Berkongsi ilmu menanam kunyit hinggalah boleh menghasilkan serbuk kunyit sendiri daripada saudara Akmal Al Yahya ini dapatlah kiranya dimanfaatkan.
Ini perkongsiannya.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sebelum kita ke perkongsian kali ini,
izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu.
Saya lebih mesra dikenali dengan panggilan Akmal dan buat masa ini sedang mengusahakan sebuah kebun kecil bersebelahan dengan rumah saya yang saya nama kan dengan nama ‘Kebun Lokal’.
Di Kebun Lokal, tiada sebarang Racun Kimia Rumput/Racun Kimia Serangga dan Baja berunsur Kimia (termasuk baja kopi dan Baja AB) yang kami gunakan.
Dan itulah tujuan asalnya saya mula berkebun, iaitu untuk menghasilkan sebuah bank makanan bagi keluarga kecil saya.
Baiklah.
Jom kita ke tajuk utama perkongsian kali ini ya. Kami menanam kunyit berdekatan dengan Green Cone Compost saya.
Lebih mudah kerana tanah sekitar Green Cone Compost telah dibekalkan dengan tanah kompos secara semula jadi, hanya dari bahan lebihan dapur.
Ini lah hasil tuaian yang lepas.
Alhamdulillah. Kalau tak salah, ada juga dalam 8-12 bulan baru sesuai di tuai hasilnya.
Perlu diingatkan, jika tuan/puan suka menuai daun kunyit maka rizom yang terhasil akan lebih kecil berbanding dengan pokok kunyit yang tidak selalu dituai daunnya.
Berdekatan dengan pokok Kunyit, kami tanam juga halia dan kacang tanah secara bersilang-silang.
Alhamdulillah, nampak gayanya mereka menjaga adik beradik mereka dengan baik.
Ads
Untuk mendapatkan daun kunyit yang besar dan menghijau. Kami tanamnya di tempat yang teduh, seperti berdekatan dengan pokok yang besar supaya cahaya matahari tidak terus ke kawasan tanaman kunyit kami.
Rizom yang telah mengeluarkan daun kami keratkan dan asingkan untuk disemai semula bagi tanaman akan datang.
Dengan cara ini, kami mampu menjimatkan masa untuk semaian kunyit dan mengurangkan peratusan semaian daripada gagal bertunas.
Ini lah rupa rizom kunyit yang telah mengeluarkan daun.
Mengikut pengalaman kami, rizom yang telah berdaun perlu dikerat dalam sebesar ibu jari dari rizom asal agar tumbuh dengan baik.
Baik, ini pula proses untuk membuat serbuk kunyit.
Pertama, bersihkan rizom kunyit dari tanah yang melekat, sebersih-bersihnya. Kami gunakan berus gigi tau, licin semuanya di kerjakan.
Ads
Langkah seterusnya adalah rizom kunyit tadi direbus/dikukus dalam jangka masa 45 minit. Kemudian dipotong halus-halus bagi memudahkan proses jemuran kelak.
Mengapa perlu rebus/kukus?
Jika kita tanam sendiri maka kita tahu baja yang kita gunakan.
Proses rebusan atau kukus ini bertujuan untuk melucutkan segala macam jenis kandungan baja yang tertinggal.
Jika baja kimia mungkin tak berapa kita geli. Tetapi kami khuatir jika baja tersebut daripada baja urea, baja tinja ayam, kambing atau lembu yang diproses masih ada pada rizom.
Jika tuan/puan nak skip bab rebus/kukus ini boleh sahaja. Terpulang lah ye.
Kunyit yang telah dipotong tadi, dijemur pula.
Elakkan dari jemur terus di bawah sinaran matahari, paling baik di bawah pokok atau garaj kereta.
Lebih baik begitu. Oh daun kunyit tadi jangan pula dibuang ya.
Ads
Daun kunyit ini sama ada tuan/puan boleh masukkan ke dalam rendang atau pun balut sahaja pada ikan atau daging yang hendak dikukus atau dibakar. Aroma daun kunyit ini memang menaikkan selera. Percaya lah. Harga daun kunyit di pasaran juga boleh tahan.
Setelah 5 hari, ini lah rupa kunyit yang telah dikeringkan.
Masukkan ke dalam pengisar, kisar sehingga betul-betul lumat.
Tapiskan dan ayak kunyit yang telah dikisarkan tadi.
Serbuk kunyit yang terhasil adalah serbuk kunyit paling baik digunakan kerana tiada sebarang pengawet malah tiada sebarang pewarna tambahan juga pada serbuk kunyit ini
Simpan serbuk kunyit tadi di dalam balang yang kedap udara, jika ada balang kaca jauh lebih baik dari balang plastik.
Ini pula rizom yang berdaun tadi. Kami lebih suka semai dahulu sementara menunggu batas untuk sedia untuk digunakan.
Kami dapati ada beberapa rakan menanam kunyit menggunakan kaedah hidroponik tetapi lebih kepada penghasilan daun kunyit berbanding rizom kunyit.
Walaubagaimana pun, terpulang pada tuan/puan tentang aplikasi kaedah tanaman pilihan masing-masing ya. Sehingga di sini sahaja perkongsian saya kali ini.
Ada cara untuk menguruskan wayar yang berselirat ini. Yang penting ruang nampak kemas dan tak sakit mata memandang. Lagi satu dapat elak anak-anak kecil menarik wayar tersebut.
Perkongsian saudara Mazlan Nurul ini boleh dijadikan panduan untuk anda mengatasi masalah wayar berselirat ini.
Wall TV panel bagi menjimatkan ruang. Rujuk post sebelum ini untuk DIY accent wall.Saya nak share DIY Wall TV Panel. Inspirasi dari post sebelum ni dari group ni jugak. Kebetulan ada kayu dan papan lama kita buat laa tv panel. Barang-barang untuk projek ni banyak yang kami pakai barang terpakai saja.
Tujuan utama design ni, nak sorok wayar-wayar yg bersirat-birat dan menjimatkan ruang. Cara-cara sila rujuk gambar ya.
P/s: Ramai yang comment/tanya:
1. Habis la TV rosak nanti, haba tak keluar.
– Haba boleh keluar sebab kita buat lubang utk letak TV tu.. TV tu nampak tertanam dalam dinding tp sebenarnya ada ruang antara TV dan Wall Panel.
– Tak perlu, TV attached kat bracket dinding.. kalau ada apa2 masalah boleh angkat TV dr bracket dan repair la apa masalah kat dalam tu dan boleh je nak pasang kabel lain kat TV.
3. Kira TV sentiasa ON la yer, habis la rosak mcm tu.
-Kat atas para ada plug point.. boleh switch on and off bila2 masa nak.
Sambal bilis antara menu paling ringkas dan sedap di makan begitu saja.
Ada yang menjadikan ia hidangan sebagai penambah selera.
Nak tahu cara buat ikan bilis pedas rangup, ikuti perkongsian ni.
Proses mengoreng dua kali untuk bagi ikan bilis rangup.
Masak sambal bilis garing bekal untuk suami naik off shore…
Mudah n sedap
Resepi mudah cara saya…
500 gram ikan bilis halus (goreng sampai garing)saya buat proses mengoreng dua kali untuk bagi ikan bilis rangup.. goreng yg pertama toskan & biarkan sampai sejuk..baru goreng kedua sampai garing…
50 gram cili kering (saya guna chili kering thai tu,tersgt la pedas jadi 50 gram dh cukup bg saya..nk pedas tambah la lagi ya..)
Cili kering ni saya potong kecik2 basuh2 n goreng sampai garing..krup krap gitu…
Bila dh sejuk kisar sekejap..jgn halus sgt..
Ketepikan ..
Panas kan 2 sudu makan minyak masak.
Tumis 2 ketul kiub ikan bilis ,gula 2 sudu kecik,garam pink 2 sudu kecik..(saya mengunakan sudu teh sukatan untuk buat kek tu.
Bila dh mencair masukkan ikan bilis goreng tadi & cili kering tadi ..kacau2 sampai sebati…
Sedap dimakan begitu sahaja.
Sumber: Maya Homemade Dessert
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebelum ini pernah viral di media sosial ada banyak cara berkesan untuk menjadikan pokok yang ditanam di laman rumah berbuah lebat.
Antaranya menghasilkan booster yang diperbuat daripada campuran yakult dan telur, guna air bancuhan MSG, siram pokok dengan air basuhan beras, guna isi perut ikan dan ada juga kata gunakan minyak masak.
Senang kata semua petua-petua tersebut menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah dan boleh dihasilkan sendiri.
Oleh itu, cara yang sama juga telah dipraktikkan oleh seorang wanita ini yang dikenali sebagai Puan Ramlah Basiron dengan cuba amalkan salah satu petua yang viral, iaitu guna lebihan minyak masak untuk membuatkan pokok mangga yang ditanam berbuah lebat.
Apa yang lebih mengujakan dirinya adalah ternyata pokok mangga yang ditanam menampakkan hasil yang cukup membuatkan dia berpuas hati setelah praktikkan petua tersebut.
“Assalamualaikum..nak ucapkan terima kasih pada yang beri tip jirus minyak masak yang telah digunakan..pokok buah mangga dan limau berbuah sungguh.”
Cara Letakkan Minyak Masak
1. Buatkan lubang di sekeliling pokok dan pastikan jarakkan lubang dari pangkal pokok.
2. Jiruslah minyak masak yang telah diguna itu.
3. Anggarannya minyak masak yang digunakan adalah mengikut besar mana pokok tuan puan tanam…kalau dalam pasu guna sedikit sahaja
Lihatlah hasilnya, sekotak mangga telah dipetik dan buat anda bolehlah mencuba petua ini untuk menggalakkan pokok mangga yang ditanam di laman rumah berbuah lebat.
Sumber : Ramlah Basiron via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...