“A Man Needs A TAA..” Ucapan Prof Dr Muhaya Di Majlis Resepsi Heliza Helmi, Tarik Perhatian Warganet.

Share

Umum mengetahui bahawa penyanyi, pelakon dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi, 36, selamat mendirikan rumah tangga dengan usahawan bertaraf jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Dengan sekali lafaz, Heliza sah menjadi isteri kepada Mahadi dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 11.11 pagi ini. Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

Majlis meraikan pasangan ini juga turut mendapat perhatian warganet. Salah satunya ucapan daripada Prof Dr Muhaya yang bukan calang-calang orangnya.

Ucapan penuh makna itu telah dikongsikan oleh pengguna facebook,  Nur Hanisah

telah menarik perhatian warganet.

Jom ikuti pesanan Prof Dr Muhaya kepada pengantin baru ini. Barangkali ia juga boleh menjadi panduan buat kita semua untuk terus kekalkan kebahagiaan rumah tangga.

Suka saya dengar ucapan Prof Dr Muhaya dalam majlis resepsi Heliza Helmi semalam.
“Ija, remember this word, LOVE. Kalau nak bahagia rumah tangga, mesti LOVE;

L – Listen to your partner
O – Overlook the mistake
V – Voice out the appreciation
E – Constant effort.

Love is a verb, not a noun. So practice unconditional love.”

Ulang kali saya pause, rewind dan catit poin bermanfaat yang dikongsi. Ya! Saya juga perlukan tip ini!

“And to all the man out there, do you know what a lady needs? Remember this acronym, C-U-R.

A woman needs to feel she’s cared for, she’s understood and she’s respected. Ingat tu Mahadi anak bonda, eh.”

Satu dewan ketawa dengar lawak bonda yang bersahaja.
“And Ija, masa Ija text bonda beritahu rahsia nak kahwin tu, bonda cakap apa dengan Ija? Ija ingat tak?”

Hehe. Comel je bonda tanya lagak seorang ibu kepada anaknya sendiri.

“A man needs a TAA. T-A-A”

Sekali lagi, poin penting untuk saya!
T – Trust
A – Appreciate all the time
A – Accept them for what they are
“And ayat power to all the partners, siapa yang dah kahwin, baru kahwin cakap apa?”
“You are not perfect. But you are perfect for me.”
Ahaha!

“Satu lagi Ija, sebelum tidur always minta maaf pada suami, terima kasih pada suami. Dan letak prioti kita always Allah, Rasul, suami.”

Subhanallah. Bestnya pergi majlis ada selawat, pengisian ilmu, dan nasyid macam ni.
Saya tak pergi. Tumpang dengar je dari tepi.

Nur Hanisah
Cinderella terlepas majlis lagi.
P/s: Jemput ke channel telegram saya untuk selalu baca kisah inspirasi yang menjentik hati. Join sini 👉🏻 t.me/DrNurHanisah

Sumber: Nur Hanisah

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club