Setiap pasangan yang berkahwin pastinya akan menempuh cabaran hidup rumahtangga.
Paling memcabar adalah berkaitan dengan kewangan. Ada yang hidup seadanya untuk memastikan keperluan keluarga tetap terjaga.
Keinginan membeli barang-barang idaman terpendam agar memastikan keluarga cukup belanja.
Begitulah kisah yang dipaparkan mengenai susah senang bila mendirikan rumahtangga. Pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain pastinya akan kekal bahagia.
Kisah puan isteri…
9 tahun pertama pernikahan kami, tidak ada sebentuk pun cincin mampu aku hadiahkan untuk dia.
9 tahun pertama perkahwinan kami, tidak sekali pun aku bawa dia dan anak-anak melancong ke Langkawi ke, Genting Highland ke, homestay ke, chalet ke, hotel ke.
9 tahun pertama kami hidup bersama, tidak sekali insan ini bersungut hendak itu hendak ini.
Cuma aku perasan bila dia terbaca kawan-kawan atau sanak saudara dia update pergi melancong, kawan-kawan dia update beli emas, dapat hadiah dan seumpamanya, dia selalu respon dengan penuh teruja.
Bila aku perasan reaksi dia, cepat-cepat dia buat macam tak ada apa-apa.
Dia takut aku berkecil hati aku tak mampu bawa dia dan anak-anak melancong, tak mampu bawa ke hotel, ke homestay, ke chalet, tak mampu belikan dia itu ini.
Dia tahu aku memang tak mampu dari segi kewangan masa itu. Maka dia diam tanpa sebarang permintaan.
Namun aku tahu, jauh disudut hati dia, dia inginkan merasakan semua itu.
Awal pernikahan, kewangan aku memang sangat sempit. Hanya mampu bagi nafkah RM100 sahaja sebulan untuk barang dapur. Sewa rumah dan bil semua aku settlekan.
Kemudian dapat rezeki anak sulung. Hidup dikotaraya, dengan gaji kecil ditambah potongan yuran kebodohan (baca : personal loan), dah mula ada anak, memang cukup mencabar.
Ads
Duit memang sangat kritikal. Pernah puan isteri bagitahu aku,
“Jika abang tak cukup duit, tak payah bagilah duit dapur tu. Saya ada duit untuk beli semua tu. Bil api tu saya bayarkan tak apa”.
“Mana boleh. Tu kewajipan abang. Walau tak banyak abang mampu bagi, abang wajib kena bagi”.
Keras dan tegas aku jawab masa tu. Terkedu dia. Dan lepas tu, tidak lagi bersuara tentang hal itu.
Bila dia nampak aku resah, bad mood, tak keluar rumah, dia akan check wallet aku. Dia tahu saat aku tengah sesak sangat-sangat. Dibuka wallet, lihat ada dua tiga ringgit sahaja. Dia letak RM10 – RM20 dalam tu.
Esoknya aku nak isi minyak motor, tengok ada lebihan wang. Dapat la makan kat kantin. Kalau tak, tak pergi kantin or berhutang saja.
Bila sampai tahap macam tu, aku memang rasa loser sangat. Rasa tak guna. Rasa bersalah pada diri dia dan anak-anak.
Aku merenung sendirian. Memikirkan tentang aku.
Seorang lelaki. Seorang suami. Seorang ayah.
Seorang yang sepatutnya menyediakan semuanya untuk anak isteri, namun kewangan semasa memang aku tak mampu.
Jauh disudut hati aku ingin sediakan apa jua keperluannya. Aku ingin memberi segala kesenangan yang mampu aku bagi kepada dia dan anak-anak.
Dan saat itu aku bertekad, aku akan lakukan apa saja untuk ubah nasib diri aku. Untuk laksanakan tanggung jawab dan amanah yang terletak dibahuku.
Ads
Sejak itu, aku lakukan pelbagai jenis kerja. Menjual di pasar malam, mula menulis buku, jadi dropship, kerja di kedai makan dan sebagainya. Apa jua yang boleh jana income, aku akan buat. Keluar lepas Maghrib, pulang jam 5 pagi.
Aku perlu ubah nasib aku. Aku perlu bertanggungjawab atas semua amanah yang Allah letak atas bahu aku.
Alhamdulillah, berkat kegigihan, usaha keras, kecekalan, doa demi doa dari isteri, dari ma, dari abah, dari anak-anak, dari orang-orang alim, dari anak-anak yatim dan asnaf, sedikit demi sedikit Allah buka pintu rezeki.
Dah mula ada income tambahan. Dah mula rasa lega sedikit dalam perbelanjaan bulanan.
Duit belanja dapur aku mula naikkan sedikit demi sedikit. Lebihan aku sangat disiplin simpan. Tak ada nak beli Starbucks ke apa walau simpanan dah agak banyak.
Disiplin sungguh aku menyimpan duit income tambahan. Phone aku tak pernah tukar, pakai phone murah yang 2nd sahaja. Kain baju berjenama tak ada beli, pakai yang bundle sahaja.
Memang gaya hidup aku langsung tak bertukar. Hanya hidup seperti sebelum adanya pendapatan tambahan.
Akhirnya pada tahun 2018 target aku sampai. Simpanan dah cukup untuk aku tunaikan segala impian tersembunyi puan isteri.
Buat kali pertama dalam perkahwinan kami, di anniversary ke-9 kami, aku pimpin tangan insan ini masuk kedai emas. Minta dia pilih mana saja yang dia berkenan. Menangis dia masa tu.
Tak percaya dia aku nak belikan dia rantai emas. Tak percaya dia aku ada duit nak bayar. Sampai masa tu dia suruh jual rantai emas yang lama untuk beli yang baru. So, aku cuma perlu topap sedikit sahaja. Tapi aku tak benarkan jual yang lama dan minta dia pilih saja.
“Boleh tak ambil yang ni? Mahal ni. Tak apa lah, ambil yang tu sajalah. Murah sikit”, itu ayat puan isteri masa memilih rantai emas.
Dia masih tak percaya aku ada duit untuk membayarnya. Tersenyum sendirian aku bila teringat hal ni.
Ads
Pada akhir tahun yang sama, aku bawa family termasuk mak mertua dan adik ipar melancong ke Sabah. Setelah 9 tahun kami tak pernah melancong ke mana-mana, itu yang pertama kalinya.
9 tahun insan ini setia, sabar, tabah, berkorban untuk suaminya. Tanpa keluh kesah. Tanpa meminta-minta.
Dan akhirnya Allah perkenankan segala doa. Syukur, alhamdulillah.
Kawan-kawan. Jika hari ini kita masih dalam kesempitan, jangan pernah berhenti usaha dan berdoa.
Pandang mata anak-anak. Pandang mata isteri. Dan cakaplah pada diri,
“Ini amanah yang dikirim pada aku. Aku perlu menjaga mereka sebaik mungkin”.
Cekalkan hati, korban masa rehat, buang rasa malas, bangkit dan usaha sahaja. Dan di masa yang tepat, InsyaAllah sedikit demi sedikit segalanya akan berubah.
Dan buat wanita diluar sana, percayalah. Dalam diri dan hati seorang suami dan ayah, mereka ingin memberi seluruh dunia dan isinya pada kalian dan anak-anak.
Mereka ingin memberi sebesar mana kesenangan. Sebanyak mana kebahagiaan.
Namun terkadang masanya belum sampai. Terkadang doa itu Tuhan masih belum lepaskan.
Maka terus saja setia. Terus saja bersabar. Terus saja menadah tangan berdoa. Dan teruslah menyokong dia sentiasa.
Di suatu masa yang tepat, satu persatu doa kita Allah makbulkan.
Kepayahan mengusung perut 9 bulan hanya yang bergelar ibu sahaja memahami situasi tersebut. Belum masuk bab menunggu masa untuk melahirkan, ibarat nyawa di hujung tanduk.Antara hidup dan mati, tetapi itulah pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan juga ibu.
Kerana itu, suami harus menghargai segala pengorbanan isteri. Tak salah tunjukkan penghargaan dengan memeluk isteri,ucap terima kasih kerana sanggup bertarung nyawa melahirkan zuriat dan juga berterima kasih sebab sabar menahan sakit.
Demikian yang ingin dikongsikan oleh seorang peguam Sivil & Jenayah yang juga penulis buku dan Usahawan, saudara Mufarwa Farid menerusi laman facebooknya.
Gugur air mata lelakinya tatkala melihat kesusahan dan pengorbanan isteri yang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat mereka.
Semoga menjadi teladan buat para suami di luar sana dalam menghargai isteri dan anak-anak.
12 Januari haritu, merupakan detik paling bersejarah bagi aku; zuriat pertama aku dilahirkan ke alam muka bumi ini. Orang yang paling aku utama untok apresiasi ini, sudah tentulah ibunya, merangkap isteri aku iaitu Ainnur Afiffah. Sepanjang mengandung, terlalu banyak kali Ainnur kata dia takut sakit. Katanya, sejak kecil lagi dia dah takut nak beranak. Dan tempoh 9 bulan itu ibarat bom jangka yang menunggu saja kesakitan itu datang. 11 Januari, waktu kami check-up, Dr Norintan terkejut melihat air ketuban sudah makin sedikit. “Kena induce macam ni. Tak boleh tunggu sampai 15 haribulan. Kalau boleh, beranak hari ni juga.” Jujurnya, aku tak tahu induce tu mende. Aku fikir, induce tu nama lain bagi caesar. Jadi, aku dok fikir, alahai kesiannya Ainnur, kena bedah perut. Kami pulang ke rumah, makan siap-siap, kemas yang apa yang patut, solat Zuhur, dan pergi semula ke hospital. Terus ke Labour Room. Apabila proses Induce itu berlaku, baru aku tahu Induce tu apa. Diorang masukkan pil ubat dalam rahim, dan membantu bayi untok keluar daripada rahim itu. Daripada jam 3 petang, sampailah 12 malam, tak keluar-keluar. Sepanjang waktu tu, Ainnur mengadu sakit yang amat, cuma boleh ditahan. Malam tu, Doktor suruh kami berjalan-jalan sekitar kawasan hospital. Keluarga Ainnur daripada Batu Gajah dah lama tiba. Mak dan Abah serta adik-adik aku semua dah stanby sejak petang lagi. Pakcik dan makcik Ainnur pun datang dari Kajang. Aku pula, kalau boleh, nak dia beranak haritu juga. Tarikh sedap, 11.1.2020. Namun begitu, jam 11 malam pun takda tanda-tanda anak nak keluar. Hampir sejam berjalan, kesakitan Ainnur makin berkurang. Maka, kata aku, tak apalah, tunggu saja esok. Esoknya, Doktor check, air ketuban dah nak kritikal. Doktor ambil keputusan, pecahkan air ketuban, lepas tu Induce kali kedua. Kali ni, Induce masukkan ubat air dalam tangan, dan effect nya lebih kuat berbanding pil. Jam 11 pagi, Doktor dah masukkan cecair tu dalam tangan Ainnur. Ketuban pun dah dipecahkan. Beberapa minit kemudian, Ainnur rasa sakit yang amat sangat kat perutnya. Berguling-guling, berpeluh-peluh dan tak mampu nak berbual lagi. Kau bayangkan, sakit berguling dia tu, yang dinamakan sebagai contraction, berlaku selama 4 jam. Ini pun, ramai yang kata, agak kejap. Ada orang tu sampai 7 jam. Waktu ni, memang habis semua ayat yang aku hapal, dibacakan kat telinga Ainnur. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan tu, entah berapa ribu kali aku bacakan. Aku siap baca ayat-ayat baru sambil menjenguk ayat tersebut dari Internet. Ainnur ditawarkan pelbagai ubat dan gas untok tahan sakit, tapi awalnya Ainnur menolak. Dah masuk jam 12.30, Ainnur minta untok dapatkan gas. Setiap kali sakit, tarik nafas kat satu tiub yang menghubungkan dengan satu tong gas. Jam 2 petang, bukaan pintu dah 9cm. Normalnya, 10cm tu tanda untok melahirkan anak. Nurse dah siap-siap barang. Diletakkan lampu, pekakas, ruang katil baby, tempat letak kaki Ainnur dan minta aku sign beberapa borang. This is real shit, man. Kata aku dalam hati. 5 minit kemudian, Doktor datang balik, dia check guna jari dia. “Dah 10cm. Ok Ainnur, push. Letakkan dagu atas dada tiap kali nak push. Doktor dah duduk depan antara celah kaki Ainnur. Hanya Tuhan yang tahu bertapa seksanya Ainnur push push dan push. Aku tak sanggup tengok, tapi aku kena ada situ. Aku tak boleh tulis bertapa gilanya situasi dalam labour room tu. Memang tak boleh. Ia ibarat sesebuah peperangan yang bermatian-matian dilakukan oleh dua-dua pihak. Ainnur push dengan amat-amat-amat gila. Dia menangis, tapi tetap kuat untok tolak kandungan gunakan sepenuh kudrat yang ada. Sementelah, semua Nurse menjerit kata-kata semangat dan menolak perut Ainnur ke arah celah kakinya. Aku pula, sambil ajar Ainnur dah tolakkan kepala dia ke dada, mengintai tengok kat celah kaki Ainnur. Aku rasa nak menangis bila tengok ada seketul kepala berambut keluar daripada rahim dia. Aku jerit pada Ainnur ‘Sikit lagi! Sikit lagi!’ supaya dia percepatkan tolakan dia untok tubuh seterusnya. Hampir 5minit Ainnur push setelah aku nampak kepala tersebut, dan Doktor pun terus jerit, ‘Alhamdulillah.’ Dia meletakkan sekujur tubuh kecil ke atas dada Ainnur. Senyap saja dan menutup mata. Debar gila aku waktu ni. Tapi debaran aku hilang apabila melihat dia membuka mata, tengok sekeliling, dan terus menangis. Syukur. Terus keluar air mata jantan aku weh. Doktor hulur gunting suruh potong tali pusat dia pun menggigil aku dibuatnya. Anak aku sudahpun selamat dilahirkan.
Kami disuruh keluar untok Doktor menjahit rahim Ainnur. Di luar, anak aku dibersihkan seringkas mungkin. Nurse tu terus serahkan pada aku, ‘Encik boleh azan kat dia sekarang.’ Kagum lah aku kejap, sebab nurse tu Cina. Aku azan dan lepas tu iqamat, hampir tak keluar suara. Menang tacink habis moment tu. Manusia kat tangan aku waktu tu, seolah ada magic, yang buatkan waktu tu, terus buatkan hidup aku ada hala tuju. Habis azan, nurse bawa anak aku keluar pintu bilik labour. Mak, Abah dan Ibu mertua, adik-adik ipar dan adik-adik aku semuanya dah menanti. Itu yang aku share gambar ‘terujeee’ haritu. Memang moment 5 minit lepas beranak. Maka itulah, dia. Aku dah jadi seorang ayah. Benda paling aku tak boleh lupa, bagaimana kesusahan dan keperitan isteri aku nak melahirkan anak ini. Memang amat perit. Lelaki kata lelaki power macam mana pun, belum tentu lagi dapat hadapi proses nak beranak ni. Terima kasih berbanyak, Ainnur. Lahirkan puteri yang akan menjadi kesayangan buat selama-lamanya ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memang benar, kita suka share untuk suka-suka aje di media sosial tetapi kesannya memang bahaya.
Perkongsian Taufik Razif ini ada benarnya. Ikuti pendapatnya moga boleh jadi panduan bersama.
JANGAN KONGSI 5 BENDA NI DI MEDIA SOSIAL KALAU NAK KELUARGA SELAMAT
1. BAGITAHU SUAMI OUTSTATION
– Pencuri dan perompak paling takut dengan kehadiran sosok lelaki di dalam rumah kerana mereka tahu kebanyakan lelaki akan melawan dan mempertahankan diri dan keluarganya
– Mereka paling seronok kalau mereka tahu tak ada lelaki langsung dalam rumah yang akan mereka pecah masuk
2. BAGITAHU LOKASI RUMAH
– Kalau nak tunjuk lokasi ‘check-in’ di media sosial pun, jangan sesekali check-in di lokasi yang berdekatan dengan rumah
– Lagi spesifik lokasi rumah kita dedahkan, lagi bahaya untuk keluarga kita
3. TAYANG NO PLATE KERETA
– Bukan cuma info seberapa banyak saman je boleh dikorek daripada no plate ni
– Alamat rumah, no ic, no telefon, dan nama penuh semuanya boleh digali hanya dengan menayangkan no plate kenderaan kita
– Buka je MyEG dan MyCariInfo ataupun emailkan pada syarikat insurans kereta tu, semuanya boleh digali dan dicari!
4. TAYANG NO IC DAN NO PASSPORT
– Kadang kadang kita teruja sangat duk tayang keputusan peperiksaan sampai lupa nak tutup nombor ic anak kita
– Kadang-kadang tu kita terupload gambar percutian kita dan keluarga sampai ‘ter-snap’ sekali gambar passport padahal nombor tu semua adalah data peribadi yang wajib kita lindungi
– Kalau rasa ada yang curi data peribadi kita boleh je buat aduan di web aduan@JPDP.gov.my
– pihak yang sebarluaskan data peribadi kita tu boleh dikenakan hukuman sampai RM500K tau!
5. BAGITAHU KETERLAMBATAN KITA MENJEMPUT ANAK
– Kadang kadang kita selalu buat posting ” aduh.Terlambat lagi ambik anak aku kat sekolah ”
– Benda ni sendiri dah diperingatkan oleh PDRM sebab risiko untuk orang luar pantau dan intip keberadaan kita dan anak kita
– Sebarang kelewatan kita, adalah risiko besar bagi anak kita jadi sebaiknya jangan kita bagitahu pada orang luar lebih-lebih di media sosial
– Tolong ingatkan benda ni semua pada keluarga dan pasangan kita ye –
p/s : Saya suka kongsi ilmu mendidik anak di telegram saya juga. Klik je link ni kalau nak join 120 ribu mak ayah yang lain kat dalam tu
? t.me/NotaTaufiqRazif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bahagia asangan suami isteri bukan kerana harta semata tetapi saling melengkapi dan menerima pasagan seadanya. Biarpun pemberian hadiah ulang tahun kelahiran pasangan biasa-biasa aje tetapi ia cukup membuatkan pasangan rasa dirinya dihargai dan setia kekal bahagia hingga till jannah.
Begitu dengan cara sederhana pelawak, Johan bersempena dengan ulang tahun kelahiran isterinya, semalam.
‘Sorry sayang, ni je I mampu tapi I love you’.
Hanya pemberian seutas jam tangan sebagai hadian buat isteri. Namun apa yang sweetnya, jauh di sudut hati isterinya melahirkan rasa syukur dikurniakan sebuah keluarga bahagia dengan doa yang sentiasa mengiringi keluarganya.
Jelas, untuk bahagia, bukan harta benda menjadi utama, namun kasih sayang, setia dan saling melengkapi. Inspirasi cara pasangan ini melayari bahtera sebagai suami isteri walaupun mereka sibuk rutin sebagai selebriti yang tidak tentu masa di rumah. Namun keluarga tetap menjadi agenda utama.
KELUARGA YANG MEMBAHAGIAKAN
Tiada apa yg lebih membahagiakan selain keluarga yg dikasihi berada disisi.. terima kasih Allah atas peningkatan umur ini, terima kasih juga atas pinjaman yg berharga suami, anak2, mak, abah, popo, adik beradik, saudara mara, sahabat2, peminat2 yg disygi.. buat suamiku akan ku ingat setiap bait kata dalam doamu khas buat isterimu yg serba kekurangan ini.. akan isterimu cuba memperbaiki setiap kekurangan yg ada utk membantumu ke syurga yg abadi.
InsyaAllah.. buat anak2 terima kasih kerana memberi mama peluang merasa nikmat menjadi seorang ibu, abah mak dan popo, abah mummy terima kasih selalu mendoakan dan sentiasa ada waktu utk anak yg nakal ni. Buat adik bradik, terima kasih melayan kerenah kak long kawasan, buat sahabat dan peminat2.
Terima kasih atas hadiah, doa, waktu yg kalian korbankan.. sentiasa hargai usaha korg.. dan yg terakhir utk besday girl ni.. sedekahkan Al fatihah (di baca) utk mama kepada keluarga Hanania.. semoga Allah melimpahkan rezeki yan tak terhingga buat kalian mama hanania.