Perkara biasa yang kita akan berikan jika anak-anak demam selain makan ubat yang disarankan doktor, kita juga akan menyediakan bubur nasi untuk dimakan oleh anak-anak.
Memandangkan kita dapati bila anak demam atau sakit, mereka tiada selera makan dan sup dikatakan dapat membuatkan mereka ada selera untuk menjamahnya.
Pun begitu tahukah anda, bahawa sup yang dimasak dengan gabungan bahan-bahan terpilih boleh dijadikan sebagai sup yang dapat membantu meredakan demam, selesema atau pun batuk.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Ainini Zainal berkongsi pengalaman sendiri apabila sudah lebih 9 tahun mengamalkan menyediakan kuah sup istimewa ini setiap kali anak-anaknya kurang sihat dan sekali gus bertujuan untuk meningkatkan sistem imun tubuh badan seisi keluarga jika diamalkan.
Menurutnya bila kita makan makanan daripada sumber semulajadi dan kaya nutrisi, banyak kelebihan yang kita dapat untuk sistem imun badan anak.
Jadi bolehlah anda mencubanya dan lihat kesan positif pada anak-anak dan keluarga anda.
Ini perkongsiannya.
Resipi sup anak demam, selesema, batuk.
Allah izinkan, sejak 9 tahun lepas, anak saya sembuh demam, selesema, batuk tanpa pengambilan apa-apa ubatan lain, hanya makanan semulajadi yang bersifat antivirus, antibacterial dan antiinflammatory (antiradang).
Ini bukan maksudnya mengenepikan ubat-ubatan lain, tetapi apa yang saya ingin tekankan adalah, bila kita makan makanan daripada sumber semulajadi dan kaya nutrisi, banyak kelebihan yang kita dapat untuk Sistem Imun Badan anak.
Semua orang akan sakit, tetapi bila kuat Sistem Imun Badan kita, healing process jadi lebih mudah. Itu maksudnya.
Pengambilan makanan less processed, antiradang, bersifat immune boosting dan bebas daripada bahan-bahan sintetik/tiruan memudaratkan seperti MSG, gula putih, pewarna tiruan daripada junkfood, fastfood (yang jika lihat kajian, terlalu banyak kesan sampingannya), dapat berikan peluang lebih besar untuk lebih mudah sembuh secara sihat.
Bila anak kurang sihat, antara yang saya berikan adalah:
Madu.
Habbatus Sauda.
Minyak Zaitun.
Minyak kelapa.
Air kelapa tanpa gula.
Singgang.
Broth Soup.
Broth Soup?
Ada berjenis-jenis versi yang telah saya cuba.
Bahan, ikut apa yang ada. Amalkan minum pada hari biasa sebagai natural supplement. Ia immune boosting food semulajadi.
Bila tak sihat, berikan 2,3 kali sehari untuk hirup. Ia juga bantu elakkan badan dehydrate di samping nutrisi di dalamnya yang kaya protein dan kalsium serta bahan antiradang membantu
– turunkan suhu badan
– melawan kuman dan bakteria dalam badan
– meredakan selesema dan batuk
– sumber elektrolit untuk badan
– melegakan hidung tersumbat dan mengurangkan hingus serta kahak.
– menjadikan badan lebih kuat setelah melalui fasa demam, selesema dan batuk.
Ini sebahagian yang saya sempat tulis.
Resipinya di sini. Semua bahan di bawah sangat berkhasiat. Gunakan, ya.
CHICKEN BROTH SOUP AININI ZAINAL
1 labu bawang putih.
2 biji bawang besar.
3 inci halia.
2 inci kunyit.
¼ biji labu.
1 biji lobak merah.
Organic Shiitake Mushroom (optional).
Apa apa sayuran hijau.
1 mangkuk kaki ayam atau ayam bahagian tulang.
2 liter air.
1 biji tomato
1 sudu besar perahan lemon atau 1 asam keping.
1 sudu besar Garam Himalaya.
Organic.celery, jika ada.
Reneh semua bahan di atas dengan api paling kecil selama 2-4 jam.
Atau
Guna.slow cook dan masak 2-4 jam.
Atau
Jika anak ada Ekzema, reneh paling lama 1 jam setengah kerana ia MSG semulajadi akan keluar dalam sup bila direneh lama.
Setelah siap, tapis dan minum supnya.
Boleh guna sup ini dalam bubur, sup sayur, nasi ayam dan sebagainya.
**MSGsemulajadi pun sensitif bagi yang ada ekzema, bayangkan kalau kita kerap bagi anak makanan ada MSG atau guna serbuk perasaMSG, kiub masakan komersial tinggiMSG dalam masakan?
Jom perlahan-lahan kurangkan yang tak perlu untuk kebaikan kesihatan anak dan kita semua.
Semoga post ini bermanfaat untuk semua. Boleh guna resipi ni untuk sediakan bila anak tak sihat, tau.
Sumber : Ainini Zainal
Jom tonton video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club