.
____________________________________________________________________
KHABAR DUKA DARI SIK, KEDAH ….
FATIMATUSYAHIRA BINTI MOHAMMAD DESA – 9 THN.
Dua tahun lalu … sambutan majlis hari lahirnya yang ke – 7 tahun diadakan dengan meriahnya di SEK. KEB. SIK.
Dia yang disahkan kanser darah ketika usianya 6 tahun itu , akhirnya dapat menjejakkan kaki dan memulakan sessi persekolahan setelah selesai menjalani kemeoterapi dan “ sihat “ seperti sediakala.
Dia, kami raikan sebagai tanda sokongan moral ke atas perjuangan anak seorang penoreh getah ini.
12 Dis tahun lalu ketika usianya 8 tahun … ayah yang menjadi nadi jiwa-raga dan segalanya buat dia dan keluarga yang selama ini sememangnya hidup dalam serba kekurangan itu .. pergi mengadap Illahi secara tiba-tiba hanya akibat demam. Dia pun menjadi anak yatim dlm sekelip mata …
Dan hari ini …
Belumpun setahun ayah pergi ….
khabar sedih datang menerjang lagi. Belumpun kering air mata ibu menangisi pemergiaan ayah .. hari ini ibunya menangis lagi….
Dia kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang. Kanser darahnya dikesan semula. 70 % sudah merebak di dalam tubuh kerdil ini. Dan doktor sudah memberikan gambaran walau tidak secara jelas … bahawa .. .harapan untuknya sembuh sudah tiada lagi.
Doakan dia ….
Mok & Mumu Merajuk, Renyukkan Surat Panggilan Haji Gara-Gara Takut Ditinggalkan. Sayang Betul Kucing Ni Dengan Tuannya!

Disebabkan kucing pada masa kecil sangat kurus, jadi tuannya memilih untuk memanggil ‘Mok’ dengan doa mudah-mudahan ia menjadi gemuk. Tidak sangka doa tersebut dimakbulkan.
“ Waktu suami ambil Mok berdua dengan adiknya, Nana.Tetapi hanya Mok sahaja kekal dan setia dengan tuannya, manakala Nana telah melarikan diri dari rumah. Nama Mok dulu, Rose. Tapi lepas Mok besar sikit, baru perasan dia jantan.
“Jadi, suami beri nama Rosman. Nama glamor pada kad klinik & tempat boarding/grooming, Ross. Waktu bela Mok, suami masih lagi belajar di UITM Arau, jadi kalau diikutkan usia Mok sekarang sudah 11 tahun.
“Seekor lagi kucing kami bernama Mumu ni saya yang beri nama dan kini sudah berusia 8 atau 9 tahun. Manakala lagi seekor diberi nama Lily tetapi nama penuh dia Lilliput. Sebab badan dia kecil.
“Kami ingatkan Lily masih kecil. Tapi bila kami bawa ke doktor haiwan, doktor kata Lily dah berumur. Mungkin lebih kurang sama dengan Mok atau kurang sedikit,” ujar Hajah Nadiah Ibrahim yang membuka cerita awal mengenai kucing-kucing peliharaannya.
Kucing jalanan
Pasangan suami isteri ini membela Mumu waktu tinggal di rumah mertua (ibu ayah suami) di Subang Jaya. Mumu adalah kucing jalanan, membesar bersama adik beradik di lorong belakang rumah dan makan atas ihsan jiran-jiran yang baik hati. Mereka menyediakan bekas makan dan air untuk kucing-kucing jalanan. Mumu dan adik beradik ada makan di rumahnya.
“Mula-mula dia cuma makan dan pergi. Lama-kelamaan Mumu jadi semakin jinak. Rajin masuk dalam rumah, hubungan dengan Mok pun baik. Boleh nampak Mumu respek pada Mok selaku abang besar. Sejak itu kami pasangkan collar pada Mumu menandakan Mumu sudah bertuan dan dia bebas keluar masuk rumah. Kemudian kami pindah ke rumah sendiri dan kami bawa kedua-dua Mok dan Mumu.
“ Lily pula kucing jalanan di kawasan rumah kami yang sekarang. Seperti biasa, kami sediakan bekas makanan dan minuman untuk kucing jalanan di tempat parking kereta rumah kami. Lily adalah salah seekor kucing yang makan, minum dan tidur di sekitar rumah kami. Setiap kali kami balik, Lily akan berkejaran menyambut kami pulang. Suatu hari, kami perasan Lily dibuli oleh beberapa ekor kucing lain sewaktu sedang makan.
“Setelah beberapa hari, baru kami perasan yang Lily rupanya pekak. Sejak itu, kami bawa Lily masuk ke rumah dan tinggal bersama-sama Mok dan Mumu. Lily seekor kucing betina yang baik, pandai bawa diri, tak banyak songeh. Makan, tidur, minta keluar untuk buang air, kemudian minta masuk semula dan tidur. Lily tak rajin sangat main, mungkin kerana faktor usia. Samalah macam Mok, tak minat sangat nak main,” ujar Nadiah lagi.
Video kucing jadi pilihan Ellen Degeneres
Nadiah dalam pada itu memberitahu video Mok dan Mumu telah dibeli oleh production Program Ellen Degeneres bagi segmen pet mereka. Walaupun ia sekadar video, namun itu menjadi satu kenangan manis buat mereka suami isteri.
“Jujurnya kami pun tidak tahu kerana semuanya diuruskan oleh ejen di Los Angeles yang menguruskan kandungan untuk program tersebut. Jadi pihak di sana yang menguruskan jual beli copyright untuk video Mok.
“Bukan mudah sebenarnya nak jaga kucing ni. Banyak cabaran dan masalah yang perlu dilalui. Salah satunya adalah waktu mereka sakit. Mereka kucing indoor, memang jarang sakit. Tetapi bila sakit, memang merisaukan. Mumu setiap kali balik dari boarding, akan bersin-bersin, demam sedikit. Doktor kata Mumu stress sepanjang boarding. Yelah, Mumu tak biasa dikurung. Tetapi Alhamdulillah setakat ini tiada sakit yang serius pada ketiga-tiga ekor kucing kami.
“Satu lagi cabaran adalah kalau nak balik kampung atau bercuti. Memandangkan Mumu kerap sakit setiap kali pulang dari boarding disebabkan stress di tempat boarding, kami seboleh mungkin menjadikan boarding itu pilihan terakhir. Kami risau siapa yang boleh jaga mereka sepanjang ketiadaan kami,” jelas Nadiah sambil memberitahu ada ibu saudara yang baik hati mahu bantu mereka menjaga Mok & Mumu.
Bersenam untuk turunkan berat badan
Memandangkan Mok dan Mumu ada masalah berat berlebihan, atas cadangan doktor kami hadkan jumlah dan waktu makan. Waktu makan mereka adalah 7 pagi, 7 malam dan 11 malam dalam kuantiti tertentu. Selalu ‘goyang’ tengok muka mereka yang comel duduk di sebelah mangkuk minta makanan.
“Namun atas sebab kesihatan, harus kuatkan hati untuk disiplinkan waktu makan. Selain hadkan waktu dan jumlah makan, sangat mencabar untuk ajak Mok dan Mumu main. Mereka perlu ‘bersenam’ untuk kurangkan berat badan. Buat masa sekarang, mereka aktif turun naik tangga dan main kejar-kejar dalam rumah.
“Namun, masih tidak memadai sebenarnya. Doktor minta kami turunkan berat badan Mok dan Mumu kerana dikhuatiri akan mendapat penyakit berat. Jika terlalu gemuk, sukar mahu cari salur darah untuk tujuan perubatan. Alhamdulillah, setakat ini Mok dan Mumu sihat walafiat sahaja,” jelas Nadiah yang turut menjaga kucing luar yang sakit dengan memberi makan, bawa ke vet hingga nafas yg terakhir.

Merajuk dapat tahu tuan nak tunai haji
Secara peribadi, kucing ini juga cukup sensitif seperti manusia. Menurut Nadiah, paling ketara pada tahun 2015, sewaktu dikhabarkan mereka dipilih untuk menunaikan haji. Waktu itu masih belum ada anak dan belum ada Lily. Mereka pening memikirkan siapa mahu jaga Mok & Mumu selama 40 hari.
“Jika mahu hantar ke boarding untuk 40 hari, sudah tentu cajnya beribu. Terpaksalah kami minta bantuan ibu saudara dan mujur beliau sudi membantu. Sepanjang kami membuat persiapan, Mok & Mumu seolah-olah merajuk.
“Mok renyukkan surat panggilan haji. Mumu asyik termenung. Dan mumu jatuh sakit berhari-hari. Saya jadi lebih risau bagaimana mahu tinggalkan mereka selama 40 hari jika salah seekor dari mereka sakit.
“Saya khuatir jika sakit Mumu berjangkit pada Mok. Dan tepat jangkaan saya. selepas Mumu pulih, Mok pula sakit. Bersin, selsema, tidur sahaja dan tidak aktif seperti biasa. Mereka seolah-olah dapat tahu dan sedih kami mahu pergi dan tinggalkan mereka selama 40 hari.

“Satu lagi pengalaman, sewaktu saya hamil. Saya paling rapat dengan Mumu. Waktu saya hamil, Mumu jadi sangat protective. Ke mana sahaja saya pergi dalam rumah, Mumu pasti ikut. Mumu akan duduk di kaki saya.
“Kalau saya makan di meja makan, Mumu akan panjat di meja sebelah dan duduk berhadapan dengan saya, lihat saya makan. Mumu suka duduk di tempat tinggi sambil jadi ‘pak guard’. Perhati keadaan sekeliling.
“Waktu saya duduk atau baring, Mumu akan duduk sebelah perut saya dan gesel kepala pada perut. Mok kurang ikut saya kemana-mana macam Mumu, tapi bila saya baring atau duduk, kalau Mumu tiada, Mok akan ambil alih duduk sebelah perut atau dalam pangku dan gesel kepala di perut,” ujar Nadiah sambil memberitahu kucing ini sayangkan anaknya, Rania Arissa dari dalam perut sehinggalah sekarang.